CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2476|Reply: 0

EDISI TERENGGANU : Jumlah jemaah haji Terengganu meningkat tahun ini - Menteri B

[Copy link]
Post time 30-6-2018 09:03 PM | Show all posts |Read mode
KUALA NERUS, 30 Jun (Bernama) -- Jumlah jemaah haji dari Terengganu meningkat kepada 2,739 orang tahun ini berbanding 2,500 orang tahun lepas, kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 101 orang jemaah adalah dari kalangan kakitangan kerajaan negeri yang mendapat pengiktirafan atas kecermelangan perkhidmatan mereka.

Beliau turut menasihatkan jemaah haji yang akan berangkat supaya menjaga disiplin dan mengikut segala arahan yang dikeluarkan Tabung Haji sepanjang berada di Tanah Suci.

"Jemaah haji dari Terengganu  merupakan sebahagian daripada 30,200 Malaysia yang berpeluang menunaikan haji tahun ini dengan sejumlah 112 penerbangan disediakan untuk membawa mereka bermula 14 Ogos ini."

"Jemaah iingatkan supaya kerap minum air dan jangan terlalu terdedah kepada cahaya matahari kerana cuaca di sana ketika ini sangat panas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1439 Hijrah peringkat negeri, di Taman Tamadun Islam, di sini malam tadi.

http://bernama.com/bm/news.php?id=1476029

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.057173 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list