CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3412|Reply: 25

[Dunia] Anjing makan mayat tuan

[Copy link]
Post time 11-7-2018 09:40 AM | Show all posts |Read mode


Bangkok: Mayat seorang lelaki Kanada ditemui dalam keadaan mengerikan apabila sebahagian tubuhnya dimakan anjing peliharaannya sendiri selepas dia meninggal dunia kira-kira 10 hari lalu.

Separuh tubuh badan Glen Pattinson, 62, dikunyah anjingnya bernama Cujo termasuk bahagian muka yang dimakan sehingga tinggal tulang menampakkan tengkorak.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, lelaki terbabit tinggal bersendirian bersama anjingnya di sebuah apartmen di Thailand dan haiwan itu ditemui berada di sisi mayat tuannya yang dalam keadaan bogel, Jumaat lalu.

Pekerja penyelamat dimaklumkan jiran Pattinson yang membuat aduan anjing berkenaan sering menyalak dan mengesyaki ia mungkin tidak dibawa keluar untuk berjalan.

Anggota paramedik yang tiba di tempat kejadian mendapati tubuh lelaki terbabit dikunyah hingga tulang rusuknya kelihatan.

Cujo ditemui berada di sisi tuannya dengan kesan darah kering pada mulutnya ketika polis tiba.

Seorang penduduk, Bell Suchin, 34, berkata, Pattinson tinggal di situ sejak tiga tahun lalu dan seorang yang peramah.

Katanya, dia juga menyayangi anjingnya dan sering membawanya berjalan setiap malam.

Lelaki itu dikatakan menghidap kencing manis dan baru saja mendapatkan rawatan di hospital.

Menurut polis, kematian itu tidak diklasifikasikan sebagai mencurigakan.

“Dia ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan dipercayai mati antara tujuh hingga 10 hari. Anjing jantan itu berada di sisinya dan tidak minum selama beberapa hari.

“Tiada sebarang tanda pergelutan atau bilik itu digeledah. Kita tahu dia tinggal bersendirian dan mayat dibawa untuk pemeriksaan forensik bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kita turut menghubungi pihak kedutaan untuk memaklumkan keluarganya untuk urusan pengebumian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Julai 2018 @ 9:32 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 09:44 AM | Show all posts
nama anjing tu cujo cam cita anjing yang dirasuk t.. aje..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bogel? Nak rogol anjing kot pastu mati anjing makan bangkai dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 09:53 AM | Show all posts
baru lepas mandi lepas tu terjatuh kot...
hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 09:54 AM | Show all posts
anjing tu lapar la dah berapa hari tak mkn
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 09:58 AM | Show all posts
eeeeehhh ngeri lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2018 10:07 AM | Show all posts
kesainnya....

btl2 kurang berhubung ngn sesiapa ni. at least kalau dia ade berhubung hari2 ngn org yg rapat ngn dia, bila sehari dua x contact, maybe org tu hubungi balik atau akan cari dia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 10:29 AM | Show all posts
anjing tu lapar sangat agaknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 11:30 AM | Show all posts
kena jangkitan kencing manis x anjing tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 11:32 AM | Show all posts
macam peribahasa senjata makan tuan
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 11:36 AM | Show all posts
Kesiannya....
Sunyi, tak disayangi di hujung usia...

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 11:39 AM | Show all posts
Confirm anjing tu akan ditidurkan lepas ni sebab dah rasa darah & daging manusia...  bahaya kalau dibiarkan hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 11:54 AM | Show all posts
Dah tak ada makanan mana tak dimakan tuannya tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 11:58 AM | Show all posts
chinta89 replied at 11-7-2018 10:07 AM
kesainnya....

btl2 kurang berhubung ngn sesiapa ni. at least kalau dia ade berhubung hari2 ngn or ...

Lonely death...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 12:17 PM | Show all posts
Cujo kebuluran...survival instinct..bertabahlah cujo..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 12:41 PM | Show all posts
mengerikan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tak makan
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 12:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 12:47 PM | Show all posts
inilah masalah kalau hidup sendirian, mati di rumah tiada siapa tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Anjing makan tuan... menakutkan. Kengkawan ioilss pun byk bela ular besar besar dalam rumah..harap tak dimakan ular juga. Seram je..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.084115 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list