CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 938|Reply: 15

[Tempatan] Sedia lot tanah rumah generasi kedua Felda

[Copy link]
Post time 11-7-2018 09:38 AM | Show all posts |Read mode
JERANTUT - Lebih 1,250 hektor lot tanah akan disediakan oleh Felda untuk generasi kedua di negeri ini dalam usaha membantu mereka membina rumah sendiri.

Exco Jawatankuasa Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Nazri Ngah berkata, Felda tidak lagi melaksanakan projek perumahan kepada generasi kedua sebaliknya menyediakan lot tanah untuk mereka membina rumah masing-masing.

Menurutnya, lot tanah untuk kawasan perumahan itu melibatkan Wilayah Jengka, Mempaga dan Kuantan.

“Namun agihan lot tanah ini belum dimuktamadkan kerana ia masih diperincikan sebelum diserahkan kepada mereka yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat bersama pengurus-pengurus besar Felda negeri ini di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, kelmarin.

Hadir sama, Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Abd. Malik Abd. Rani; Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga, Mat Zulkifli Mat Naam dan Pengurus Besar Felda Wilayah Kuantan, Agmad Syaarani Azulan.

Ujarnya, pemohon yang layak mendapat lot tanah itu nanti digalakkan membina kediaman melalui program Rumah Mesra Rakyat Felda yang dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Sementara itu, Felda akan melantik kontraktor baharu bagi menyiapkan projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negeri ini.

“Saya difahamkan ada lebih 1,000 buah rumah yang masih belum disiapkan termasuk di Felda Jengka 11, Kota Gelanggi 2, Jengka 12 dan Bukit Tajau.

“Saya juga mendapat maklumat lebih 1,000 buah rumah dilabelkan sebagai projek sakit di beberapa kawasan termasuk Felda Sungai Retang, Keratong 7 dan Sungai Tekam,” ujarnya.

Nazri memberitahu, pelantikan kontraktor baharu nanti diharap dapat menyiapkan perumahan terbengkalai pada masa ditetapkan.

“Kita sudah serahkan hampir 1,200 buah rumah telah siap dibina kepada generasi kedua terutama di Felda Padang Piol, Sungai Koyan serta Selancar 4 dan 5,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap masalah penempatan generasi kedua dapat diselesaikan untuk kemudahan kumpulan sasaran dalam usaha mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 09:46 AM | Show all posts
me balik rumah my parents awal tahun ini kat felda kat n9, berapa banyak rumah untuk generasi ke dua yang hampir siap tapi terbengkalai, sayang sebab cantik nampak selesa aje.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnye org felda, untungla
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 11:12 AM | Show all posts
Untung la...
Sampai generasi kedua pun masih lagi nak kena sediakan..
Bermakna tak semua peneroka felda berjaya bawa keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan...

Yang bukan anak felda, usaha sendiri siang malam kerja kumpul dia nak beli rumah, tanah.

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Umh gen2 kt felda i lama dah siap..tp gen2 x masuk2 pun umh nye..
Dr luar nmpk kecik sungguh umh..
Gen2 tu dah bina umh lg besar dr tu kt belakang umh bapak mereka juga
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 12:04 PM | Show all posts
Catpaw replied at 11-7-2018 11:08 AM
Bestnye org felda, untungla

Beruntungnya mereka, kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2018 12:28 PM | Show all posts
belah pahang siap macam ada perumahan..
ujung-ujung kosong je tak berpenghuni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 11-7-2018 12:04 PM
Beruntungnya mereka, kan?

Kena la insulin cari org felda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 09:58 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 10-7-2018 10:12 PM
Untung la...
Sampai generasi kedua pun masih lagi nak kena sediakan..
Bermakna tak semua peneroka  ...

mana percuma..  kena bayar macam peneroka terawal.. berapa puluh tahun baru habis hutang ....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh deme ingat ni percuma ke jangn la naif sangat
Felda trpaksa buat camni bg menarik gen2 tinggal kat felda...sesetengah felda budak sekolah x sampai raatuss orang...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ada 2 program utk generasi ke dua kat felda ni..  (1)Rumah Generasi Baharu..  tawaran terbuka utl 1 peneroka utk 1 rumah..  harga rumah plak antara Rm90ribu ke atas..  kena buat loan bank..

(2)Tanah Lot Generasi Ke-2..  Tawaran terbukan utk 1 peneroka 1 lot tanah..  setelah ukur tanah di buat..  pemohon kena bayar premium tanah utk 60tahun atau 99tahun kat pejabat tanah..  anggaran 60tahun Rm2000 lebih dan 99tahun Rm4000 lebih.. Depend pada keluasan tanah..  nnt akan dpt geran individu..  boleh dirikan rumah.. samada loan bank atau join program rumah mesra rakyat

mana ada free..  
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 10:22 PM | Show all posts
jalfa replied at 11-7-2018 09:07 AM
Eh deme ingat ni percuma ke jangn la naif sangat
Felda trpaksa buat camni bg menarik gen2 tingg ...

exactly dan sebenarnya ramainya aje anak felda kembali duduk felda ..  tahun ini masa me balik rumah parents, ramai betul dah kembali menetap di situ .. meriah balik dah dengan suara bebudak .. baguslah dorang balik usaha kebun dari upah indon ke apa   ..  
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 12:50 PM | Show all posts
Catpaw replied at 11-7-2018 06:15 PM
Kena la insulin cari org felda

Dah try. Kena reject...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 11-7-2018 09:58 PM
mana percuma..  kena bayar macam peneroka terawal.. berapa puluh tahun baru habis hutang ....

Tau kena bayar...
Tp mesti harga subsidi seperti tujuannya nak tarik minat mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 12-7-2018 12:50 PM
Dah try. Kena reject...

Sombongnye org felda ittew
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:35 PM | Show all posts
Catpaw replied at 12-7-2018 03:30 PM
Sombongnye org felda ittew


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.267729 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list