CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 863|Reply: 5

[Tempatan] Mereka seperti tikus dan langau..."

  [Copy link]
Post time 24-6-2018 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PEMIMPIN dan ahli yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) disifatkan seperti tikus dan langau, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu berkata, ia memandangkan individu terbabit melarikan diri apabila parti itu sudah hilang kuasa.

“Kepada mereka yang lari meninggalkan BN, syukur Alhamdulillah. Mereka ini bagaikan mencari peluang lain apabila parti yang diterajui sudah hilang kuasa.

“Biarlah mereka,” katanya ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Kampung Tanjung, Rantau, Seremban, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN) berserta 10 Ketua Cawangan UMNO Rasah dan Rembau yang mengumumkan keluar parti, semalam.

Mohamad berkata, saki-baki ahli UMNO dan BN yang masih ada akan meneruskan perjuangan parti untuk agama dan bangsa.

Dalam pada masa sama, beliau enggan mengulas

mengenai tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang turut mengumumkan keluar parti hari ini dan menyokong kepimpinan Tun Mahathir Mohamad.

Ditanya sama ada Pakatan Harapan (PH) wajar menerima bekas ahli BN terbabit, Mohamad berkata, ia terpulang kepada PH kerana negara mengamalkan demokrasi.

“Buat masa ini kita perlu membina semula UMNO dan MIC serta MCA,” katanya.

Sementara itu, lebih 10,000 tetamu memeriahkan majlis rumah terbuka itu.

Majlis yang diadakan bermula jam 9 pagi itu menyaksikan masyarakat pelbagai kaum dan umur hadir memeriahkan aktiviti tahunan berkenaan.

Mereka disajikan dengan pelbagai jenis juadah antaranya lemang, rendang, nasi, kuih dan sate.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Jun 2018 @ 3:21 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2018 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tikus dan langau. ..hehe. ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
... Dan yg masih dlm  Umno tu adalah ular, buaya, vultures, parasit, siamang
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 08:45 AM | Show all posts
bagus juga tikus & langau ini keluar...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Langau mmg asal dr umno
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 09:03 AM | Show all posts
Simunggu replied at 24-6-2018 04:45 PM
bagus juga tikus & langau ini keluar...

Tapi masih ada yang pilih tikus dan langau. Malah ianya adalah perosak segala dalam amno ataupun BN.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x541.


SUNGAI BESAR: Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar sebulat suara memilih Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai calon Ketua Pemuda UMNO.


Mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar yang diadakan di Sekin Hotel & Resort hari ini menyaksikan Jamal mendapat 152 undi majoriti menewaskan lapan lagi pencabarnya.

Selain Jamal, Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Dr Asyraf Wadji Dusuki pula meraih 32 undi dan Abdul Razak Mohamed Yusof, tujuh undi manakala dua undi masing-masing diperoleh Imbran Afham Armen dan Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Tiga lagi calon tidak menerima sebarang undi daripada perwakilan iaitu Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun, Wan Md Hazlin Agly Wan Hassan dan Syed Rosli Syed Harman.

Sementara itu, Jamal turut menghantar klip video ucapan terima kasihnya kepada perwakilan yang memilihnya untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Dalam rakaman klip video berdurasi 22 saat dihantar melalui aplikasi WhatsApp, Jamal dilihat mengenakan baju berwarna biru dan berjaket hitam serta berada dalam kenderaan yang bergerak menuju ke lokasi tidak diketahui.

Beliau mengucapkan terima kasih kerana sayap peringkat bahagian berkenaan memberi majoriti besar kepadanya untuk dipilih pada pemilihan sayap parti itu.

"Ini satu langkah dan petanda awal yang cukup baik untuk saya. Terima kasih, saya menang di bahagian (Sungai Besar)," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/po...ua-pemuda-umno

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.189098 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list