CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5975|Reply: 42

[Tempatan] Cacing bawa penyakit ditemui dalam tin sardin dari China

[Copy link]
Post time 27-6-2018 08:40 AM | Show all posts |Read mode



PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menemui cacing yang boleh menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia dalam sampel tin sardin  dari  China yang dibawa masuk menerusi North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang pada 14 Mei lalu.

Ketua Pengarah MAQIS, Datuk Mokhtarud-din Husain berkata, cacing terbabit ditemui menerusi pemeriksaan fizikal dan persampelan ke atas beberapa tin sardin yang tiba dalam dua kontena yang ditahan di NBCT  dengan anggaran berat  36,720 kilogram bernilai RM199,797.24.

Cacing terbabit berkemungkinan  daripada genus Anisakis spp yang menyebabkan penyakit  anisakiasis  kepada manusia yang biasanya berlaku apabila manusia memakan makanan laut seperti ikan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya yang dijangkiti parasit terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anisakiasis adalah penyakit  parasit dan zoonotik bawaan ikan yang disebabkan  oleh nematode Anisakis spp(cacing) yang menyerang sistem gastrointestinalseperti  perut dan usus manusia dan boleh menyebabkan masalah atau simptom gastrointestinal seperti sakit perut, cirit-birit, loya dan muntah.

Mokhtarud-din berkata perbuatan  mengimport melalui pintu masuk apa-apa  tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma dengan perosak, penyakit atau bahan cemar adalah merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Kes ini disiasat untuk  tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata pengimportan ikan sardin perlu mendapatkan permit import daripada MAQIS.

"Walaupun permit import diberikan, pengimport perlulah mematuhi bahawa ikan sardin yang diimport mestilah bersih dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia," katanya.

Mokhtarud-din berkata MAQIS akan terus menjalankan pemeriksaan ke atas produk ikan sardin dan mackerel (sejenis ikan kembung) dalam tin yang diimport di seluruh pintu masuk negara bagi memastikan isu sedemikian tidak berulang.

"Perkara ini amat penting bagi memastikan sebarang produk ikan seperti ikan sardin yang diimport ke negara kita mestilah sentiasa selamat, bersih dan tidak cemar dengan bendasing seperti cacing," katanya.

MAQIS  merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk mengawal aktiviti import, eksport, pemeriksaan,  kuarantin dan penguatkuasaan bagi pengimportan apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma di semua pintu masuk negara yang diwartakan.

Sebanyak 57 buah pintu masuk yang terdiri daripada pintu masuk udara, laut dan darat telah diwartakan dan dikawal oleh  pihak MAQIS. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2018 08:42 AM | Show all posts
saya beli cap ayam aje
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 08:53 AM | Show all posts
Nauzubillah, harap tak masuk Malaysia.

Teringat filem korea, Deranged. Satu Negara kena virus cacing parasit, gejala dia pesakit akan rasa dahaga sangat-sangat sampai satu tahap cacing kasar-kasar keluar dari mulut & anus, lepastu arwah. Rupanya virus ni satu rancangan syarikat farmaseutikal untuk buat untung sebab dia je yang ada penawar.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 09:17 AM | Show all posts
dah lama xmakan sardin ...boikot
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak yaqin brand Malaysia seperti Ayam Brand, Yeo's, Adabi ngan King Cup (brand Malaysia ke brand Jepon ni?) takda masalah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 09:20 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 27-6-2018 09:17 AM
dah lama xmakan sardin ...boikot

Rugi x makan sardin. Sardin cap Ayam sedap oiii...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2018 09:20 AM | Show all posts
eeeeiiiiiii nasib x minat sgt nak mkn sardine ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 09:22 AM | Show all posts
brand apa ni? dulu yg ada cacing TLC....apesal diblur kan brand sardin tu  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2018 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa la semua nak blur? Terbukti ada, tunjuk je la brand apa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 09:29 AM | Show all posts
kan dah tulis Ranesa dlm news tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 09:29 AM | Show all posts
seb baik aku x mkn ikan dan yg seangkatan dgn nya....
btw...camner cacing leh masuk dlm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 09:31 AM | Show all posts
dulu ada forumer  bagi resepi sardin buatan sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 09:45 AM | Show all posts
MissVixen replied at 27-6-2018 09:23 AM
Kenapa la semua nak blur? Terbukti ada, tunjuk je la brand apa.

kan
klu dah coverina macam tu
tak payah la acah2 buat berita

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 10:17 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
I makan sardin cap ayam je..
Pernah beli brand lain... adabi kot tapi tak sedap langsung.
Tapi dah jarang beli la... anak I tak makan langsung sardin dek terpengaruh kata2 cikgu di sekolah kata sardin tak bagus untuk di makan.

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Di tin tu tulis buat di Indon..import dr China?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2018 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
X pernah jumpa pula sardin pprt ni kat pasaraya
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 10:40 AM | Show all posts
matchstick replied at 27-6-2018 10:23 AM
Di tin tu tulis buat di Indon..import dr China?

tu la..kalau jenama ranesa ni setahu aku buatan indon..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 10:41 AM | Show all posts
yg ni jenis sapa yg makan mentah2 atau tdk di masak dgn betul. kalau masak dgn betul, cacing tu mati. tp kalau dah tau ada cacing dlm tu, lepas masak pon aku tanak makan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 11:22 AM | Show all posts
ada sardin dlm peket tu ok tak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.067428 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list