CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1741|Reply: 20

[Tempatan] PDRM digesa siasat kekayaan luar biasa Azmin

[Copy link]
Post time 25-6-2018 09:08 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat kesahihan pendedahan sebuah blog, yang membongkarkan kekayaan luar biasa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menggalas jawatan Menteri Besar Selangor sejak 2014.

Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam berkata, pendedahan sebuah blog,dipercayai milik seorang pegawai Mohamed Azmin itu adalah perkara serius kerana kekayaan itu didakwa diperoleh melalui penyalahgunaan kuasa semasa bertugas sebagai menteri besar.

“Saya minta PDRM menjalankan siasatan ke atas kandungan laporan ini yang mendakwa kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Mohamed Azmin, isteri, adik ipar dan proksi datangnya rasuah yang diterima.

“Diharapkan mereka terbabit ini dihadapkan ke muka pengadilan sekiranya terdapat bukti yang kukuh,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, Mohamed Azmin dan juga proksinya didakwa mempunyai akaun-akaun ini berjumlah jutaan dalam mata wang berbeza telah dibuka di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Indonesia, Dubai, India, Shanghai, Abu Dhabi, Australia, Zurich dan Amerika.

Selain itu, blog itu turut mendakwa 47 akaun lain dibuka di atas nama isterinya, Shamsidar Taharin dan proksi Mohamed Azmin, Muhammad Gaddafi Kamal dengan 54 akaun.

“Ada 30 muka surat senarai akaun kekayaan luar biasa, ini satu dakwaan sangat serius yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor. Kita pun tahu ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim letak jawatan di Selangor, beliau ada meninggalkan rizab negeri berjumlah RM1.6 bilion.

“Dalam masa sama kita tahu bagaimana pasir-pasir Selangor digondol sehingga menjejaskan alam sekitar,” katanya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 09:47 AM | Show all posts
rilek,setel satu2 dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:05 AM | Show all posts
lama tau dah....dia pakai ferrari pun dah lama...sekarang tak tau apa lagi aset yg dia ada.... kawan aku level macai2 pkr jer kat selangor pun boleh kaya jadi proxy ni kalo MB lagi lahhh....jgn percaya sgt lah politik tu suci tak kira BN or PH...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
LOKMAN NOR ADAM againnnnn prfttttt, baik kau siasat kekayaan melampau puak UMNO starting with U
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:54 AM | Show all posts
siasat je la

kalau tak salah nk takut apa
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual tanah milik negeri pada tauke Chinese memang lah untung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2018 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual tanah milik negeri pada tauke Chinese memang lah untung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:21 PM | Show all posts
the new beginning era ??

mana kakak azwana? taknak mencaput skali ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 12:23 PM | Show all posts
sila siasat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:26 PM | Show all posts
Pemimpin PH lagi teruk dari BN. Semakin dunia menuju kahancuran, pemerintah yang memegang tampuk kekuasaan lebih jahat dari pemerintah sebelumnya selagi tidak kembali kepada Allah SWT.


Kemenangan PH tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Persekutuan Malaysia.



Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi menyalak tarak guna, ujong2 merangkak cari mader jua. Sampah!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 25-6-2018 12:26 PM
Pemimpin PH lagi teruk dari BN. Semakin dunia menuju kahancuran, pemerintah yang memegang tampuk kek ...

Bak kata lobai, tarak bukti tarak guna. 4 saksi mana? Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 01:01 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 25-6-2018 12:40 PM
Bak kata lobai, tarak bukti tarak guna. 4 saksi mana? Kahkahkah

Bukan semua kesalahan jenayah memerlukan 4 saksi. Hanya undang-undang Hudud sahaja yang memerlukan penyaksian dari 4 orang saksi.


Jadi mula-mula sekali kena disahkan dahulu jenayah yang dilakukan oleh tertuduh terletak dibawah undang-undang yang mana satu sama ada Hudud, Qisas atau Takzir. Kalau dah confirm kesalahan yang dilakukan itu adalah jenayah dibawah undang-undang Hudud, barulah boleh diminta membawakan 4 saksi.

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 01:02 PM | Show all posts
kapiak kena sekolah bab 4 saksi

i like i like



Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 01:23 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 25-6-2018 12:40 PM
Bak kata lobai, tarak bukti tarak guna. 4 saksi mana? Kahkahkah

ko kafir eh...patut pun...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 25-6-2018 01:23 PM
ko kafir eh...patut pun...

Alahaiii dah takdak point terus kaper kan org. Dah kalah terus kaper kan org. Mmg ni je lah lobai mampu buat. Dodol senyum sinis jah kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat report polis dulu...jumpa sprm....kalau tak salah chill chill jerlah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dila123 replied at 25-6-2018 01:02 PM
kapiak kena sekolah bab 4 saksi

i like i like

Hai lababi sial fail math habis dedak kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 02:15 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 25-6-2018 01:52 PM
Alahaiii dah takdak point terus kaper kan org. Dah kalah terus kaper kan org. Mmg ni je lah lobai  ...

alahai...hukum dlm Islam pun x tau...sedeh..baik ngaku kapir je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 05:44 PM | Show all posts
org politic memang kaya daripada org biasa ~ tapi tak kaya sampai mana pun~ yg kaya tengok lah najib tu , taib, syed moktar, lain lain corni ~ tu lah kaya lampau byk org tak tau~

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.083389 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list