CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3358|Reply: 0

Usahawan Pantai Timur paling sedikit jadi ahli MATRADE

[Copy link]
Post time 9-7-2018 06:08 PM | Show all posts |Read mode
Sebahagian peserta di program Seminar #PKSGLOBAL@Kota BHARU Mari Pakat Nego Luar Negaro di Hotel Holiday Villa, Wakaf Che Yeh di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU 9 Julai - Usahawan dari negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu paling sedikit berdaftar dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) iaitu hanya 2.2 peratus atau 478 daripada keseluruhan 21,405 syarikat setakat ini yang berdaftar sebagai ahli.

Pengarah Kanan Bahagian Transformasi dan Perdagangan Digital MATRADE, Amran Yem berkata, ramai usahawan mungkin merasa segan dan teragak-agak mendekati MATRADE memandangkan agensi itu memfokus kepada aktiviti promosi perdagangan di peringkat global.

Beliau berkata, sikap sedemikian tidak sepatutnya wujud kerana usahawan yang menjadi ahli MATRADE berpeluang mendapat bimbingan untuk menjadi pengeksport termasuk nasihat perdagangan, program pembangunan pengeksport, promosi eksport dan risikan pasaran terkini.

"Kita mengadakan program secara berterusan namun kita dapati masih ramai usahawan yang kita temui tidak mengetahui kelebihan bila bersama dengan MATRADE.

"Fungsi MATRADE adalah menggalakkan dan membangunkan perdagangan luar negara dan terkini kita membantu para usahawan untuk mengeksport melalui program e-dagang apabila kita bekerjasama dengan 14 portal atas talian termasuk AliBaba, India Trade dan Amazon,” katanya.

Katanya, MATRADE juga mempunyai pelbagai insentif untuk menarik minat usahawan bagi mengeksport seperti geran pembangunan pasaran di mana setiap pemohon layak mendapat peruntukan sehingga RM200,000.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di program Seminar #PKSGLOBAL@KOTA BHARU Mari Pakat Nego Luar Negaro di Hotel Holiday Villa, Wakaf Che Yeh di sini hari ini.

Seramai 60 pengusaha kecil dan sederhana dari Pantai Timur hadir dalam seminar sehari itu yang bertujuan mengenengahkan peluang dan strategi pasaran global serta kemudahan yang disediakan MATRADE.

Yang turut hadir, Pengarah MATRADE Wilayah Timur, Zamani Mat Zain. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/usahawan-pantai-timur-paling-sedikit-jadi-ahli-matrade-1.705820#ixzz5KkbCxb5a
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.278877 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list