CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Salahuddin al-Ayyubi dan Richard The Lion Heart

[Copy link]
 Author| Post time 11-6-2011 06:52 PM | Show all posts
Kehebatan Pedang Damsyik


Rasanya nama panglima Islam Salahuddin al-Ayyubi tidak payah untuk diterangkan lagi. Kehebatan strategi perang panglima yang digelar Saladdin oleh dunia barat ini sangat dikagumi oleh seluruh dunia termasuk daripada dunia Barat. Banyak sejarahwan daripada sebelah sana datang ke timur untuk mengkaji strategi dan kekuatan tentera Salahuddin daripada dahulu sehinggalah sekarang.

Sebenarnya kekuatan tentera Mamluk pimpinan Salahuddin tidak terletak kepada kepimpinan Salahuddin semata-mata, tetapi ia melibatkan kekuatan teknologi ketenteraan pada waktu itu yang melebihi kekuatan teknologi dunia Barat.

Antara daripada banyak teknologi ketenteraan yang dirintis oleh dunia Islam pada waktu itu, terdapat satu teknologi yang sehingga sekarang tidak dapat dirungkai dengan terperinci oleh saintis daripada Barat. Ia adalah teknologi pembuatan Pedang Damsyik (Damascus Steel).


Ketajaman Pedang Damysik


Ketajaman Pedang Damsyik tidak boleh disangkal lagi. Seorang sejarahwan pernah berkata, jika kain sutera jatuh ke mata Pedang Damsyik, maka akan terputus dualah kain tersebut kerana ketajaman Pedang tersebut.

Ketajaman Pedang Damsyik ini turut digeruni oleh tentera-tentera salib pimpinan Richard the Lionheart. Ini kerana pedang ini mampu menembusi perisai dan baju zirah milik mereka. Bahkan, pedang ini mampu mematahkan pedang mereka dengan sekali hayunan. Ketajaman Pedang Damsyik merupakan salah satu sebab kemenangan besar Islam dalam siri-siri peperangan Salib itu.

Dalam satu peristiwa, Salahuddin telah memenggal kepada Raynald de Chatillon akibat perbuatan kejinya yang membunuh ratusan orang Islam dan Yahudi yang tidak bersalah. Salahuddin yang terkenal adilnya telah mencantas kepala Raynald de Chatillon dengan pedang miliknya yang diperbuat daripada Besi Damsyik itu ibarat memotong roti.


Teknologi Islam Teknologi Terunggul

Teknologi Nano baru sahaja diketahui iaitu sekitar abad ke-19. Pelopor teknologi Nano adalah Richard Feynman yang telah memberi ceramah mengenai satu teknologi β€˜ baru ’ yang bergitu maju kepada Persatuan Ahli Fizik Amerika pada 29 Disember 1959. Teknologi Nano adalah satu teknologi kejuruteraan yang menumpukan kepada teknologi yang lebih kecil iaitu dalam skala nano. Untuk pengetahuan anda 1 nanometer bersamaan dengan 1 x 10-9. Teknologi memungkinkan sesuatu yang mustahil menjadi realiti seperti kemungkinan material emas yang terkenal kukuh itu boleh mencair hanya dalam suhu bilik. Apabila ia berlaku, kemungkinan penggunaan emas akan meluas dan pelbagai. Sehingga kini, saintis daripada Jepun dan Barat berusaha untuk menguasai ilmu nano ini akan tetapi Malaysia masih lagi jauh ketinggalan.

Teknologi yang pada anggapan saintis barat sebagai teknologi yang baru ini sebenarnya telah lama dipelopori dan dirintis oleh ilmuan-ilmuan Islam pada abad pertengahan dahulu. Salah satunya adalah dengan pembuatan Pedang Damsyik.


Kajian Sarjana Barat

Kajian demi kajian telah dibuat oleh pakar-pakar daripada Barat. Baru-baru ini, pakar daripada Barat telah membuat penyelidikan bagi menentukan samaada betul atau tidak Pedang Damsyik adalah paling tajam di dunia.

Selepas menggunakan mikroskop elektron yang berteknologi tinggi, mereka terkejut kerana terdapat sejumlah kecil material-material seperti vanadium, chromium, manganese, cobalt, nikel, dan beberapa elemen yang jarang ditemui dan hanya terdapat di India dan Serindib,Sri Lanka.

Untuk pengetahuan anda, Pedang Damsyik diperbuat oleh besi yang diimport khas daripada India iaitu Besi Wottz (Wootz Steel). Sebelum penemuaan ini, Sarjana Barat hanya mempercayai Pedang Damsyik hanya diperbuat daripada Besi Wottz semata-mata. Selepas penemuan yang mengejutkan ini, mereka mula percaya bahawa ilmu teknologi Islam pada zaman pertengahan adalah bergitu maju dan diluar jangkaan.

Seterusnya, sarjana Barat turut menemui elemen Karbida Nanotiub(Carbide Nanotube) di dalam Pedang Damsyik semasa kajian di buat.  Karbida Nanotiub inilah yang menyebabkan pedang yang pernah digunakan oleh tentera Mamluk dan Abbasiyyah ini membentuk struktur yang kuat dan padu. Karbida Nanotiub juga menyebabkan terbentuknya alur-alur cantik di permukaan Pedang Damsyik.


Legasi Pedang Damsyik

Miskipun pembuatan Pedang Damsyik ini penuh dengan rahsia, tetapi itu tidak bermakna ia tidak tersebar. Mungkin benar jikalau ia tidak disebar sepenuhnya. Namun apabila ia diselidiki, ia amat menyerupai pembinaan Pedang Damsyik. Antaranya adalah:

Keris Nusantara

Pembuatan keris mirip pembuatan Pedang Damsyik terutama dalam pencampuran material-material lain untuk menambahkan kekuatan strukturnya. Jika dilihat alur-alur keris yang timbul di permukaan keris tersebut, ia amat menyerupai alur-alur yang terdapat pada Pedang Damsyik. Miskipun demikian, keris tidaklah sepertimana Pedang Damsyik kerana keris hanya pisau pendek yang sesuai untuk pertempuran jarak dekat.

Pedang Katana

Miskipun sejarahwan mengatakan Pedang Katana mula dicipta pada 700AD oleh seorang tukang besi bernama Amakuni namun pembuataannya tidak sehebat pembuatan pada abad ke-15 semasa Perang Onin sekitar tahun 1467-1477. Pedang Katana terkenal dengan ketajamannya sehingga boleh membelah tembikai dengan sekali cantas. Pembuatan Pedang Katana seakan-akan dengan pembuatan Pedang Damsyik di mana besi utama turut ditempa sebelum memasukkan elemen-elemen besi lain untuk menambahkan strukturnya. Sehingga kini, pembuatan Pedang Katana terus terpelihara.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2011 02:34 PM | Show all posts
ye, sgt teruja mmbaca nye..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 05:43 PM | Show all posts
tgok filem dia pun dh best. kingdom of the heaven...kisah benar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 07:05 PM | Show all posts
die la pemimpin yg mampu muwujudkan keamanan dalam empayar yg dibina walaupun dlm nye ad berbilang bagse dan agama..ptut dicontohi  
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 07:51 PM | Show all posts
Reply 9# encikotot

ni ader citer baru tapi bukan pasal die la tapi muhammad al fateh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 11:32 PM | Show all posts
tgok filem dia pun dh best. kingdom of the heaven...kisah benar tu.
encikotot Post at 15-2-2012 17:43


ada link download tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2012 07:47 AM | Show all posts
ada link download tak?
hAzEL^nut Post at 15-2-2012 23:32


aku xtau. rasenye ade kot. cube tnye2 org dlm ni. memg best. citer ni director dia yahudi. tp memg dia xubah ape2 psal saladin ni. memg dia pun kagum ngn saladin smpai ade kontroversi psal filem yg dia buat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 07:50 AM | Show all posts
Reply  encikotot

ni ader citer baru tapi bukan pasal die la tapi muhammad al fateh..
pawangBuaya Post at 15-2-2012 19:51


muhammad al fateh ni aku dgr ceramah kt surau tmpt aku, ustaz tu kta diala org yg hntar wali ke indonesia yg di knali sbgai wali 9 tu. tjuk citer tu ape ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 08:04 AM | Show all posts
Reply 14# encikotot

fetih 1463
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 08:04 AM | Show all posts
Reply  encikotot

fetih 1463
pawangBuaya Post at 16-2-2012 08:04


ade jual yg pirate punya x? ktne ko cari ni? kt mane leh dpt ek?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 08:29 AM | Show all posts
tgok filem dia pun dh best. kingdom of the heaven...kisah benar tu.
encikotot Post at 15-2-2012 17:43



    filem dia tapi kata yahudi yg wat filem tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 08:34 AM | Show all posts
die la pemimpin yg mampu muwujudkan keamanan dalam empayar yg dibina walaupun dlm nye ad berbilang b ...
mrGoodNight Post at 15-2-2012 19:05



    samelah mcm Tun M, time dia printah aman damai...hakim pun takot..pas bersara baru berani bersuara
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 08:34 AM | Show all posts
filem dia tapi kata yahudi yg wat filem tu
putput Post at 16-2-2012 08:29


sbb pngarah tu memg kagum ngn org islam msa pmerinthan dia tu.. memg dia akui saladin memg pemimpin hebat n terbaekk...

sbb tu dia xubah lgsung citer tu. memg dia akui kristian klah msa tu. kalo ko tgok filem2 barat yg len specially usa suma depa ubah. depa klah pun depa kta dia menang.


sbb tu filem dia(kingdom of the heaven) jd kontroversi kt sna. sbb dia xubah dsar sejarah tu.


ko carila citer tu. xsilap aku msa thun lepas tv3 ade kuarkn filem tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 09:08 AM | Show all posts
sbb pngarah tu memg kagum ngn org islam msa pmerinthan dia tu.. memg dia akui saladin memg pemim ...
encikotot Post at 16-2-2012 08:34



    dah tengok.

http://www.kaskus.us/showthread.php?t=2003491&page=3

byk info pasal perang2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 09:40 AM | Show all posts
4.pada perang salib 3 yang diketuai oleh Richard the Lionheart(raja england),salahuddin pernah menghantar para doktor peribadinya untuk merawat Richard yang sakit.


baru je sebentar tadi, dgr kat radio: perubatan cara islam..
ada sebut pasal ni, Richard the Lionheart.. tp dlm radio tu kata; Sallahudin Al-Ayubi yg buat perubatan rukyah pada Richard The Lionheart.. then Richard tanya, sebagai musuh, kenapa tak dibunuh sj.. then Salahuddin jawab; islam tidak akan menyerang pada yg lemah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:30 AM | Show all posts
aku xtau. rasenye ade kot. cube tnye2 org dlm ni. memg best. citer ni director dia yahudi. tp me ...
encikotot Post at 16-2-2012 07:47



    aku tengok kat utube, tajuk dia saladin tu ke? cakap arab tu kan?  ada subtitle la. kalo tak, tak paham arab.

tapi, awat aku tengok cam citer lama giler jek? cam citer 80 - 90 an camtu.

dah lama sangat ke?

wei, kalo de citer perang best2, bagi ler...nakkkkkkkkkkkkk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 10:31 AM | Show all posts
muhammad al fateh ni aku dgr ceramah kt surau tmpt aku, ustaz tu kta diala org yg hntar wali ke  ...
encikotot Post at 16-2-2012 07:50



    wali 9? wali songo ke? ilil-ilir - aku suke giler lagu wali songo ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:32 AM | Show all posts
aku tengok kat utube, tajuk dia saladin tu ke? cakap arab tu kan?  ada subtitle la. kalo t ...
hAzEL^nut Post at 16-2-2012 10:30


kalo ko taip saladin memgla cmtu. cube type kingdom of the heaven. kdg2 saladin dlm versi kartun pun ade kuar. animasi malaysia xslah aku kot.

richard the lion pun respek kt dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:35 AM | Show all posts
wali 9? wali songo ke? ilil-ilir - aku suke giler lagu wali songo ni.
hAzEL^nut Post at 16-2-2012 10:31


aah ustaz tu kta wali 9 tu bkn org nusantara tp org arab yg ade karamah. mksudnye doa depa ni suma sgt mudah makbul.

muhammad al fateh yg pilih depa bersembilan ni utk dtg nusantara. sbb muhammad ala fateh dpt tau kt nusantara ni dulu bnyk anut hindu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:58 AM | Show all posts
aku tengok kat utube, tajuk dia saladin tu ke? cakap arab tu kan?  ada subtitle la. kalo t ...
hAzEL^nut Post at 16-2-2012 10:30



    yg ckap arab tu citer saladdin gak tp citer lama.........tgk citer kingdom of heaven by ridley scott..........mmg best, hero dia orlando bloom pegang watak balian of ibelin..........tp kalo tak silap citer ni pun ada gak ubah2........watak balian tu kalo ikut sejarah, bukannya baik sgt........tapi takdela sejahat reynald.........reynald de chattilon kalo tak silap aku, dia la org yg arahkan operasi mencuri jasad nabi saw kt madinah........wallahualam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.108209 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list