CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8674|Reply: 41

Malu Jadi Bodoh, Sekarang Baru Iqram Dinzly Menyesal

[Copy link]
Post time 3-7-2018 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Iqram Dinzly malu dengan perkara bodoh yang pernah dilakukan sebelum ini hingga menjadi bahan kecaman netizen beberapa bulan yang lalu.

Dia mengakui perbuatan jeliknya dulu memberi kesan kepada diri, keluarga dan kerjaya hingga ada yang mengatakan dia sudah menyimpang dari akidah agama.


Foto: IG Iqram



"Saya tidak kisah apabila dianggap sudah tidak siuman kerana hanya saya tahu, apa yang saya rasa. Apabila tersedar, saya malu dengan perbuatan sendiri. Saya bukan lagi Iqram Dinzly yang dulu.


"Terdetik juga di hati, apa sebenarnya yang saya lakukan? Saya terperangkap dan terpinga-pinga kerana tidak percaya dengan apa yang saya buat.


"Cukuplah, saya tidak mahu buat kerja gila lagi. Dulu, saya fikir boleh berkongsi apa yang dilalui dengan khalayak, tetapi saya silap. Orang sekeliling tidak faham apa yang saya rasa," katanya pada Berita Harian online.


Foto: IG Iqram



Dia amat kesal dan tidak akan mengulangi perbuatan mengarut itu lagi. Dia bersyukur kerana doa ibunya menjadikan dirinya kembali berubah seperti Iqram yang dulu.


"Saya lupa, saya adalah selebriti. Saya tidak mampu melawan persepsi orang luar apabila diri tidak lagi terurus seperti ketika saya dikenali.


"Saya percaya doa mama, Lalitol Akmar Mohamed Shaffie, 68, membuatkan saya kembali ke pangkal jalan.


Foto: IG Iqram


"Selama ini, saya lihat mama 'okay' dan sering menegur dengan cara baik. Saya tidak perasan dia sebenarnya susah hati. Perbuatan saya memberi kesan sangat besar kepadanya dan keluarga. Mama sangat tabah kerana ketika diuji kehilangan suami, terpaksa pula berdepan dengan anak yang berperangai pelik dan gila.


"Saya sudah tidak sanggup melihat wajah mama yang sugul dan tidak ceria. Saya mahu menjadi Iqram Dinzly dulu yang sentiasa membahagiakan mama," katanya.


Foto: IG Iqram


Dalam pada itu, dia sempat memohon maaf kepada semua atas kesilapannya yang terlalu mengikut emosi dan mengguris perasaan orang lain.


Tidak mengapalah Iqram. Tiada manusia yang terlepas dari membuat kesilapan. Apa yang penting adalah kesedaran dan istiqomah untuk melakukan kebaikan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2018 03:36 PM | Show all posts
since heshe ni nampak kurus cengkung, adakah heshe layan ice atau apa? #tanyajenyah
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik??

Dah x ambik brg ke? Atau sedar buat benda2 mengarut still x femes jgk??
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 03:41 PM | Show all posts
anony-mous replied at 3-7-2018 03:38 PM
Aik??

Dah x ambik brg ke? Atau sedar buat benda2 mengarut still x femes jgk??

letih dh kot dek

tp ajet2 insof ni pun
mcm taktik jgk ni


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
So dah boleh jadi cover majalah Maskulin atau ikon belia negara ke lepas ckp mcm ni? maklumlaaa org2 media skrg kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 03:55 PM | Show all posts
pergi la umrah balik pakai tudung..
nanti ramai la yang menyokong..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2018 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah besar panjang pon bodoh lg xperasan mak tu susah hati...baru kuar hutan ka
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni drugs ke aids, macam seswatu jer dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2018 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembali juga ke pangkal jalan. Semoga istiqamah sis eh bro
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 04:12 PM | Show all posts
Die nie kurus sbb apo ye? Dulu berisi taste jugok, sekarang nie lahaiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 04:20 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-7-2018 03:55 PM
pergi la umrah balik pakai tudung..
nanti ramai la yang menyokong..

HAHAHAHAHAHA. Kang heshe buat bebeno
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 04:21 PM | Show all posts
semoga betul2 kembali ke pangkal jalan
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 04:26 PM | Show all posts
takde modal lain laa tu nak up diri..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 04:29 PM | Show all posts
maybe sebab masa tu zaman jibby. skang zaman chedet.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 06:29 PM | Show all posts
walk the talk..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 07:47 PM | Show all posts
tetap x kesian...looks like just fooling around. you can't change yesterday with petik jari camtu jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2018 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko neh.. Dah mcam pangai sapey iyas nengoknyer... Kejap ok.. Kejap tak.. Mujur ko tak. Kejap jantan... Kejap betina.. Haishh
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn amik brg dah
Kejapan jd zombie
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-7-2018 03:55 PM
pergi la umrah balik pakai tudung..
nanti ramai la yang menyokong..

Wahahahaha siot!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha aku ketawa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.060652 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list