CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 480|Reply: 1

[Tempatan] Si Punggok dibebaskan

[Copy link]
Post time 24-6-2018 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PEGUAM dan aktivis, Siti Zabedah Kassim dibebaskan kira-kira 2 petang hari ini, selepas ditahan polis atas dakwaan menculik anak guamnya dan mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Siti Kassim dibebaskan selepas permohanan reman terhadapnya ditolak Mahkamah Kajang kira-kira 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, siasatan berhubung dakwaan itu masih dijalankan.

“Semalam, kami membuat serbuan di rumah di Segambut, Kuala Lumpur kira-kira 9 malam dan menyelamatkan wanita berusia 24 tahun yang dilaporkan diculik sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

“Puan Siti Kassim datang ke IPD Kajang kira-kira 12 tengah malam dan pihak polis menahan beliau untuk membantu siasatan.

“Pagi tadi, kami memohon reman terhadap beliau, bagaimanapun Mahkamah Kajang menolak permohonan reman berkenaan. Dengan bidang kuasa yang ada pada pihak polis, kami membebaskan Puan Siti Kassim pada petang ini,” katanya pada sidang media di IPD Kajang, hari ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan siasatan berhubung kes itu tetap akan diteruskan mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan kertas siastan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik lengkap.

Sementara itu, Siti Kassim berkata, dia akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung siasatan kes berkenaan.

“Apa yang saya lakukan adalah sebagai seorang peguam yang menjalankan tugas. Saya akan berikan kerjasama penuh kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini.

“Banyak perkara di sebalik kes ini. Jadi, saya faham tugas polis sebab mereka tidak dapat melihat gambaran keseluruhan (kes ini). Pihak majistret menolak permohonan reman selepas dimaklumkan perkara sebenar bagaimana perkara ini jadi begini.

“Jadi tindakan majistret (menolak permohonan reman) adalah betul kerana saya melakukan tugas sebagai peguam dan tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya ketika ditemui di IPD Kajang, sebaik dibebaskan.

NSTP melaporkan Siti Kassim ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang jam 12.40 tengah malam tadi atas dakwaan berkenaan.

Sebelum itu, satu serbuan dibuat sepasukan polis di sebuah kondominium di Segambut, Kuala Lumpur kira-kira jam 9 malam tadi bagi menyelamatkan seorang wanita berusia 24 tahun selepas menerima laporan polis dibuat ibu mangsa pada 21 Jun lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2018 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepanasan ummah lobai konservatif...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.060661 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list