CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9587|Reply: 145

[Tempatan] [UPDATE]: Budak 10 tahun mati didera, Kesan melecur pada kemaluan mangsa

  [Copy link]
Post time 10-7-2018 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 11-7-2018 12:51 AM

KUANTAN - Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun maut dipercayai didera ibu kandung, di Permatang Badak Maju, di sini, semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata, ibu mangsa kini ditahan polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

AKAN MENYUSUL...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2018 12:04 PM | Show all posts
berita camni yg buat aku depress bila baca..

budak 10tahun dh besar, dh boleh melawan, tp dia terima ja.. sbb dia takutkan emaknya.. dan dia mati di tangan emaknya...

babi pun x dapat nk disamakan dengan emaknya.. sbb babi pun x buat anak sampai mati

setan la mak nya
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 12:10 PM | Show all posts
aduyaiiii..

sebab tu takut nak pukul anak lebih2 kalau tgh marah..takut time tengah marah tu setan dah hasut baik punya boleh jd lupa diri pulak..

kesian adik ni..kalau ikutkan 10 tahun tu dh besar jugak la..semoga syurga tempat mu dik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 12:12 PM | Show all posts
nanti ada la acik2 kepam komentar budak ini pondan kena debik sikit dengan mak pun dah merepot.
mereka dulu kena dera dengan mak bapak sekarang dah jadi orang yang berjaya bagai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2018 12:12 PM | Show all posts
KANAK-KANAK lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia dipercayai didera ibu kandungnya di Permatang Badak, Kuantan, tengah hari semalam.

Dalam kejadian 12 tengah hari, ibu kandung mangsa berusia 29 tahun dikatakan membuat panggilan kecemasan menghubungi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan mendakwa anak lelakinya tidak sedarkan diri di rumah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman, berkata satu ambulans dikejarkan ke rumah mangsa sebelum kanak-kanak lelaki itu dibawa ke HTAA bagi menerima rawatan.

“Ketika di rumahnya, pasukan perubatan cuba membuat rawatan awal dan memberi bantuan pernafasan, namun gagal sebelum kanak-kanak berkenaan dibawa ke HTAA.

“Sebaik tiba di HTAA, mangsa disahkan meninggal dunia.

“Pemeriksaan fizikal dijalankan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa anggota badan mangsa,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Kecemerlangan Kor Kadet Polis Pahang 2018 di Kuantan, hari ini.

Rosli berkata, satu laporan polis turut dibuat pihak HTAA pada 3.48 petang semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Beliau berkata, suspek wanita terbabit kemudian ditahan di HTAA selepas panggilan dibuat pihak hospital.

“Ibu kandung mangsa akan direman hari ini untuk membantu siasatan...berdasarkan kesan kecederaan, polis tidak menolak kemungkinan mangsa pernah didera.

“Siasatan awal mendapati mangsa adalah anak sulung suspek dan proses bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Julai 2018 @ 11:11 AM
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 12:18 PM | Show all posts
bukan ke anak sulung slalu jadi kesayangan mak2 atau ayah2?
kejam btul la mak arwah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2018 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe. Kata orang syurga kt bawah tapak kaki ibu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2018 12:39 PM | Show all posts
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu kandungnya dalam kejadian di sebuah runah di Kampung Permatang Badak di sini, semalam.

Ketua Polis negeri Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata ibu kandung mangsa, 29, sebelum itu, membuat panggilan kecemasan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 12 tengah hari memaklumkan anak lelakinya tidak sedarkan diri di rumah.

“Setelah menerima panggilan, sebuah ambulans berserta anggota perubatan ke rumah mangsa dan menemui kanak-kanak itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pasukan perubatan kemudian cuba melakukan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR), sebelum mengejarkannya ke HTAA untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Kecemerlangan Kadet Polis Kontijen Pahang di sini hari ini.

Mangsa, bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Berikutan itu pihak HTAA telah membuat laporan polis pada 3.45 petang apabila pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam pada beberapa anggota badan mangsa, dipercayai akibat didera.

Rosli berkata bertindak atas laporan itu polis kemudian menahan ibu mangsa yang datang untuk membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

“Siasatan awal polis mendapati suspek turut menjadi pengasuh kepada tiga kanak- kanak lain di rumahnya dan kita akan memanggil anggota keluarga mangsa untuk bantu siasatan,” katanya.

Bedah siasat masih dijalankan di Unit Forensik HTAA dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2018 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Binatang pon sayang anak..10 tahun dah besar.dah boleh dengar kata..dah boleh harap bantu kerja2 rumah, boleh tolong jaga adik2.apa la punca si emak dera..mental kot.penat2 ko bela dari lahir pastu pergi dera sampai mati.xsayang ke..setan tol
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pahang pulak nak mendonia
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 01:01 PM | Show all posts
Dah kenapa ko dera anak tu sampai mati?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 01:17 PM | Show all posts
menakutkannnn
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Menangis akak baca berita ni....

Dah la kisah Adam belum habis. ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 01:20 PM | Show all posts
babinya  pempuan macam ni

harap ko pun kena tibai bila duk dalam lokap nanti
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 10-7-2018 12:39 PM
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu kandungnya  ...

Perempuan baran dan garang tak sesuai mengasuh budak.  Noktah! !!
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 01:25 PM | Show all posts
Muda lagi mak nya, umur 29 anak 10 tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2018 01:26 PM | Show all posts
nishikido replied at 10-7-2018 12:55 PM
Binatang pon sayang anak..10 tahun dah besar.dah boleh dengar kata..dah boleh harap bantu kerja2 rum ...

Ada masalah dgn spouse? Anak jadi mangsa. Speku semata-mata. Takde apa-apa kenyataan dari si bapa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 05:09 PM | Show all posts
moonbug replied at 10-7-2018 01:25 PM
Muda lagi mak nya, umur 29 anak 10 tahun

kn..mksudnye kawin lepas spm ke pe ni..

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 05:11 PM | Show all posts
noor2 replied at 10-7-2018 01:20 PM
Menangis akak baca berita ni....

Dah la kisah Adam belum habis. ..

Banyak kes melibatkan budak-budak lately ni. Entah kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 05:14 PM | Show all posts
Maknya SURIRUMAH, kan?
Bukan ibu bekerja kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.087418 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list