Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1355
View
0
Reply

EDISI TERENGGANU : Dua tangki minyak mentah terbakar

[Copy link]

Author: cmf_BeachBoys       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-7-2018 04:17 AM | Show all posts |Read mode

Sehingga pukul 9.30 malam ini, kerja-kerja memadam dan mengawal kebakaran daripada merebak ke tangki bersebelahan sedang giat dilakukan. - UTUSAN ONLINE                                                             
KEMAMAN 5 Julai - Dua buah tangki simpanan minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company di kawasan Perindustrian Teluk Kalong, dekat sini, terbakar petang tadi.


Kebakaran kira-kira pukul 6.15 petang itu menyebabkan persekitaran kawasan terbabit diselubungi asap hitam yang tebal dan menjulang tinggi.
Menurut sumber, tangki besar yang terbakar itu mampu mengisi kira-kira 300,000 liter minyak mentah.

Ketika kebakaran difahamkan setiap satu tangki terbabit hanya mengandungi kira-kira 40,000 liter minyak selepas kebanyakannya telah digunakan.
Berpuluh anggota bomba bersama beberapa buah jentera daripada Balai Bomba Cukai dan Kerteh berada di kawasan kebakaran bagi memadam dan mengawal keadaan.

Kerja-kerja memadam turut dibantu pasukan dan anggota persatuan kilang-kilang di kawasan industri terbabit yang dikenali Kemaman Mutual Aid (KEMA).

Sehingga pukul 9.30 malam ini, kerja-kerja memadam dan mengawal kebakaran daripada merebak ke tangki bersebelahan sedang giat dilakukan.

Faktor tiupan angin yang kuat menyebabkan api menjadi marak dan pencegahan dilakukan pada tangki ketiga bagi mengelakkan kebakaran merebak.

Sementara itu, Utusan Online difahamkan semasa kebakaran berlaku tiga pekerja sedang menjalankan kerja-kerja mengimpal di tangki berkenaan.


Menurut sumber, kebakaran dipercayai bermula di salah sebuah tangki tersebut sebelum api merebak ke tangki bersebelahan.


Ketiga-ketiga mereka difahamkan mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Kemaman namun keadaan mereka dilaporkan tidak kritikal. - UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.120197s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list