CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2360|Reply: 0

Perubahan kepemimpinan dalam PBSNT

[Copy link]
Post time 3-7-2018 09:32 PM | Show all posts |Read mode
WAN SUKAIRI WAN ABDULLAH

KUALA TERENGGANU 3 Julai - Masa depan perkembangan bola negeri ini yang masih dalam keadaan tidak menentu akan dicorakkan semula selepas penyusunan kepemimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pada 7 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memberitahu, jawatan Presiden PBSNT dan Timbalan Presiden akan berubah bagi mengisi kekosongan.


  
“Timbalan Presiden yang dahulu dipegang oleh bekas Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail telah dikosongkan, dan Presiden sekarang iaitu bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman juga dilaporkan akan melepaskan jawatan.

“Pihak persatuan akan mengadakan persidangan untuk membuat pelantikan baharu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, soal berkaitan persatuan dan perjalanan pasukan bola sepak negeri itu belum diputuskan bagi memastikan sukan kegemaran rakyat itu terus berkembang dan berdaya saing.

Katanya, ini termasuklah sama ada untuk mengetengahkan hanya satu pasukan negeri atau mengekal dua pasukan sedia.

“Kita masih dalam proses menerima pandangan daripada pelbagai pihak termasuk kalangan bekas jurulatih, bekas pemain dan mereka yang berada dalam industri bola sepak sebelum dimuktamadkan langkah seterusnya,” ujar beliau.

Katanya, soal sumber kewangan bagi pengendalian sukan itu yang selama ini banyak bergantung kepada kerajaan negeri diambil kira kerana ia memerlukan peruntukan besar setiap tahun.

Menurut beliau, PBSNT tidak harus menjadikan kerajaan negeri sebagai satu-satunya penyumbang kewangan utama dan perlu berusaha mencari dana sendiri melalui pelbagai bentuk tajaan dan saluran.

“Kita juga mempunyai tabung sukan negeri tetapi Kewujudan seperti tidak mendapat perhatian. Kita akan ambil tindakan bersungguh-sungguh bagi memastikan tabung ini terisi, bukan sahaja untuk bola sepak tetapi juga sukan lain,”katanya. - UTUSAN ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.064735 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list