CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3593|Reply: 1

EDISI TERENGGANU : Tradisi perkahwinan percuma anjuran kerajaan negeri akan dite

[Copy link]
Post time 30-6-2018 09:06 PM | Show all posts |Read mode

UALA NERUS, 30 Jun (Bernama) - Tradisi perkahwinan beramai-ramai secara percuma yang dianjurkan oleh Kerajaan Terengganu akan diteruskan pada masa hadapan, kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata meskipun ia adalah inisiatif yang dimulakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) langkah itu diteruskan kerana terbukti ia banyak membantu golongan muda dan pasangan  yang kekurangan sumber kewangan mendirikan rumah tangga.

"Mana-mana agenda yang baik dan memberi manfaat untuk rakyat kita akan teruskan  mengikut  kemampuan  kewangan kerajaan negeri...selepas ini mungkin akan ada pembabitan pihak swasta selain daripada kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri.

Kita turut mengalu-alukan pasangan bukan Islam yang berasal dari negeri ini untuk memohon menyertai perkahwinan perdana ini agar lebih ramai pasangan yang dapat menyertai majlis perkahwinan ini pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan 183 pasangan pengantin dalam majlis Walimatulurus Perdana 2018 yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini hari ini.

http://bernama.com/bm/news.php?id=1476074

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2018 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Untungnya baby boomers ni dapat kahwin percuma..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.060329 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list