CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3083|Reply: 5

"Nak Tunggu Apa Lagi?" - Che Ta Gesa Polis Tangkap Bekas Pekerja

  [Copy link]
Post time 11-7-2018 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Che Ta menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan individu bernama Zuriati Abdullah. Siap buat laporan polis dan mengharapkan agar wanita itu segera ditangkap pula! Kenapa ya?








Menerusi Instagramnya, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan memuat naik sebuah rakaman video mendakwa bekas pekerjanya itu menipu dan mencuri produk syarikat.

"Hari ini saya dah buat laporan polis mengenai bekas pekerja saya yang menipu, menyeleweng, dan juga menyamar.

"Saya berharap polis mengambil tindakan segera supaya golongan penipu sedemikian tidak berleluasa dan menipu lebih banyak mangsa kelak," katanya.




Foto: IG Che Ta




Menurut Che Ta, sudah ramai menjadi mangsa Zuriati yang menipu dengan menggunakan nama syarikat termasuk SimplySiti dan syarikat pengeluar minyak wangi De'Xandra.

"Dia curi barang daripada saya dan menghantar kepada stokis. Kemudian, stokis membuat bayaran terus kepada akaunnya
," katanya.

Tambah Che Ta, wanita berkenaan menipu kononnya sudah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun syarikat, namun dia sebenarnya hanya memberikan slip bank yang sudah diedit.




  


"Saya berharap, penipu macam ni dapat dihapuskan,"
tegasnya.

Wah, hebat juga Zuriati Abdullah itu ya. Sudah ramai menjadi mangsanya, namun masih berjaya melepaskan diri. Ada sesiapa mengenali wanita itu? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lembut je che ta marah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:01 PM | Show all posts
macam macam hal
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:01 PM | Show all posts
mcm2 cara skrg ni org nak mencuri duit orang lain yee
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang je nak buat duit ehh
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam macam kejadian. Fobia pulak nak suruh orang lain buatkan kerja untuk kita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.057006 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list