CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 706|Reply: 2

[Tempatan] Awak tanya dia sendiri? - Tun M

[Copy link]
Post time 25-6-2018 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TUN Dr Mahathir Mohamad mendakwa tidak tahu menahu mengenai pembabitan syarikat milik seorang hartawan terkenal dalam projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Perdana Menteri sebaliknya meminta wartawan bertanya sendiri kepada hartawan terbabit mengenai dakwaan berkenaan.

“Saya tidak pasti hal itu. Awak kena tanya dia sendiri," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, projek ECRL diteruskan sekiranya mendapat terma yang memihak kepada kerajaan dalam rundingan semula projek itu dengan syarikat kontraktor.

Katanya, masalah pembinaan ECRL adalah membabitkan kos terlalu tinggi, selain terma yang tidak memihak kepada negara.

“Semua terma perlu dirunding semula. Kalau dapat terma yang bagus sudah tentu ia akan diteruskan.

“Idea untuk membina (ECRL) ok walaupun terlalu awal. Tetapi jika perlu dibina dan tidak dapat batalkan kontrak, kita perlu kurangkan kos,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, hari ini.

Hadir sama, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin dan Menteri Besar Johor yang juga Setiausaha PPBM Johor Datuk Osman Sapian.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, rundingan semula terma perjanjian air antara Malaysia dan Singapura bukan satu keperluan mendesak untuk dibincangkan ketika ini.

Bagaimanapun katanya, rundingan itu akan tetap diteruskan.

Mengulas pertemuannya dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd dan DRB-Hicom Bhd pada Jumaat lalu, Perdana Menteri mahu syarikat terbabit tidak meminggirkan syarikat tempatan dalam membekal komponen Proton.

“Kita mahu pengeluar China bekerjasama dan membantu pengeluar tempatan.

“Jika tidak, kita khuatir mereka akan bawa komponen dari luar dan menyebabkan vendor tempatan ditutup. Itu tidak adil kepada vendor tempatan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut memuji kenderaan utiliti sukan (SUV) yang bakal dilancarkan Proton tidak lama lagi.

“Saya berkesempatan memandu uji kenderaan itu dan kualitinya tinggi. Saya fikir ia sesuai untuk pasaran Malaysia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Jun 2018 @ 8:38 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 25-6-2018 10:00 PM

bagi kroni tun hari ini kawen , pagi esok beranak.bagi pengundi tun hari ini kawen 5 tahun lagi pun belum tentu beranak. kekal kempunan
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 10:18 PM | Show all posts
Semenjak Tun memerintah negara sebulan dua ini, dua kroni yang sering dikaitkan dengan beliau tiba-tiba muncul semula. Ting Pek Kiing yang sudah menghilang diri belasan tahun dikatakan mahu memajukan sebuah projek mega di Langkawi dan Vincent Tan tiba-tiba saja ada kaitan dengan projek ECRL yang kononnya mahu dibatalkan oleh PH sebelum mereka berkuasa.
What's next?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.068064 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list