View: 7064|Reply: 40
|
Michael Ang Cadangkan Harta Rampasan Rosmah Dijadikan Pameran - Caj RM250 Sekali
[Copy link]
|
|
Berita mengenai rampasan harta bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bukan sahaja menggegarkan Malaysia, tetapi juga menjadi berita dunia. Dengan harta rampasan keseluruhan bernilai RM1.1 bilion termasuk wang tunai, 272 beg tangan (belum termasuk 295 yang masih belum dinilai), 234 kaca mata hitam dan 423 jam tangan memang membeliakkan mata ramai orang.
Michael Ang dalam statusnya di Twitter memberi cadangan supaya barangan tersebut dibuat pameran dan mereka yang mahu melihatnya dikenakan bayaran.
Foto : Twitter Michael Ang
Ramai yang bersetuju dengan cadangan Michael berkenaan pameran tersebut, namun tidak bersetuju dengan caj RM250 yang sangat mahal.
Ada netizen yang mencadangkan supaya membuat muzium seperti isteri Presiden Filipina, Imelda Marcos yang mempunyai barangan mewah hasil penyelewengan duit kerajaan.
Ada juga yang mencadangkan supaya dijadikan cabutan bertuah. Amboi, seronoknya bagi cadangan?
Malahan ada netizen yang prihatin mencadangkan supaya harta rampasan tersebut dibuat lelongan untuk menebus hutang negara.
Walau apapun perdebatan di media sosial seperti pameran, lelongan dan sebagainya, kita hendaklah menghormati prosedur polis dan kerajaan demi memastikan keadilan ditegakkan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgh tunggu laharan chepwan.. tapi tetibe dia matikan ig.. ke iolls kena block? |
|
|
|
|
|
|
|
samasam90 replied at 29-6-2018 12:18 PM
aku tgh tunggu laharan chepwan.. tapi tetibe dia matikan ig.. ke iolls kena block?
Chepwan dah lahar rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
Tak suka Mike ni .. Heols propa.com |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun sanggup
nak jugak tengok
tapi pastikan yang dipamer itu ori ori belaka
no replika tipu tipu |
|
|
|
|
|
|
|
mahalnya..
baik gi makan nasi arab ke..
chillis ke.. nandos ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat muzium lg untung, under sprm. Jgn cas mahal sgt sampai 250, even ongkaya pun kdekut nak spend duit masuk byk camtu. Make it 25 pun dh cukup. |
|
|
|
|
|
|
|
kowser la dgn si gemok ni
dah la buat drama pun taraf drama sampah loji kumbahan |
|
|
|
|
|
|
|
samasam90 replied at 29-6-2018 12:18 PM
aku tgh tunggu laharan chepwan.. tapi tetibe dia matikan ig.. ke iolls kena block?
Uols kena block.lettew
Iols.masih ada lagi dpt tgk..
Siap.mention coklat..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Dr pd buat pameran baik g lelong.. Duit tu bayar hutang negara or perkara berfaedah utk rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 29-6-2018 05:54 AM
Uols kena block.lettew
Iols.masih ada lagi dpt tgk..
Siap.mention coklat..haha
choiii bijnya chep wan, punyala iolls praktis jadi pemuja heshe last2 diblock nya iolls.. fookey lar.. |
|
|
|
|
|
|
|
3 unit kondominium mewah di Pavilion Residences yang diserbu oleh pihak berkuasa dalam operasi lalu telah dijelaskan oleh pegawai bertugas *bukan milik DSNR,* tetapi propaganda media pro-PH seperti Mkini, FMT, SH & A.Awani terus mengarahkan tumpuan kepada DSNR dengan bait-bait ayat seperti *"kediaman yang dipercayai milik bekas PM",* "dalam siasatan yang mempunyai kaitan dengan 1MDB", etc etc.
Dalam serbuan tersebut 72 beg berisi wang tunai & 284 kotak berisi beg tangan berjenama telah dibawa keluar. Di kotak-kotak tersebut *jelas tertulis nama 'DATIN CINDY',* bukannya nama DSNR atau DSRM.
Siapa sebenarnya Datin Cindy yang tertulis di kotak-kotak rampasan tersebut?
*Datin Sri Cindy Lim atau nama sebenarnya Tan Kewi Yong adalah Pengarah Eksekutif Pavilion REIT & Malton Bhd, isteri kepada tycoon hartanah Tan Sri Desmond Lim Siew Choon, individu ke-27 terkaya di Malaysia.* Cindy juga merupakan kakak kepada jutawan 'Casio King' pemilik CIC, Tan Sri Robert Tan Hua Choon. Desmond Lim merupakan pemilik gedung mewah Pavilion disamping beberapa perniagaan hartanah lain.
*Selain 'harta-harta rampasan', kondominium tersebut juga adalah milik DS Cindy bersama suaminya, TS Desmond.*
*Belum ada sebarang pembuktian semua rampasan itu berkaitan dengan DSNR atau 1MDB |
|
|
|
|
|
|
|
lol. baru perasan meols unfollow dia dah. baru nak ckp, nape dah lama x nmpk heols mencapub di mana2. |
|
|
|
|
|
|
|
x koser nak bayar rm250 utk tgk brg2 rampasan tu...bagi idea bernas sikit la angkel.. |
|
|
|
|
|
|
|
samasam90 replied at 29-6-2018 03:42 PM
choiii bijnya chep wan, punyala iolls praktis jadi pemuja heshe last2 diblock nya iolls.. fookey l ...
Haha..
Iols ada la.kekadang je bg komen emoticon..
Uols tukar pic profile ke...
Tersedak chef wan sambil.membebel.depan.ig dia..haha |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lelong barang2 tu ada gak pekdah |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju cadangan Mike, tapi mintak turunkan harga tiket agar berpatutan dengan kemampuan rakyat marhaen. Buat lah pameran ni untuk beberapa bulan sahaja, lepas tu hantar barang2 ke Christies Auction untuk dilelongkan. Jemput semua bangsawan dari negara2 terkaya seperi Arab dan Monaco. Hasil dari lelong tersebut dimasukkan ke dalam tabung harapan untuk membantu membayar balik hutang negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal kena bayar, free la patutnya. Pastu kena ada 1000th visitor punya price. Rakyat marhaen teringin gak pakai beg Hermes bila Bijan mendahului takhta. Tiara tu dia pakai sengsorang dalam bilik ke camna? |
|
|
|
|
|
|
| |
|