CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4520|Reply: 81

[Tempatan] Video Tular Pelancong Menari Atas Tembok Masjid (Akhirnya Didenda Oleh Mahkamah

[Copy link]
Post time 25-6-2018 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 28-6-2018 10:32 PM




https://www.facebook.com/1512009 ... 99567820111633/?t=0




Ekoran video tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan perilaku tak senonoh pelancong asing di atas tembok pagar masjid, pihak pengurusan tertinggi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu telah mengambil keputusan untuk melarang pelancong untuk melawat masjid berkenaan buat sementara waktu berkuasa serta-merta.

Dalam kenyataannya menyatakan rasa kesal tindakan pelancong terbabit meskipun sudah diberitahu tertib serta peraturan di sekitar masjid.

Rentetan kejadian itu, pihak masjid juga memutuskan untuk tidak membenarkan semua bas ekspres, kenderaan pengangkutan Grab dan teksi untuk membawa pelancong masuk ke kawasan dan sekitar masjid, melainkan teksi yang sudah berdaftar dengan pihak masjid.

“Larangan itu tidak membenarkan kenderaan pengangkutan berkenaan meletakkan kenderaan (parkir) di luar masjid seperti yang biasa diamalkan sebelum ini,”, katanya.

Menurut Jamal, MBR membuka peluang kepada pelancong untuk mengunjungi masjid itu dengan anggaran 500-1000 pelancong melawat masjid itu setiap hari.

“Pada dasarnya, pihak pengurusan tertinggi MBR telah melaksanakan pelbagai usaha menyampaikan mesej keindahan Islam dan masjid kepada pelancong yang berkunjung, namun masih ada pelancong yang bertindak di luar jangkaan.

“Usaha ini termasuklah inisiatif pihak MBR menyediakan pemandu pelancong, jubah, baju kurung, tudung, kopiah dan sebagainya,” katanya dan menurutnya masjid itu juga menyediakan Pusat Pelancongan bagi memudahkan penyaluran maklumat serta menyemarakkan aktiviti dakwah.

Katanya bagi menjaga imej dan kesucian Islam dan masjid itu serta kelestarian industri pelancongan di Sabah, pihak MBR akan mengadakan perbincangan lanjut bersama agensi berkaitan pelancongan bagi mencari jalan terbaik yang akan memberi manfaat kepada semua pihak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2018 12:01 PM | Show all posts
MASJID Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) ditutup kepada semua pelancong asing berkuat kuasa hari ini.

Ia berikutan tersebarnya video berdurasi 10 saat menunjukkan aksi tidak senonoh dua wanita berpakaian seksi dipercayai pelancong asing sambil menari ala `K-pop’€™ di atas pagar tembok masjid itu.

Makluman penutupan itu dijelaskan Pengerusi MBR, Datuk Jamal Tun Sakaran dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada ejen pelancongan.

Jamal dalam kenyataannya berkata, berikutan kejadian itu, MBR memutuskan semua bas pelancong, pemandu Grab dan teksi tidak dibenarkan membawa pelancong masuk ke kawasan dan sekitar masjid kecuali teksi berdaftar dengan MBR.

Katanya, larangan itu termasuk tidak membenarkan bas pelancong, kereta Grab dan teksi diletakkan di luar masjid seperti yang biasa diamalkan sebelum ini.

“€&#156ihak Pengurusan Tertinggi MBR mengambil keputusan untuk melarang sementara waktu kepada semua pelancong untuk datang melawat masjid berkenaan serta-merta.

“€œIni ekoran daripada video yang tular di media sosial menunjukkan tindakan pelancong asing mempamerkan perilaku tidak senonoh di atas pagar MBR.

“€&#156ihak Pengurusan Tertinggi MBR menzahirkan rasa sangat kesal dengan tindakan segelintir pelancong terbabit meskipun sudah diberi penerangan perilaku dan tertib di sekitar masjid,”€ katanya.

Setiap hari dianggarkan 500 hingga 1,000 pelancong melawat MBR berdasarkan persetujuan pihak Pengurusan Tertinggi MBR dalam melaksanakan pelbagai usaha bagi menyampaikan mesej keindahan Islam dan masjid kepada pelancong.

Pentadbiran masjid juga menyediakan pemandu pelancong, jubah, baju kurung, tudung dan kopiah untuk pelancong, selain menyediakan Pusat Pelancong bagi memudahkan penyaluran maklumat serta menyemarakkan aktiviti dakwah.

Bagi memastikan larangan lawatan pelancong dipatuhi sepenuhnya, Jamal berkata, pihak pengurusan MBR juga mengambil keputusan menambah anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang ditempatkan di luar pagar masjid bagi memantau keadaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Jun 2018 @ 3:43 PM
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:04 PM | Show all posts
Yang menari tu dari pintu belakang.

Diorang tak masuk dari depan (means bas parking sebelah rounabout / pintu belakang then pelancong2 tu  panjat pagar dan menari seksi)

Sepatutnya pemandu pelancong kena peka juga pengendali tour bus

Tapi yg saya dengar katanya pemandu pelancong dah bagi taklimat mengenai sensitiviti tapi pelancong ni buat tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis la kg likas kena ombak besar nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:07 PM | Show all posts
kapiak lahanatullah

the worst of creatures

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:07 PM | Show all posts
pelancong2 korea china ramai g kk la ni....semua jenih bukan nak reti bahasa pun kalau cakap x paham bahasa walpoun ada terjemahan bahasa depa sendirik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2018 12:12 PM | Show all posts
Kenalah bertegas bab larangan macam mana mereka bertengas dengan pelancong luar yang datang melancong ke negara mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:14 PM | Show all posts
Edited by tanakkampung1x at 25-6-2018 12:16 PM



Ini pun di KK juga, pelancong China selamba je jemur kain di tengah jalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 12:16 PM | Show all posts
tanakkampung1x replied at 25-6-2018 12:04 PM
Yang menari tu dari pintu belakang.

Diorang tak masuk dari depan (means bas parking sebelah roun ...

yang menari di video tu urang kuria kah china PRC? kemarin abang ipar aku forward tu video. bikin panas juga bila tgk video sampalau menari. ada juga ku baca urang ni bikin taik di ayutaya temple. marah orang siam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:16 PM | Show all posts
tanakkampung1x replied at 25-6-2018 12:14 PM
Ini pun di KK juga, pelancong China selamba je jemur kain di tengah jalan

inilah akibatnya bila sampalau dr ulu dpt berjalan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:20 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 25-6-2018 12:16 PM
inilah akibatnya bila sampalau dr ulu dpt berjalan.


Ini di Suria Sabah boss, main kancing saja merata
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:23 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 25-6-2018 12:16 PM
yang menari di video tu urang kuria kah china PRC? kemarin abang ipar aku forward tu video. bikin  ...

Kuria biasa lebih berdisiplin dari China

Tapi China tida gete dan tida berani menari seksi macam ni

So ini inda pasti kuria/china
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:45 PM | Show all posts
sesuai la dengan perangai oriental
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 03:36 PM | Show all posts

Biadap! Pelancong tanah besar berjoget depan masjid





Kejadian di masjid terapung kota kinabalu.pelancong dari negara Cina yg kurang menghormati dan memahami budaya kita malaysia.

Apakah pandangan dan komen anda?!!

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 03:39 PM | Show all posts
the sepets lagi.....wadehek
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
So? Apa isunya? Dah tentu kufar jahil ? Omg jadi meleis moslem nak kena sentap selalu bila org tak hormat agama isle ke ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tiba masa pelancong tanah besar patut kena ban dari keluar China yg mana suka buat hal berak merata, curah air panas kat pramugari dll.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 04:08 PM | Show all posts
encikWawad replied at 25-6-2018 03:59 PM
So? Apa isunya? Dah tentu kufar jahil ? Omg jadi meleis moslem nak kena sentap selalu bila org tak h ...



apa punya soalan la ko ni. berjoget depan rumah ibadat xde isu??
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
chacon replied at 25-6-2018 04:08 PM
apa punya soalan la ko ni. berjoget depan rumah ibadat xde isu??

Entah pada aku biasa je. Sebab yg menari tu kapir je pun bukan dia tahu apa. Selagi belum dalam mesjid selagi tu abaikan je lah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 04:17 PM | Show all posts
Hal sebegini terus mengelupur melayu2 Islam..
Pemerintah dah pun buat masjid besar2, cantik2 sana sini..
Tapi bila azan Subuh, masing2 pemalas tak nak bangun..
Tarik selimut lagi adalah...

Kemudian mengelupur hal lain...
Diri sendiri tak nak mengimarahkan masjid..

Poyo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.066837 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list