CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adila39

KENANGAN JATUH CINTA - SHARE PLEASE

  [Copy link]
 Author| Post time 14-8-2018 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mimi_mimpi replied at 14-8-2018 02:40 AM
ala... nak citer jugak... I dah taip panjang tadi. Mane pegi?

nak tiru style abg Victorious citer ...

please doooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 02:05 PM | Show all posts
Edited by mimi_mimpi at 16-8-2018 02:28 PM

Kenangan cinta tak kesampaian...(tajuk pun dah spoiler haha)

I susah sikit nak jatuh2 cinta ni. Tapi kalau dah terjatuh tu ha... memang I commit betul2 la.
Sebelum2 ni masa remaja I tak penah ade boifren, even kat uni pun takde.
Sebab dulu ade perasaan rendah diri sket. Tapi crush2 tu memang banyak.
Bila dah kerja ni, barula nak ade kawan2 laki. Tapi tu la, kawan je.
Ade je kawan yang ajak kapel, tapi I yang tak minat.
Sebab yang ajak2 kapel dengan I tu pun, perangai bukan elok sangat.
I pun bukan la baik tahap ppuan melayu terakhir, tapi I tanak la dengan orang yang lagi teruk dari I kan.
Lagipun tak salah kalau I nak laki yang baik, betul?

Sampailah munculnya si dia.
I ade kedai sendiri (family punya sebenarnye), ala2 butik. Jual pakaian. Pekerja I ada sorang.
Satu hari dia masuk kedai I, serabai, bepeluh2 dengan baju sukan.
Katanya dia tengah berfutsal, tiba-tiba dapat mesej interview tak sampai lagi sejam.
Sepatutnya lagi dua jam, tapi ada miscommunication camne entah.
Dia balik rumah, sempat capai CV, tak sempat bersiap. Dia nekad nak pergi interview dengan baju sukan.

Kebetulan, tempat interview tu, dalam building yang sama dengan kedai I. Dia nampak kedai I, dia singgah nak beli baju formal. Ada masa lagi 20minit, so dia nak bersiap sikit. Tapi yang haru, dia tak cukup duit, ada rm20 je. Dia cagarkan IC dengan phone dia. I nampak kejujuran masa tu, so I decide nak tolong. I bagi dia mandi kat toilet, I bagi towel skali. I pilihkan baju dengan seluar, sekali dengan necktie. Then I tunggu dia depan toilet dengan baju. Bila dia bukak je pintu toilet dengan bertowel, I terkedu. Necktie yang I pegang masa tu terjatuh. Fuh dramatik. Dia sado beb. Ade six pack. Ala2 Paul Rudd dalam Antman tu body dia. Haha. kitorang macam malu2 sekejap. I suruh die besiap dalam fitting room. Bila dia dah siap, jauh beza dengan dia yang mula2 masuk tadi. Nampak gentleman gila. Bergaya habis. Segak. Dengan rambut lebat disisir ke belakang, muka taklah hensem mana, tapi nampak baik, bersih, innocent. Pakaian yang I pilih memang sangat2 padan dengan dia. Dah macam model dah. Hati I dah berdegup kencang masa tu. Dia ucap terima kasih, mintak sampaikan salam kat bos (dia tak tau I lah bos), dia tinggalkan IC dan phone, pastu berjalan keluar. I tersenyum sendiri, sambil belek2 IC dia. Kami sebaya, dan namanya Shukri. Ok Shuk, u dah ambik hati I. Simpan baik2 tau. I save nama dan nombor I dalam phone dia. Walaupun hati berat, I terpaksa tinggalkan kedai lepas tu atas urusan lain. I balik kedai 3 jam kemudian, dia dah siap bayar... phone dan IC dah diambil balik. Tiba-tiba masatu terus rasa rindu... macam ada kekosongan dalam dada ni. Padahal kenangan dengan dia tadi tak sampai pun 20minit.
I serahkan pada takdir, I serahkan pada jodoh. Kalau ada, adalah...

Malam tu I dapat panggilan. Dari dia. I rasa I lah manusia paling gembira malam tu. Kami berkenalan. Background dia biasa2 aja. Sama macam I. Orang biasa2. Tapi I terpikat dengan peribadi dia. Tutur kata dia sepanjang panggilan sangat baik, suara dia deep, macho. I tak perasan masa kat kedai tadi. 2 jam kami berbual, not bad. I tak bagitau dia I pemilik butik tu, dan I tak pernah bagitau sepanjang perkenalan kami, sebabnya I dah pernah kenal begitu ramai orang yang nak ambik kesempatan, kalau tau I berduit.

Dan sejak dari tu kami berkawan. Yang lebih merapatkan kami, bila dia lulus interview dan diterima kerja kat situ.

Hari2 lah I dapat tengok muka dia. Hari2 lah hati I berbunga2.

Sepanjang I kenal dia. Perangainya secocok dengan muka. Baik, jujur. Nak kata lurus bendul pun boleh. Disenangi orang sekeliling. Dia ni taklah peramah sangat, tapi bila dah kawan dengan dia, baru tau betapa banyak cakapnya dia ni. Hari2 dia akan singgah kedai I. Bual2 dengan I, dengan pekeja I (mujur pekeja I tu dah kawen). Selalu jugak kitorang lunch sama2. I sangat selesa dengan dia. Dia selalu jadi tempat I luahkan dan keluhkan perasaan I. Pendengar yang baik. Bak kata dia, dia adalah kaunselor peribadi I, akan selalu ada untuk dengar apa2 je yang I nak cakap. Semua rahsia yang I tak pernah bagitau sesiapa, I bagitau dia. Dan dia pun ada jugak kongsikan rahsia2 dia. Makinlah I rasa rapat dengan dia.

Banyak benda yang dia pernah buat yang buatkan hati I ni makin sayang dengan dia. Yang buatkan otak I ni menjerit2 "he's the one!!". Kadang2 bukan dia buat untuk I pun tapi cukup terkesan kat hati I. Pernah, dia tolong sorang makcik yang selalu duduk mintak derma kat luar building tempat kerja kami. Dia berbual2 dengan makcik tanya pasal family, pasal anak. Rupanya makcik tu dah lama tak jumpa family dia. Nak kata kena buang, tak juga. Complicated. Tapi I pendekkan cerita. Sebulan si dia ni tolong makcik tu, dengan bantuan kawan2 dia, dan jugak I. Akhirnya kami jumpa family makcik ni, dan kami berjaya ketemukan semula. Tak payah ceritalah macamane terharunye masa tu. Makcik tu akhirnya selamat tinggal balik dengan family. Ha nampak. Betapa baik si dia ni. Macamana I tak jadi lebih terpikat. Ade lagi few things yang dia buat, tapi cerita makcik tadi yang I consider paling best.

Kalau untuk I, benda paling best bila dia offer diri dia jadi boifren I, tapi pura2 je. Walaupun pura2, I tetap rasa bahagia gila. Ceritanya ade lah beberape pekeja lain dalam building tu yang teringin kat I, tapi I tak layan. I selalu jugak rasa semak bila diorang ni singgah2 kedai I. Satu hari tu ada sorang mamat yang syok kat I ni singgah. Ajak lunch sama2. I menyampah, tak suka mamat ni (kalau nak cerita pasal mamat ni sampai esokla I menaip). Tiba-tiba si dia ni muncul entah dari mana, panggil I sayang. Si dia nak lunch sama2. I terkedu weh masa tu. Mamat tadi buat muka terus pergi. I punya senyum masa tu boleh cecah telinga dah. My hero. Haha. Tapi nikmat tu sekejap je. Dia tau I benci mamat tu so dia panggil I sayang konon2 dia bf I. Walaupun kecewa, I setuju je bila dia kata akan buat lagi macamtu depan mamat2 yang I menyampah.

Dekat 5 tahun kenal rapat, dari umur 20an sampaila 30an, peliknya dia ni tak pernah pun mintak kapel dengan I. I ni bukanlah buruk pun. Boleh tahan tau, ade rupa, ade shape. Kalau tak orang2 laki lain tak kacau, kan kan. Hehe angkat bakul. Banyak kali I bagi hint yang I beminat dengan die, tapi die gelak2 je. Tak pernah ambik serius. I rase macam I syok sorang2 je, so I tak berani la nak luahkan prasaan yg sebenar2nye. I rasa dia ni main jual mahal. Ingat orang ppuan je ke pandai main jual mahal. Makin mahal dia jual, makin I rase nak membeli. Dalam hati I, I tak give up, maybe kalau I sabar, die bleh jatuh cinta kat I balik. Lagipun I rasa kami dah in the right place, masing2 dah kenal baik, cuma perlu sabar je. Tu yang I yakinkan diri I. I pun ego jugakla, tak nak tunjuk yang I terhegeh2 kat dia. Padahal I punya sayang kalau dia suruh I berlutut pun I sanggup. Kalau dia mintak I serahkan semua pun I sanggup. Memang I deeply in love dengan dia. Tapi I tau dia takkan mintak bukan2 dengan I. Sebab dia, I slow2 berubah. I nak jadi lebih baik. Sebelum ni I agak seksi, I dah mula pakai yang elok2. Perangai pun I ubah, jage solat, cakap benda2 yang baik. Dia pun bagi galakan. I bertambah yakin.

Takde angin takde ribut, tiba2 satu hari ni pekeja I bagitau I jangan berharap sangat dengan dia. Sebab pekeja I tu ternampak si dia keluar dengan ppuan lain. I jeles, tapi I tepis. I masih mengharap dengan dia. I faham dia tu popular jugak, ramai kawan ppuan. Tapi I yakin I lah yang paling special, sebab dia sdiri penah cakap macam tu. I percaya. Percaya bulat2.

Rupanya memang I special. Stakat kawan special. Stakat BFF. Belum tahap cinta lagi.

I call, tanya dia pasal ppuan yang pekeja I nampak tu, dia bagitau yang tu bakal tunang dia. Pilihan family. Orang jauh. Dengan happy nye dia ajak I majlis tunang dia nanti. Bulan depan.

"OOOOOO..." tu je I mampu ucap, I jadi speechless. I buat2 ade orang panggil I pastu I hang up.
Badan I menggigil masa tu. I tak mampu nak cakap perasaan I macamane. Otak I berkecamuk. Jantung macam berhenti. Hati rase macam nak pecah. Tanpa I sedar air mata mula menitis... banyak. Macam paip air.

Seminggu I tak datang kedai. Demam. Tiap2 malam I nangis. Punya lah hebat penangan. Bila I ingat balik, dia pernah cerita pasal ppuan ni kat I, tapi tak banyak. Setakat family friend. I tak penah rasa nak amik tau. Tak sangka itu pilihannya. I tak tau apa I rasa. Seminggu I demam tu dia call hari2 suruh makan ubat. 2 kali dia singgah rumah I bagi ubat. Hati I sakit, pedih, tapi dalam masa yang sama I happy bila dia concern pasal I. I masih sayang sungguh kat dia. Seminggu tu I banyak fikir. Macam2. Akhirnya I decide, I akan terus jadi BFF dia sampaila dia kawen. Pastu I akan move on. Konon2nye slagi dia belum akad, I masih ade peluang...

Bila I dah kerja balik, I layan dia macam biasa. Tak lupa ucap tahniah, pura2 excited yang dia akhirnya akan kawen. I sempat gurau cakap "patutla I nak jadi gf u, u tanak". Kami gelak. Itu je la yang mampu. Dia pun siap begurau tanya I bila I nak kawen. Boleh pulak tanya kan, padahal aku tunggu kau la bodoh. Dia memang bodoh tau, kita dah rapat lame kot, kita tak kluar dengan laki lain kecuali dia, kita calling2 tiap2 malam, masih jugak tak paham2 ke kita ada hati dengan dia. Bukan bodoh je ni, lembab pun ade. Ok emosi. I ade mintak nak tengok muka bakal wife. Dia bagi tengok. Muka innocent, muka baik, nampak lurus bendul, maybe same lembab bodoh macam dia. Padan, sesuai dengan each other.

Hari pertunangan berlangsung. I pergi. Sorang je. Sebab I rase I tanak lame2 kat situ. Die buat kecil2an je, tapi ramai la jugak. Dia happy masa tu, memanglah kan. Nampak I datang, kemain lagi dia macam nak melompat. Perkenalkan I kat kawan2 dia masa tu, siap bagitau I single sila tackle. Ceh. Kalaula ade pisau kat tangan I mase tu. Kalaulah. Majlis berlangsung dengan baiklah walaupun tengah hujan lebat dalam jiwa I ni. I sempat berbual dengan tunang dia. Lemah lembut, masa salam tangan I siap cium tangan. Tunang dia tau siapa I, siap panggil I kakak. Taula dia muda 2 tahun. Buat I rase tua. Tak sensitip. Memang same bodoh lah.

I balik, hurm, tak sampai 5 minit drive, I brenti tepi jalan menangis. Apesal lah air mate ni murah sangat utk laki tu.

Biarpun dia dah jadi tunang orang I tetap kawan macam biasa. Macam takde ape2 belaku. Dia pun jarang sangat cerita pasal tunang. I pun tak tau kenapa. Seolah2 tunang tu tak wujud. Tapi bagi I bagus jugak sebab I tak sakit hati. I masih sayang dia, susah nak buang perasaan tu, dan jauh, jauuuuhhh dalam hati I, I berharap satu hari dia akan putus tunang, pastu I akan pastikan dia paham perasaan I.

Tapi hari tu tak datang. Setahun pastu, diorang kahwin. I tak pergi. Dia siap call I malam tu, cakap dia seharian takde mood sebab I tak datang. Ceh, kejap lagi wife ko start bukak baju cube ko cakap gitu. I bagi la alasan merepek2. I tak sanggup la tengok dia akad nikah. I tak sanggup tengok dia atas pelamin dengan orang lain. Maunya I meroyan kat situ nanti. Hakikatnye I pergi maraton wayang. Sorang2. Tengok 4 movies berturut2. Tak penah I buat. I bukan kaki wayang pun.

Seminggu lepas dia kawen, I pindahkan kedai. Kebetulan memang dah bertahun I rancang nak pindahkan kedai. Dah lama bincang dengan family, dengan pekeja. Sebab nak besarkan kedai tu. Tapi I lupakan hasrat tu sementara sebab tengah sebok jatuh hati dengan jodoh orang. Bila dia dah bertunang tu I sambung cita2 nak pindahkan kedai, dan I pilih tarikh seminggu lepas dia kawen. Sebab I tau dia honeymoon 2minggu. So bila dia balik keja  nanti I dah takde situ lagi. Haha. Padan muka. Tapi hakikatnya, I pindah sebab I tak sanggup teruskan kawan baik dengan dia. I yakin, kalau lama2 nanti, kalau dia mintak I jadi skandal/2nd wife pun, I sanggup. Baiklah I sendiri yang keluar dari relationship ni dulu. Nanti bila dua2 jadi tak sedar diri susah plak. Memang dia marah la pastu. I tadah je telinga. I pun slalu2 la buat2 busy kalau die call/mesej2. Kitorang slow2 makin jauh... sampai la harini.

Tu je lah citer I. First time, and the only time, jatuh dan gagal dalam becinta. Kena BFF-zone. Hati dah tetutup terus ni.

Ceh. Menitis lagi air mate taip citer ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2018 02:22 PM | Show all posts
mimi_mimpi replied at 14-8-2018 06:05 AM
Kenangan cinta tak kesampaian...(tajuk pun dah spoiler haha)

I susah sikit nak jatuh2 cinta ni. T ...

Sedihnyaaa. I dapat bayangkan apa u rasa. Sabar ehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 03:11 PM | Show all posts
nbtech78 replied at 14-8-2018 07:32 AM
dia bertuah dapat awak....dan awak bertuah dapat dia....

nice plot.....

Most welcome!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 03:19 PM | Show all posts
adila39 replied at 14-8-2018 08:10 AM
hi awak...pepagi baca buat i rasa bestnya life gitu.. maybe to some lebih in other part but lackin ...

Hi adila,

Apa yang I tulis tu not the whole story la kan sebab kalau tak mau jadi berkajang2.Tapi I just take the gist of it.Apa2 pun, thanks for your kind doa
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 03:23 PM | Show all posts
mimi_mimpi replied at 14-8-2018 02:05 PM
Kenangan cinta tak kesampaian...(tajuk pun dah spoiler haha)

I susah sikit nak jatuh2 cinta ni. T ...

Sedih I baca cerita you ni. I harap one day you akan bertemu dengan si dia yang dapat mencintai you sebagaimana you mencintai si dia juga.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-8-2018 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
i nak share jugak. tapi i xmau ungkit citer 8 tahun lalu...dah 8 tahun dah now. sbb kenangan tu jugak buat i solo. I rasa kenangan cinta yg menyedihkan sebelah pihak je. anyway let's look from the bright side. I sekarang and i sendiri x percaya i boleh fall to him. Tapi i hanya boleh berdoa yg baik baik. I tak mau i jd a step stone to something bad. So i sgt berharap semua akan end up baik baik.

kalau la boleh i bgtau how i feel. rasa janggal pulak nanti..and i rasa sapalah i ni.

sigh.

anyway share more storiess plsss
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 04:38 PM | Show all posts
adila39 replied at 14-8-2018 02:22 PM
Sedihnyaaa. I dapat bayangkan apa u rasa. Sabar ehhhh

Thank you... Tgh sabar ni...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 04:38 PM | Show all posts
Twirlyhoo replied at 14-8-2018 03:23 PM
Sedih I baca cerita you ni. I harap one day you akan bertemu dengan si dia yang dapat mencintai yo ...

Amin... tenkiu2

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jatuh cinta masa orientasi course during my undergrad study. He was my senior and we were in the same group. Mula2 dia nampak pemalu tapi bila kita mula bercakap, rupanya si dia cakap banyak lepas tu apa saja aktiviti dalam kumpulan masa hiking, kayak kitorang bersama......... terpisah jarak waktu pun kita masih memilih utk bersama sampai sekarang because we know we have each other’s back
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mimi_mimpi replied at 14-8-2018 02:05 PM
Kenangan cinta tak kesampaian...(tajuk pun dah spoiler haha)

I susah sikit nak jatuh2 cinta ni. T ...

Sedihnya. Yup kalau i pun tak sanggup jadi best friend bagai, baik la putus
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 07:10 AM | Show all posts
mimi_mimpi replied at 14-8-2018 02:05 PM
Kenangan cinta tak kesampaian...(tajuk pun dah spoiler haha)

I susah sikit nak jatuh2 cinta ni. T ...

nice......sharing
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 08:52 AM | Show all posts
mimi_mimpi replied at 14-8-2018 02:05 PM
Kenangan cinta tak kesampaian...(tajuk pun dah spoiler haha)

I susah sikit nak jatuh2 cinta ni. T ...

Ya Allah, memang sedih kisah hidup mimi....akak pun rasa nak menitis airmata, 5 tahun beb...bkn masa yg singkat tu

akak doakan agar ada lelaki yang akan mencuri hati mimi sehingga terbuka untuk bercinta lagi....

sedih pulak pagi2 ni


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 09:39 AM | Show all posts
Mana si victor ni....tak sambung lagi kisah cinta dia, endingnya camne wehh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2018 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau jd mimi, i akan luahkan dan i akan tanya kenapa xfaham ke atau mmg saja nak mainkan perasaan..lepas tu baru i move on

tapi xpelah nnt akan dpt yg lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 12:24 PM | Show all posts
seronoknya baca cerita uols..mcm berbunga2 hati..lagi2 bila nampak org yg kita crush. mmg senyum smpai telinga. semoga yg belum berjodohan lagi tuu akan bertemu jodoh dgn org baik2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 02:23 PM | Show all posts
doubleA replied at 16-8-2018 12:33 AM
Sedihnya. Yup kalau i pun tak sanggup jadi best friend bagai, baik la putus

Tu la kan. Dia pun dah slamat jadi suami orang, kita tanak la jadi org ke3... Lagipun takkan nak ber-bff dgn ppuan lain lagi bile dah berbini...

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 02:30 PM | Show all posts
Edited by mimi_mimpi at 16-8-2018 02:31 PM
hibernation replied at 16-8-2018 08:52 AM
Ya Allah, memang sedih kisah hidup mimi....akak pun rasa nak menitis airmata, 5 tahun beb...bkn ma ...

Kan... 5 tahun.
I pun pelik takkan la takde langsung dia terjatuh feel dengan I...
Macam2 dah kitorang lalui same2... hmmm

Skarang ni I macam dah jahat sikit kak... I kawan2 dengan laki online... sengaja buat diorang jatuh hati.

Pastu bila dah terpikat I rejek. Huhu jahat tak.



Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 02:37 PM | Show all posts
Edited by mimi_mimpi at 16-8-2018 02:40 PM
adila39 replied at 16-8-2018 09:50 AM
kalau jd mimi, i akan luahkan dan i akan tanya kenapa xfaham ke atau mmg saja nak mainkan perasaan.. ...

I tau perangai dia. Dia kan baik. I yakin kalau I luahkan, dia akan rasa bersalah...
Rasanya demi tak nak sia2 kan perasaan I, dia akan jadikan I wife no2.

I tak nak. Tapi kalau lama2... takut plak kalau akhirnya nanti I sanggup.

Eloklah jugak kalau dia tak paham/tertanya2.
Cinta tak semestinya bersatu kan.

Tak tau la bila nak dapat lain tu... hati dah tertutup, umur pun dah tua... lama2 jadi andartu. Haha.




Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 02:41 PM | Show all posts
iols pun jenis yg mudah jatuh suka..bukan cinta..tapi tersuka..sama ada crush dari segi luaran, atau yg suka amik berat, mmg cepat jek jatuh suka. especially zaman kt u. iols pulak jenis xde geng2 pompuan rapat sgt, yg rapat 1-2 jek. kadang pun lone ranger. boleh masuk dgn semua org.

ada beberapa senior mcm nk rapat. yg baik tumpangkan naik keta n temankan kita buat urusan persatuan. yg baik tetiba ganti coach utk temankan kita tournament. yg dok kirim salam jek manjang, tapi tindakan lain xde. smpai kita naik malu nk bercakap.

kadang2 ada 1-2 org yg kita akan perasan kalau nampak kita tu, mesti mcm tenung gitu. kita pun jadi macam eh, dia suka aku ke..perasan sgt. haha..yg kita crush pun ada. org tu dah balas senyuman pun dah boleh berbunga2 hati. masuk dlm diari.hahaha..

iols bukan lawa pun. jenis slumber jek dgn org. xde nk kontrol2 ayu ke apa. infact, iols jenis kasar..so kalau tetiba dtg perasaan jatuh suka tu, iols suka campak jauh2 perasaan tu. x nk carried away. layan mcm biasa jek.

tapi hal ni kadang buatkan kita tersenyum n hati berbunga masa tu. sbb sedikit sebanyak buat kita terfikir n berangan, dia ke future husband kita..huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.065439 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list