CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3167|Reply: 1

Inilah Jenama Pisau Cukur Pertama Yang Terbit Iklan Papar Model Berbulu Lebat

[Copy link]
Post time 3-7-2018 03:21 PM | Show all posts |Read mode



Memecah norma dunia periklanan produk kecantikan, jenama pisau cukur terkemuka Billie tampil berani dengan seleksi model yang berbulu lebat. Ini sekaligus menjadikan Billie jenama pisau cukur pertama yang membuat keputusan drastik seumpamanya!

Sebelum ini, wanita yang berbulu lebat dan tidak suka bercukur dianggap sebagai individu yang tidak suka menjaga rapi penampilan diri. Walhal, selebriti ternama seperti Rihanna, Gigi Hadid dan Janelle Monae tidak kisah langsung tentang tanggapan tabu itu.



Kita boleh lihat selama ini, rata-rata iklan jenama pisau cukur semuanya mengetengahkan para model yang memiliki kulit halus yang cantik tanpa satu pun bulu roma terlihat.

Dalam kempen terbaharunya yang digelar “Project Body Hair”, Billie mewujudkan stigma baharu yang mahu diterap kepada masyarakat betapa perkara itu (wanita yang berbulu lebat) adalah normal dan tiada apa yang perlu dimalukan.




“Hak mencukur itu adalah tertakluk kepada individu”, jelas seorang pengguna Twitter. Baik bulu bawah lengan, kaki, kening, rambut halus atas bibir dan disekitar kawasan peribadi, semua itu adalah hak setiap individu sama ada mahu menyimpannya mahupun mencukurnya.

Menurut Billie lagi, taraf kecantikan seseorang wanita bukanlah terletak kepada permukaan kulit yang halus dan bersih tanpa sebarang rambut halus atau bulu roma tetapi wanita sebenar adalah wanita yang mengekalkan kejadian semula jadi diri.


Iklan Kempen #ProjectBodyHair oleh Pisau Cukur Billie



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasala bulu tiak. Semua org pun ada.
Tp dh knp nk tayaang sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.092324 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list