CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4150|Reply: 6

Lapar! Fajita Udang Ini Boleh Disiapkan Dalam 20 Minit Sahaja

[Copy link]
Post time 4-7-2018 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Resipi ini walaupun nampak mudah dan hidangannya pula berskala kecil namun sungguh kaya dengan perisa dan nutrisi yang anda perlukan.


Inilah hidangan klasik Mexico yang perlu anda cuba. Ia bakal jadi menu kegemaran anda!



Foto: The Recipe Critic




Bahan-bahan



Foto: The Recipe Critic




• 400 g udang besar, dibuang kulit
• 1 sudu besar serbuk cili
• 2 sudu teh paprika
• 1 sudu teh serbuk bawang besar
• 1 sudu teh jintan putih
• ½ sudu teh serbuk bawang putih
• 1 sudu teh garam
• ¼ sudu teh lada hitam
• 2 sudu besar minyak zaitun, dibahagikan
• 1 biji lada benggala merah, dihiris
• 1 biji lada benggala hijau, dihiris
• 1 biji lada benggala kuning, dihiris
• 1 biji bawang besar bersaiz sederhana
• Topping pilihan: avokado, krim masam dan daun parsley dipotong



Foto: The Recipe Critic




Cara-cara:


1. Dalam sebuah mangkuk besar, letakkan udang, serbuk cili, paprika, serbuk bawang, jintan putih, serbuk bawang putih, garam dan lada hitam. Ketepikan


2.  Panaskan kuali bersaiz sederhana di atas api tinggi dan tambah 1 sudu besar minyak zaitun, lada benggala dan bawang. Kacau sehingga lembut selama 5-7 minit. Pindahkan di bahagian tepi kuali.


3. Tambah 1 sudu besar minyak zaitun dan udang dan masak selama 2-3 minit di sebelah lada benggala tadi.


4. Letakkan kesemua bahan mengikut kreativiti anda di atas roti tortilla bersama topping pilihan anda!


Nikmati ia sementara ia masih suam bersama yang tersayang! Sedap kan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2018 02:59 PM | Show all posts
Selalu buat dekat rumah bila hari minggu.. bezanya i guna daging lembu dan tambah letak mushroom, cheese... rasa sama macam dekat chilis tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 09:50 AM | Show all posts
bolamata replied at 5-7-2018 02:59 PM
Selalu buat dekat rumah bila hari minggu.. bezanya i guna daging lembu dan tambah letak mushroom, ch ...

sedap x sis?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 03:19 PM | Show all posts

sedap sangat2...kalo ada magic pan tu lagi senang nak masak... try la buat
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 04:06 PM | Show all posts
Sedap nih. Boleh cuba.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:23 PM | Show all posts
Elok untuk diet ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.683382 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list