CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1146|Reply: 6

[Tempatan] Isu bahasa Mandarin tidak perlu diperbesarkan - PM

[Copy link]
Post time 25-6-2018 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap isu penggunaan Bahasa Mandarin dalam kenyataan media oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hanya sebagai kesilapan kecil yang tidak perlu dibesar-besarkan.

Beliau berkata, kesilapan seperti itu adalah perkara biasa kerana tiada siapa yang tidak pernah membuat kesilapan.

“Ia hanya satu kesilapan kecil, semua manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan.

“Namun saya fikir, ia patut dibuat dalam tiga bahasa untuk khalayak berbangsa Cina,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, hari ini.

Hadir sama, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir mengulas mengenai isu penggunaan Bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi oleh Guan Eng yang hangat diperkatakan hari ini.

Guan Eng dalam kenyataan balasnya, berkata semua kenyataan dalam media rasmi beliau di bawah Kementerian sememangnya dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan hanya diterjemahkan kepada bahasa lain sekiranya perlu.

Kata Guan Eng, pendiriannya mendukung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak pernah dipertikaikan.

“Saya akan terus memperbaiki apa-apa kelemahan dalam tata urus komunikasi saya dengan rakyat Malaysia,” katanya

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, senarai kabinet sudah dimuktamadkan tetapi akan hanya diumumkan pada hari angkat sumpah dan tarikhnya masih belum ditetapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Jun 2018 @ 7:39 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2019 12:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 19-5-2019 01:11 AM

bodonya isu .  dah tentu2 dikatakan diterjemah mengikut teks melayu yg asal
  itupun nak kalut .  lantak pie la nak diterjemah nahasa iban ke bahasa dayak bahasa keling ke .
janji medium utamanya bahasa malaysia  .   

itupun boleh mengelupuh ke  ??
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 02:33 AM | Show all posts
Di Jawapan Orang Cina Di Forum Lowyat.net








Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la Malaysia bukan Negara Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 08:26 PM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 19-5-2019 12:44 PM
Betul la Malaysia bukan Negara Melayu

Ish.. ish.. ishh... Kaji lagi sis..Malays-ia= Tanah Melayu= Malaysland= Malaystan





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2019 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 19-5-2019 08:26 PM
Ish.. ish.. ishh... Kaji lagi sis..Malays-ia= Tanah Melayu= Malaysland= Malaystan

Malaysia Negara berbilang kaum.

Tak boleh hadam ke Ayat tu?

Malaysia Ada Sekolah Cina Tamil,

Lepastu nak klaim ni Negara Melayu punya???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.077311 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list