CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3180|Reply: 3

Kumpulan Rock Amerika, Daughtry Bakal Kembali Gegar Kuala Lumpur Julai Ini

[Copy link]
Post time 27-6-2018 03:27 PM | Show all posts |Read mode






Kuala Lumpur – Penyanyi Rock multi-platinum dan pemenang tempat kedua American Idol, Chris Daugthry, akan kembali ke Malaysia pada Jumaat, 13 Julai 2018, jam 8.30 malam di KL Live, Life Centre.


Daughtry akan membawa rock gaya arena ke Kuala Lumpur dan menyanyikan beberapa lagu popular mereka termasuk "Home", "It's Not Over", "Feels Like Tonight", dan single terbaru, "Backbone".







Sebagai barisan hadapan untuk kumpulan muzik yang menggunakan namanya, Daughtry telah menjadi salah satu kumpulan rock & roll yang paling menyerlah dan konsisten di Abad ke-21. Semenjak dikenali  pada musim kelima American Idol, beliau telah mengeluarkan empat album yang kesemuanya telah mencapai Billboard Top Ten dan mencapai jualan lebih daripada 8 juta salinan di A.S.


Satu perkara yang mengekalkan keunggulan Daughtry adalah sentiasa mencabar diri beliau secara kreatif.


Beliau telah bekerjasama dengan artis dari Timbaland, Vince Gill, Carlos Santana dan mengambil peranan sebagai Judas Iscariot dalam persembahan televisyen The Passion secara langsung pada 2016. Daughtry juga memenuhi impian sejak sekian lama dengan melukis rekaan muka hadapan komik Batman yang di angkat sebagai satu daripada 25 muka hadapan teratas untuk tahun ini oleh BatmanNews.com.


Daughtry akan tampil di Singapura, Malaysia dan Thailand dalam lawatan Asia mereka.














Jangan lepaskan peluang anda untuk Rock bersama Daughtry! Sebarang pertanyaan atau untuk membuat pembelian tiket sila layari : https://goo.gl/4VuUSp#06 - CARI







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2018 03:45 PM | Show all posts

mahalnya tiket. tak mampuu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 04:47 PM | Show all posts

best gak ni kalau dapat pi..aku paling suka lagu ni


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 10:24 AM | Show all posts
favourite americal idol: chris daughtry,david cook,david archuleta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.177370 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list