CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2309|Reply: 30

[Tempatan] Tahap obses swafoto rakyat Malaysia makin membimbangkan disamping kemaruk LIKE

  [Copy link]
Post time 25-6-2018 02:27 PM | Show all posts |Read mode


SETAKAT ini berselfie atau berswafoto belum diklasifikasikan sebagai penyakit mental kronik  di Malaysia bagaimanapun tahap obses masyarakat kita terhadap aktiviti trend itu semakin membimbangkan.

Pakar Perunding Psikiatri dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid berkata, penyelidikan berkenaan perbuatan itu di negara ini tidak banyak dilakukan dan ia masih perlukan kajian ilmiah sebelum diklasifikasikan penyakit kerana dibimbangi rakyat di negara ini terjebak amalan itu secara berlebihan hingga boleh mendatangkan kemudaratan sama ada kepada kesan fizikal ataupun mental seseorang.

“Cuma beberapa tahun kebelakangan ini, pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu ‘mental disorder’ terutamanya yang mendatangkan kemudaratan.

“Setakat ini terdapat kajian dijalankan di United Kingdom dan India terhadap 225 golongan muda melalui selfitis behavior skill bagi melihat tahap keseriusan mereka berselfie,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Universiti Malaya Specialist Centre (UMSC) berkata, melalui kajian itu, lebih 65 peratus daripada 225 orang berkenaan mengalami masalah selfitis behaviour scale (SBS) yang dikategorikan sebagai selfitis borderline, selfitis akut dan selfitis kronik.

“Selfitis borderline bermaksud mereka yang berselfie sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan tidak memuat naik gambar dalam media sosial.

“Manakala selfitis akut dikategorikan mereka yang berswafoto sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial, selfitis kronik pula mereka yang berswafoto lebih daripada enam kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan ketiga-tiga selfitis itu, selfitis akut dan kronik akan mendorong individu itu melibatkan diri dalam aktiviti swafoto bahaya.

“Mereka juga dikaitkan dengan penyakit mental seperti kemurungan atau tekanan dan personaliti kepada umum.

“Mengikut kajian  dibuat juga mendapati mereka yang berumur belasan hingga 20 tahun sering terlibat dengan gejala itu, bagaimanapun semakin meningkat usia dorongan ke arah perbuatan swafoto semakin berkurangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan berswafoto juga mempunyai kaitan dengan ‘narsisistik personaliti’ bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit psikiatri seperti anxiety disorder, dan ketagihan.

“Kita tidak pasti sama ada hubung kait ini berkaitan punca atau akibat berswafoto itu sendiri. Bagaimanapun jika dilihat perbuatan berswafoto itu kemungkinan seseorang itu sudah ada penyakit atau kesan daripada sibuk berselfie akan menyebabkan komplikasi penyakit mental.

“Contohnya, bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit was-was atau kurang berkeyakinan berkaitan penampilan, maka mereka akan berselfie kerana mahu memastikan diri kelihatan sempurna dalam alam maya,” katanya.

Rusdi berkata, berswafoto juga dikaitkan dengan individu yang bangga dengan diri sendiri, mengharapkan pujian orang ramai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 02:32 PM | Show all posts
siapakah ratu selfie tersohor tanahair?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 02:33 PM | Show all posts
So far, den x minat berselfie. Almaklumlah x hensem.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa bbnu 23 tahun below.mmg.iols.suka selfie..
Maklum le..masa tu telepon nokia 6300 kot..yang nipis.tu..
Nak.snap senang...ada button...
Segala ceruk iols selfie...
Skang dh ada anak...tapi ada ig...x terasa.nak.selfie...
Iols.memahami...
Tp.yang.menari.dua jari la..lapan.jari la..syantik la...
Boleh.pegi.jahanam...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 03:52 PM | Show all posts
Nasib tak masuk dalam golongan sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 04:10 PM | Show all posts
yg single sakan berselfie bagai ok la kut
kalau nak dpt kan likes...
ni bini2 org pun ada yg rajin berselfie pastu duk post dlm group wasap apa kes..
da la dlm group tu ada ramai kwan2 lelaki...walaupun kawan sekolah tp semua da jd jd laki org, bini org
dlm fb @insta tu lagik la berlambak bini2 org selfie bagai kalah org bujang...
mcam2 style ada..
segala sudut nak tunjuk..utk sape ntah laa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2018 04:23 PM | Show all posts
I rasa macam mana je buat status public kat FB supaya semua friend dan follower I boleh baca status I tu...

Korang ni beraya wajib bergambar ke?

Ada friend tu, kalau sehari tu dia pergi beraya 5 rumah... gambar dia upload sampai 100 keping.

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 05:26 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 25-6-2018 08:23 AM
I rasa macam mana je buat status public kat FB supaya semua friend dan follower I boleh baca status  ...

hahaha samalah dgn kwn aku.. kat insta dah boleh up 10 keping sekali pos.. tetap dia pos satu2 gambar dia. aku yg stress nak scroll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada nama penyakit baru. Selfitis. Congrats uols.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 06:12 PM | Show all posts
insulin replied at 25-6-2018 02:33 PM
So far, den x minat berselfie. Almaklumlah x hensem.

Alaaa...filter/edit je lah pic trus lawooo
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:25 PM | Show all posts
aechae replied at 25-6-2018 06:12 PM
Alaaa...filter/edit je lah pic trus lawooo

Kalau pakai filter, nampak peliklah. Lagipun, nanti para gadis2 ingat kita ni gay. Kan?kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:30 PM | Show all posts
shernazz replied at 25-6-2018 02:46 PM
Masa bbnu 23 tahun below.mmg.iols.suka selfie..
Maklum le..masa tu telepon nokia 6300 kot..yang nip ...

Goyang nasi padang masuk sekali tak dalam kecaman?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ak sorg je kurang keyakinan utk berselfie, rs pelik je muka klu selfie sorg2. Tangkap gmbar ramai ngan kwn2 ok lg.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 25-6-2018 11:25 PM
Kalau pakai filter, nampak peliklah. Lagipun, nanti para gadis2 ingat kita ni gay. Kan?kan?

Jambuuu uols

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebom kawen mmg aku kerap gak selfie.pas kawen,hurm..amek gambo pon guna anak duk depan cover perut yg dah membuncit
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:46 PM | Show all posts

Hahaha. Jambu. Lama x dengar orang sebut slang nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 25-6-2018 11:46 PM
Hahaha. Jambu. Lama x dengar orang sebut slang nih.

Tp org laki klu kt ig Fb penuh pic selfie mmg sesuatuuu kn
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Selfie ni bila xda org nk amekkn gmbar je..
Lg plak klu org amekkn pic time tu lah mata sepet lah pejam lah, pastu nk senyum pn malu2...tp klu selfie mulut muncung tu mmg x lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:54 PM | Show all posts
aechae replied at 25-6-2018 11:51 PM
Tp org laki klu kt ig Fb penuh pic selfie mmg sesuatuuu kn

A'ah. Memang sesuatu. Nampak pelik ooo.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan pompuan & sotong terkena penyakit ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.081028 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list