CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 533|Reply: 0

[Tempatan] Okay je tinggal di jirat Cina...'

[Copy link]
Post time 25-6-2018 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
APA hendak ditakutkan? Semuanya akan merasai mati.”

Demikian kata Ramlan Salleh, 50, penduduk yang tinggal di rumah pusaka yang dibina di atas tanah perkuburan Cina di Kuala Terengganu.

Menurutnya, dia menghuni rumah yang dibina di kawasan jirat Cina sejak arwah ayahnya membeli rumah di sekitar itu pada tahun 1990-an daripada pemilik asalnya.

Kini, Ramlan menetap di rumah sama bersama isterinya, Yati Mamat, 48, bersama enam anak berusia 10 hingga 21 tahun.

Katanya yang bekerja sebagai penggali kubur dan mengambil upah memotong rumput, selain tinggal di rumah itu bersama keluarganya, anak saudaranya turut menumpang di rumah berkenaan bersama isteri dan anaknya selain seorang abangnya yang berusia 60 tahun.

"Saya lebih selesa tinggal di kawasan jirat ini kerana memudahkan saya untuk melakukan kerja seharian selain lokasinya di tengah bandar Kuala Terengganu yang memudahkan saya untuk ke bandar sekiranya ada urusan tertentu.

"Biasanya kubur akan dikaitkan dengan alam mistik, namun bagi saya semuanya sama dan tiada perasaan takut atau gerun walaupun kedudukan kubur bersebelahan rumah.

"Begitu juga dengan anak-anak, mereka tidak takut untuk keluar pada waktu malam, malah kubur-kubur di halaman rumah ini lah yang menjadi taman permainan mereka," katanya.

Menurutnya, sekarang semua anak-anaknya masih tinggal bersamanya di kawasan jirat itu, namun pada masa akan datang sekiranya anak-anaknya mempunyai kehidupan sendiri dan memilih untuk tinggal di kawasan lain dia tidak menghalangnya.

Katanya, sepanjang tinggal di kawasan perkuburan itu, dia bersama keluarga tidak pernah diganggu dengan kejadian aneh.

"Dalam usia sebegini saya lebih selesa tinggal di sini, kerana pelbagai kenangan manis bersama ibu dan ayah terpahat di rumah yang terletak di kawasan jirat ini.

"Dahulu kawasan jirat ini dipenuhi rumah penduduk kemudian mereka dipindahkan ke kawasan tertentu dan yang tinggal hanya dalam 10 rumah di kawasan jirat ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Jun 2018 @ 5:12 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.050956 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list