View: 2148|Reply: 14
|
Jururawat Ditangkap Selepas Disyaki Bunuh Lapan Bayi
[Copy link]
|
|
Seorang pekerja penjagaan kesihatan ditahan kerana disyaki membunuh lapan bayi baru lahir dan cuba membunuh enam lagi mangsa di unit neonatal di sebuah hospital.
Memetik The Sun, Lucy Letby, 28, ditahan di kediamannya pada Selasa oleh pihak berkuasa yang menyiasat kematian 17 bayi di Hospital Countess of Chester, Cheshire.
Penangkapan Lucy itu mengejutkan rakan sejawatnya kerana dia dianggap sebagai jururawat yang bagus dan menyayangi kanak-kanak selain pernah membantu mengadakan kempen mengumpul dana secara besar-besaran bagi membina unit bayi di hospital berkenaan.
Menurut laporan, polis melancarkan siasatan ke atas bandar Chester bermula Mei tahun lalu yang memfokuskan kematian 17 bayi di hospital terbabit antara Mac 2015 dan Julai 2016.
Pasukan perubatan hospital berkenaan melakukan siasatan dalaman selepas mendapati peningkatan kematian bayi pramatang akibat masalah jantung.
Hasil siasatan mendapati terdapat kesan tompok merah pada kaki dan tangan kesemua mayat mangsa. Namun, pakar perubatan gagal mengenal pasti punca peningkatan kematian itu dan menghubungi polis untuk membantu siasatan pada 2017.
Jurucakap polis Paul Hughes berkata, siasatan kes berkenaan sangat rumit, namun pihaknya akan memastikan mereka berusaha untuk mendedahkan punca kematian mangsa.
Foto: The Sun
Sementara itu, Pengarah Perubatan hospital berkenaan, Ian Harvey berkata, pihaknya akan terus menyokong pasukan polis yang menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.
"Kami yakin unit ini selamat untuk terus beroperasi," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ada masaalah mental ler tu sampai sanggup bertindak sebegitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg selalu yg psycopath muka innocent n nmpak nerd |
|
|
|
|
|
|
|
Buat ritual seru syaitan mungkin duk korban bayi jah. Maklumlah kene guna darah manusia suci virgin tanpa dosa |
|
|
|
|
|
|
|
APSAL MANUSIA DUNIA INI RAMAI GILA BABI BANGSAT! |
|
|
|
|
|
|
|
lepas satu satu berita kekejaman terhadap baby, siann |
|
|
|
|
|
|
|
ape la salah baby yg x berdosa ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
17 orang bayi....kejamnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mentalnya |
|
|
|
|
|
|
|
wait, tompok merah pada tapak tangan & kaki?
so, macam mana dia bunuh mangsa2 tersebut?? mo?
itu persamaan terhadap semua mangsa di bawah jagaan dia eh?
dia ditahan kerana DISYAKI kan?
masih belum disabit kesalahan eh? why eh? bukti tak cukup eh?
pihak hospital, medics and police masih menyiasat, lama tu,
ini mungkin bukan kes calang2 pembunuhan bersiri kut.
eh? eh? eh?
curious kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana dia bunuh semua baby tu sampai doktor pun tak tau punca? |
|
|
|
|
|
|
|
hari2 citer sal bunuh bayi ni dah kenapa?da la semalam aku kemurungan citer sal baby dlm freezer tu..hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke nicu biasanya dipenuhi cctv utk.elakkan penculikan baby?
Xkan xde cctv?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|