CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1781|Reply: 15

[Dunia] Wanita racun suami, ibu mertua kerana hina masakan

[Copy link]
Post time 26-6-2018 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 26-6-2018 01:11 AM




NEW DELHI - INDIA. Seorang wanita di India didakwa telah membunuh lima orang dalam satu majlis kenduri di India kerana menghina masakannya.

Kejadian berlaku di Mahad dalam daerah Raigad pada 18 Jun lalu.

Polis berkata, tertuduh, Pradnya Survase dari Khalapur, berniat membunuh suaminya, ibu mertua serta dua kakak ipar dan seorang biras kerana mereka sering mengejek kemahiran memasaknya.

Tambah polis, Survase didakwa mencampurkan racun ular ke dalam kuah dal yang kemudian dihidangkan kepada tetamu, menyebabkan 88 orang dirawat di hospital dan menyebabkan lima kematian.

Vishwajeet Kaingade, penyiasat polis kanan balai polis Khalapur, memberitahu Hindustan Times: "Tertuduh mendakwa bahawa sejak pernikahannya dua tahun lalu, dia telah dihina hampir setiap hari kerana berkulit gelap dan tidak dapat memasak dengan baik."

Survasi telah bercerai dengan suami pertamanya, juga percaya saudara-mara telah merosakkan perkahwinan keduanya.

Difahamkan, kira-kira 120 orang telah dijemput ke   majlis kenduri tersebut bermula dari  jam 2.30 petang hingga 11.30 malam.

Tetapi mereka yang makan pada waktu itu mula berasa mual, muntah dan sakit perut hanya beberapa jam kemudian.

Ujian forensik mendedahkan kehadiran racun perosak dalam kuah dal dan jejak racun dijumpai berhampiran rumah.

Survase dituduh membunuh, konspirasi cubaan membunuh di bawah Kanun Keseksaan India.

Jika disabit bersalah, Survase boleh dikenakan hukuman mati. - metro.co.uk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2018 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Jaga2 la mak mertua, ipar dan biras from hell.

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 09:43 AM | Show all posts
Fuhhh. Berani mati punya marah nih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 09:54 AM | Show all posts
org dah masak kan.. kalau tak sedap pun.. puji la effort dia..

lainla kalau kau order kat kedai.. boleh la komplen.. ni dia susah payah kat dapur..
nak complain boleh je.. puji la dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 09:56 AM | Show all posts
YESSS you go girl!

#joke

penderaan mental itu buruk padahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 10:11 AM | Show all posts
penat masak dengan org cerewet ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2018 10:16 AM | Show all posts
bagus....sis setuju je dgn keberanian sis...u go gerl...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 10:26 AM | Show all posts
siapa in law from hell tu boleh la try
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2018 10:46 AM | Show all posts
kesian kat tetamu yg tak bersalah.

yg kutuk2 dia tu, rasain!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 10:47 AM | Show all posts
jangan main main sama aci
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 10:48 AM | Show all posts
org tu dah penat2 memasak kat dapo, boleh pulak dihinanya..
mmg padan muka family mertua tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 10:59 AM | Show all posts
klu dah hari2 kena hina mmg tak blh tahan
makan hati weiii nie dah tahap geram giler dah nie diracun terus
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 11:10 AM | Show all posts
Harus jadi pengajaran dan kesedaran buat semua
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Cakap pasal ular ni, i suka cerita naagin
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 12:37 PM | Show all posts
Edited by mdhelmi at 26-6-2018 12:39 PM

nk putih carila minah saleh
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 12:44 PM | Show all posts
putih sgt ke laki tu
dgn mertua biras ape semua

dh msk bg mkn pun nk komplen
msk sndiri lain kali
opss...dh kojol



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.060257 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list