CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 806|Reply: 4

[Tempatan] Contohi Finland, kerajaan akan tetapkan ‘had laju’ Internet

[Copy link]
Post time 25-6-2018 02:55 PM | Show all posts |Read mode
25 Jun 2018 19


PETALING JAYA – Kerajaan akan mengkaji kaedah Finland untuk menetapkan kelajuan minimum Internet bagi memastikan kualiti Internet dan menjamin kepentingan pengguna, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, Malaysia akan mempertimbangkan perkara itu selepas kerajaan menjadikan kemudahan Internet sebagai hak asasi dan meningkatkan kemudahan yang ada di negara ini.

Gobind berkata, kementeriannya telah mengumumkan untuk mengurangkan bayaran jalur lebar sebanyak 25 peratus menjelang akhir tahun.

Katanya, keputusan itu akan disusuli dengan pengurangan bayaran perkhidmatan Internet serta menambahkan kelajuan Internet untuk merealisasikan “pertambahan kelajuan dan pengurangan bayaran sebanyak 50 peratus” yang dijanjikan Pakatan Harapan.

Beliau berkata, kadar bayaran di Malaysia ialah RM120/10Mbps iaitu lebih mahal berbanding RM74/50Mbps di Thailand dan RM134/1Gbps di Singapura.

Gobind berkata, beliau berharap dapat bertemu dengan syarikat telekomunikasi setiap bulan untuk mendengar pandangan mereka dan membolehkan syarikat berkenaan terlibat dalam proses membuat keputusan kerajaan.

“Matlamat saya ialah mengurangkan beban rakyat dan menambah baik kemudahan yang ada. Ini bertujuan membolehkan kita bersaing dengan negara lain.

” Saya mahu melihat hasilnya dan kami harus mencapai matlamat berkenaan,” katanya dalam wawancara dengan Sinchew Daily.

Gobind berkata, beliau juga mencadangkan pemindaan Perlembagaan Persekutuan supaya Internet dijadikan hak asasi rakyat.

“Saya pasti wakil rakyat lain juga akan menyokong kerana ini bukan soal politik, tetapi perkara yang memanfaatkan semua orang,” katanya.

Beliau berkata, dengan menjadikan Internet sebagai hak asasi, maka kerajaan mempunyai kewajipan bagi memastikan kemudahan Internet diberikan termasuk menyediakan optik fiber dalam projek pembangunan.

“Selain sekolah, semua projek perumahan harus disediakan optik fiber sebelum permulaan projek,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 03:08 PM | Show all posts
masalah utama kouta tenet, bukan speed sgt

ko pakai tepon display 4k qhd bagai, takkn nk play youtube .3gp 320x240 px punya kualiti

baik takyah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 04:05 PM | Show all posts
look NORSE policy...

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 04:25 PM | Show all posts
kat australia aku pakai tenet 5GB sebulan harga 20~ AUD tak pernah habis..

kat EU pun lebih kurang gk, siap buat tethering. tenang2 je pakai seminggu tak habis.
  
kat sini pakai celcom 3gb, sekejap je dah kena throttle.

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 04:43 PM | Show all posts
i pakai tenet 60gb/month company bagi free, mesti kasi habis 60gb itu. kohkohkoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.053196 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list