CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 0

[Tempatan] Penjawat awam positif dadah

[Copy link]
Post time 25-6-2018 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PERAI - “Saya tak ambil dadah, saya cuma hisap rokok dari China yang diberikan bapa saudara beberapa jam lalu,".

Itu alasan yang diberikan seorang penjawat awam apabila ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi bersepadu di Jambatan Pulau Pinang malam semalam.

Lelaki berusia 24 tahun itu dikesan mengambil bahan terlarang selepas ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati positif dadah.

Lelaki berkenaan dan rakannya yang menunggang dan membonceng motosikal sebelum itu ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri yang mengadakan operasi sempena Hari Raya Aidilfitri di laluan berkenaan.

Operasi yang bermula pada jam 9 malam hingga 1 pagi melibatkan 65 anggota pelbagai agensi termasuk AADK, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.

Kedua-dua mereka kemudian dirujuk kepada AADK untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah JPJ negeri, Mohamat Johari Mat Nor berkata, operasi melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dijalankan sebanyak empat kali sebelum ini iaitu pada 12 dan 13 Jun dan diteruskan pada 23 dan 24 Jun.

Menurutnya, dalam tempoh itu pihaknya telah memeriksa sebanyak 1,147 motosikal dan 239 notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.

Antara kesalahan yang dikesan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, lesen memandu tamat tempoh dan tidak mempamerkan tanda P.

Dalam pada itu, Mohamat Johari berkata, pihaknya turut mengesan sikap tidak bertanggungjawab beberapa pemandu bas ekspres yang mengguna telefon bimbit ketika memandu.

Katanya, kesalahan berkenaan dikesan selepas anggotanya menyamar sebagai penumpang bas berkenaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.195469 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list