CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1733|Reply: 19

[Tempatan] Kehancuran apakah ini? : Lebih ramai wakil rakyat Umno dijangka keluar parti

  [Copy link]
Post time 25-6-2018 11:19 AM | Show all posts |Read mode
IPOH – Bekas Exco negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin tidak menolak kemungkinan lebih ramai kalangan Adun dan Ahli Parlimen Umno buat keputusan untuk keluar parti.

Beliau berkata, dalam situasi politik sekarang, setiap daripada mereka boleh membuat keputusan dan pertimbangan sendiri antara kepentingan parti atau rakyat di kawasan yang diwakili.

“Keputusan keluar parti ini hanyalah satu perubahan ke platform yang lebih baik, bukanlah libatkan isu besar seperti keluar agama, saya yakin ia dilakukan selepas mengambil kira semua aspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali umum keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas menyokong Kerajaan Harapan.

Zainol Fadzi yang menjadi antara dua Adun BN memberi sokongan kepada pembentukan Kerajaan Pakatan Harapan di Perak, Mei lalu berkata, pihaknya memahami tindakan diambil itu, sepertimana dilakukan beliau sebelum ini.

Katanya, sebagai wakil rakyat, pastinya Noor Azmi merasakan perlunya platform lain bagi memastikan kebajikan rakyat di Parlimen Bagan Serai dapat dibela.

Sejak keputusan PRU14 diumum, tiga wakil rakyat Umno di Perak telah keluar parti.

Mereka adalah Zainol Fadzi yang juga Adun Sungai Manik, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Adun Tualang Sekah) dan terbaru, Noor Azmi (Ahli Parlimen Bagan Serai)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini kali lah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Salut kat lobai..berjuta kali kalah PRU tapi takde satu wakil rakyat pon yg keluar parti..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:54 AM | Show all posts
ni yg keluar sebab takut poket rabak..hidup dah biasa mewah,,,pegi mampos pemimpin mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
calon2 yg kalah dlm  pemilihan jawatan2 umno pun akan ada yg keluau tuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:01 PM | Show all posts
entah lah..aku tak rasa keputisan keluar parti secara positiv
paham dah puak depa ni kluar sebab nak jaga periuk nasi je
takut kena soal siasat latu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2018 12:35 PM | Show all posts
Orang UMNO perlu buka mata dan lihat sendiri betapa wakil rakyat mereka bukannya ikhlas berjuang untuk agama dan bangsa tetapi mereka hanya ingin mendapatkan keuntungan untuk diri sendiri semata-mata.


Mana-mana ahli UMNO yang masih sayang kepada agama dan bangsa diseru supaya mengundi PAS di dalam PRU15 nanti. PAS akan menjaga kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam dengan lebih utuh berbanding UMNO tanpa ada sebarang kepentingan politik. Dan insyaAllah sekiranya PAS diberi peluang memerintah Malaysia, umat Islam dan kaum bumiputera akan mendapat hak mutlak ke atas tanah air mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi2 sedang berterbangan cari tmpat berteduh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 25-6-2018 12:35 PM
Orang UMNO perlu buka mata dan lihat sendiri betapa wakil rakyat mereka bukannya ikhlas berjuang unt ...

PASampah xnak tanggung hutang negara byk2. So sampai kiamat lah PASampah takkan memerintah negara. Syukur!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:51 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 25-6-2018 12:43 PM
PASampah xnak tanggung hutang negara byk2. So sampai kiamat lah PASampah takkan memerintah negara. ...

Tiada kaitan pun diantara "tak nak tanggung hutang negara" dengan "takkan memerintah negara". Sebab PAS pernah 2 kali ada pengalaman menyelesaikan hutang kerajaan terdahulu tanpa perlu mewujudkan "Tabung".


Lagipun soal kemenangan ini berlaku dengan izin Allah SWT. Dan sekiranya PAS diberikan kemenangan, rasanya PAS tidak akan melakukan perkara yang memalukan sebagaimana yang telah dilakukan oleh kerajaan PH iaitu mewujudkan Tabung untuk menyelesaikan hutang negara.


Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejadian ini membuka mata rakyat Msia. Banyak yg masuk politik sebab nak cari kekayaan bukan utk berkhidmat. Bila parti dah kosong, diorang lari
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 01:00 PM | Show all posts
Umno berjuang demi bangsa agama dan negara konon..
Ptui...  semangat lebih rendah dari perut ular..

Semangat nak mentekedarah duit ada lah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 02:03 PM | Show all posts
demi kebajikan rakyat?? puiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 02:52 PM | Show all posts
traitor
pengkhianat undi rakyot
elok mampus la
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 03:17 PM | Show all posts
apahal lobai bodo PIS ni spam merata2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 06:56 PM | Show all posts
Doakan mereka semua masukkan PAS...  

kalau masuk PH dan bawak sekali  pemikiran UmNO yg kemelayuan tak tentu pasal dan keangkuhan tu hehe dan sombong bodohnyer..hish susah PH nak handle lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 25-6-2018 11:52 AM
Salut kat lobai..berjuta kali kalah PRU tapi takde satu wakil rakyat pon yg keluar parti..

salute gk...ada prinsip.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 25-6-2018 12:42 PM
Babi2 sedang berterbangan cari tmpat berteduh.

paku dulang..paku serpih...mengata orng...gang2 cawat(kih3...) hang yg reramai kuar bn tu..amende???
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 25-6-2018 09:27 PM
paku dulang..paku serpih...mengata orng...gang2 cawat(kih3...) hang yg reramai kuar bn tu..amende? ...

Sama jah konsepnya. Sejak bila dodol sokong geng cawat bn keluar bn? Dodol turut hencap jua geng2 babi melompat ni. Kau xpayah nak acah2 cakap dodol sokong mereka lah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ramai langau & tikus dlm umno
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.794371 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list