|
Pada hari Selasa yang lalu merupakan hari bermakna untuk Tun Mahathir yang menyambut hari kelahirannya yang ke-93. Media sosial dihujani ucapan ‘Selamat Hari Lahir’ kepada Perdana Menteri Malaysia kesayangan rakyat ini.
Sempena hari istimewa tersebut, Tun M telah memuat naik sebuah video sebagai tanda penghargaannya pada rakyat yang sentiasa mendoakan dirinya.
Foto: IG Aizat Amdan
Apa yang menarik adalah video tersebut menggunakan latar belakang lagu ciptaan Aizat Amdan yang bertajuk Harapan Menjadi Nyata.
Lagu itu memang dicipta khas oleh Aizat untuk Tun M. Apabila diteliti Instagram Tun M, nama Aizat Amdan turut terlihat dalam senarai yang ‘diikut’ oleh Tun M.
Lagu single Aizat itu adalah nukilah oleh bapanya sendiri, Datuk Amdan Mat Din. Beliau amat mengagumi kepimpinan Tun M yang merupakan idola dalam hidupnya sejak sekian lama.
Bertuahnya Aizat! Harap Tun M sentiasa sihat, dilindungi dan dilimpahi rahmat agar dapat mengubah Malaysia menjadi lebih baik di mata dunia. - CARI
|
|