CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1680|Reply: 4

[Tempatan] Bayi lelaki dicampak dari tingkat 2

 Close [Copy link]
Post time 25-6-2018 05:18 PM | Show all posts |Read mode
KAJANG: "Melihat keadaan bayi itu dalam keadaan biru, saya panik dan badan saya menggigil."

Itu detik yang diceritakan, Thayalan Paliandy, 33, ketika menyelamatkan bayi lelaki yang dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Jalan Hentian 4, Hentian Kajang, di sini, semalam.




Mahu diikenali sebagai Ajey, memaklumkan ketika kejadian, dia sedang makan di sebuah restoran di lokasi terbabit.

"Ketika makan, saya terdengar bunyi kuat dari bumbung restoran itu dua kali. Tiba-tiba saya terdengar pekerja wanita restoran itu menjerit sebelum bergegas ke bahagian belakang premis berkenaan.

"Saya terkejut apabila menemui bayi lelaki dalam keadaan bogel berhampiran besi konkrit. Pada mulanya, saya menyangka bayi itu sudah mati, namun tangannya bergerak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Ajey berkata, dia kemudian berlari mendapatkan apron yang bersidai di premis berkenaan untuk membalut bayi terbabit.

"Saya melihat kaki dan tangan bayi itu biru, ada darah di kepala dan hidung selain kesan calar di bahunya. Saya terus berlari ke depan restoran dan menahan sebuah van lalu mengarahkan pemandunya membawa saya ke klinik berhampiran.

"Sepanjang mendukung bayi itu, saya rasa panik dan badan mengigil melihat keadaannya seperti susah bernafas. Saya risau tidak sempat sampai ke klinik untuk menyelamatkan nyawanya," katanya yang juga seorang peniaga.

Katanya, sebaik tiba di klinik berkenaan, doktor meminta saya membawa bayi berkenaan ke hospital untuk rawatan lanjut kerana kecederaan parah dialaminya.

"Pihak Hospital Kajang yang dihubungi mengambil bayi berkenaan dari klinik berkenaan.

"Saya difahamkan bayi itu dicampak oleh pekerja kilang warga asing dari tingkap bilir air sebuah rumah di tingkat dua bangunan lima tingkat terbabit sebelum jatuh pada bumbung restoran berkenaan dan berguling jatuh ke bawah.

"Dentuman yang saya dengar itu dipercayai bunyi bayi berkenaan dicampak dan kali kedua pula (bunyi) uri yang dibuang dari tingkap berkenaan," katanya.

Menurutnya, dia ada melawat bayi berkenaan yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

"Saya terlihat status dimuat naik di Facebook yang memaklumkan bayi itu sudah meninggal dunia. Namun, doktor memaklumkan keadaan bayi itu ktitikal tetapi stabil.

"Difahamkan bahu kanan bayi itu patah dan dia turut mengalami pendarahan di bahagian kepala," katanya.

Beliau berharap bayi berkenaan sihat dan dapat memberikan sumbangan kepadanya.

"Sekiranya dia sudah sihat nanti, saya mahu memberikan bantuan dari segi sumbangan bahan keperluan kepadanya. Namun jika hayatnya di dunia ini singkat (meninggal dunia), saya sanggup membantu urusan pengebumiannya," katanya. - IS

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 05:20 PM | Show all posts
Beraninya letak avatar sendiri kat sini...nak test market ke bang....hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 05:32 PM | Show all posts
melayu ke indon?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 02:58 PM | Show all posts
kesiannya..... mmg keji sgt sape buang baby ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread dah ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.085502 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list