CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2625|Reply: 0

EDISI KELANTAN : 3,400 bakal haji tahun ini dari Kelantan

[Copy link]
Post time 30-6-2018 09:09 PM | Show all posts |Read mode
BACHOK, 30 Jun (Bernama) -- Sebanyak 3,400 bakal haji dari Kelantan akan menunaikan ibadah itu pada musim haji tahun ini, kata Ketua Pengurusan Strategik dan Tranformasi Tabung Haji Affan Mohd Nawi.

Beliau berkata jemaah paling ramai ialah dari jajahan Kota Bharu yang merupakan 60 peratus daripada  jemaah haji dari Kelantan.

"Penerbangan pertama  bagi musim haji tahun ini ialah pada 14 Julai manakala penerbangan  akhir telah ditetapkan pada 14 Ogos," katanya pada majlis perasmian Kursus Perdana Haji oleh  Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara  (IKTBN) di sini, Jumaat malam.

Affan berkata kesemua jemaah haji Kelantan  akan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan penerbangan ke Arab Saudi.

Beliau  berkata penerbangan  pulang  pertama  ke tanah air dijangka  pada 27 Ogos dan terakhir 24 September.

http://bernama.com/bm/news.php?id=1475980

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.063591 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list