CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 821|Reply: 3

[Tempatan] Cikki india teruskan legasi bapa

  [Copy link]
Post time 24-6-2018 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ipoh: Status sebagai wanita tidak sedikit pun menghalang pelatih Akademi Tentera Udara (ATU) di sini, M Lithya Rani, 23, untuk menceburi kerjaya dalam bidang ketenteraan.

Lithya Rani berasal dari Subang, Selangor itu antara 43 pelatih wanita dan 344 pelatih keseluruhan yang menamatkan Latihan Perajurit Muda Udara Siri 58/2018 di ATU semalam.

Lebih membanggakan dia turut dinobatkan pemenang Anugerah Perajurit Muda Udara Akademik Terbaik, sekali gus menerima Piala Pusingan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.

Piala berkenaan disampaikan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang sempena Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara siri berkenaan di Dewan Cenderawasih di ATU.

Lithya Rani berkata, anugerah diterima memberinya lebih semangat untuk meneruskan kerjaya dan membuktikan kemampuan wanita dalam bidang itu.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia meminati kerjaya tentera sejak kecil selepas melihat bapanya, P Murugayah yang juga pesara tentera berjawatan Pegawai Waran 1 pergi bekerja di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Affendi beramah mesra dengan perajurit pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM Siri 58/2018 di Akademi Tentera Udara Ipoh, semalam.

“Keluarga tidak pernah menghalang saya memasuki bidang ini, malah ayah banyak berkongsi pengalamannya.

“Saya mahu ibu dan bapa bangga melihat kejayaan saya ini, dan saya mahu meneruskan legasi bapa sebagai tentera,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah berkenaan.

Beliau mengakui Latihan Hutan adalah modul paling mencabar sepanjang latihan kerana memerlukan kekuatan mental dan fizikal dalam melaksanakan latihan itu.

“Namun, saya tidak cepat berputus asa atau mudah melatah apabila menerima cabaran berat kerana saya memang sangat meminati bidang ini,” katanya.

Pada majlis itu, Affendi turut menyampaikan anugerah Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruhan kepada Muhammad Luqman Mokhtar, 23, yang menerima Piala pusingan Panglima Tentera Udara.

Anugerah Perajurit Muda Udara Penembak Terbaik pula diberikan kepada Abdul Rohim Azelan, 22, yang menerima Piala pusingan Asisten Ketua Staf Tadbir.

Semua pelatih menamatkan latihan 24 minggu bermula 1 Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Jun 2018 @ 6:08 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2018 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
takde gambar ka
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
takyah lar bangga sangat meenachi ooiii, cina  keling kapir semua tetap akan diragui tahap kesetiaan nya dan  akan dicop kapir Harbi juga  ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 06:49 PM | Show all posts
Yaaasss guurrl.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.232667 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list