CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 0

[Tempatan] Rebut kuasa mungkin jadi punca...?

[Copy link]
Post time 25-6-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
UNSUR perebutan kuasa pengurusan pusat hiburan terkemuka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur mungkin menjadi punca utama kejadian dua lelaki melepaskan 25 das tembakan, malam semalam.

Selain itu, polis juga tidak menolak kemungkinan wujudnya perebutan pengedaran dadah dalam premis hiburan terbabit oleh individu atau sindiket tertentu.

Bagaimanapun, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan secara menyeluruh mengenai motif sebenar suspek melepaskan tembakan ke arah pintu hadapan premis hiburan empat tingkat itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pada masa ini masih terlalu awal untuk mengaitkan kes berkenaan dengan elemen dendam atau pengedaran dadah, namun siasatan menyeluruh sedang dijalankan.

“Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berusaha mengumpulkan segala maklumat daripada saksi dan pemilik premis hiburan itu bagi mengenal pasti motif kejadian seterusnya mengesan suspek.

“Bagaimanapun kita percaya kejadian ini tidak mempunyai kaitan dengan unsur pengganas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pihaknya juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar pusat hiburan ternama itu selain kawasan berhampiran menuju ke Jalan Imbi dan Jalan Pudu.

Sementara itu, berdasarkan maklumat awal, dua suspek lelaki terbabit dipercayai menaiki motosikal jenis Yamaha LC, namun masih belum dapat disahkan kebenarannya.

Berdasarkan 25 kelongsong peluru yang ditemui, suspek berkemungkinan menggunakan senjata jenis M-16 atau Steyr atau HK MP5 atau M4 atau Bushmaster yang diubahsuai spesifikasinya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.082559 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list