CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1240|Reply: 18

[Tempatan] Kenyataan Saifuddin bercanggah dengan realiti

[Copy link]
Post time 12-7-2018 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa lebih 70 peratus barangan turun harga, dilihat bercanggah dengan realiti yang dihadapi pengguna di negara ini.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, berdasarkan laporan media, masih ramai pengguna yang tersepit dan merungut dengan kenaikan harga barangan yang didakwa naik secara mendadak, berbanding sebelum pilihan raya yang lalu.

Menurutnya, kenyataan Saifuddin nyata bercanggah dengan laporan tinjauan yang dibuat oleh sebuah akhbar tempatan, yang mengatakan pengguna masih lagi merungut dengan kenaikan harga barangan.

“Kita ingin tahu, kajian yang bagaimana kementerian buat sebab ia bercanggah dengan realiti sekarang. Beliau hanya membuat kenyataan tanpa ada fakta kukuh, sekadar untuk mewujudkan persepsi di kalangan rakyat.

“Tapi, apa yang berlaku ialah, barangan asas seperti gas memasak pun, naik harga. Rakyat mahukan penjelasan yang rasional daripada kementerian terhadap isu kenaikan harga barangan ini dan apa jalan penyelesaian yang sedang dilakukan oleh kementerian,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Jelas Dr Najmil, semasa Pakatan Harapan (Harapan) masih lagi pembangkang, mereka menimbulkan isu kenaikan harga barangan bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan BN.

Tetapi katanya, apabila menjadi kerajaan, mereka bukan sahaja gagal menangani isu harga barang, malah ada harga barangan yang terus meningkat.

“Kerajaan Harapan sendiri mengakui mereka gagal untuk mengotakan segala apa yang mereka janjikan sebelum ini. Bagi saya, ini jelas satu penipuan kepada rakyat dalam usaha mereka untuk mendapatkan kuasa,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 07:12 AM | Show all posts
Ahmad Maslan mesti sedang tersenyum membaca berita ini...........
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah la... Kedai runcit kat area umah i elok je takde naik harga pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 08:05 AM | Show all posts
sekarang dengan RM50 boleh penuh 1 trolli..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 08:31 AM | Show all posts
semlm tertengok ada talk kat rtm 1...diaorg panggil menteri baru..Dr Mujahid kot..
aku tgk bagus gak menteri ni..no wonder Tun Mahathir lantik jadi Menteri..

lepas tu kat tv3 ada juga program khas...ada dua org tetamu..sorang tu prof dr UKM, sorang lagi tak pasti..siap pakai kopiah...

yg pakai kopiah tu...not bad lar dia punya pendapat..dia ckp rakyat tak boleh nak hukum kata barang semua naik lepas pru sbb masa tu is mmg musim perayaan...kalau musim perayaan mmg harga baragn akan naik sbb permintaan melebihi penawaran...basic supplychain..

so kita tgk selepas setahun..apa yg jadi..

based on dua2 program tadi, aku rumuskan Malaysia sedang ke arah menjadi negara yg lebih berdaya saing...cuma need time...

sudah2 lah pasal politik ye..

Yg menteri2 lantikan kerajaan baru ni...ada yg bagus...yg lain masih belum ditonjolkan...aku harap rtm dan tv3 banyakkan program2 jenis gi dan panggil menteri2 , timbalan menteri beri pandangan diaorg....

bravo RTM dan TV3
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 08:44 AM | Show all posts
mat maslan dah dapat penggantinya dalam kabinet.  tahniah penyokong PH
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2018 08:45 AM | Show all posts
wirazam replied at 12-7-2018 08:31 AM
semlm tertengok ada talk kat rtm 1...diaorg panggil menteri baru..Dr Mujahid kot..
aku tgk bagus ga ...

aku pun ada tgk temu bual dgn menteri pertahanan.  dia kata LIMA dibuat setiap tahun.   hahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 08:46 AM | Show all posts
Simunggu replied at 12-7-2018 08:05 AM
sekarang dengan RM50 boleh penuh 1 trolli..

fakta ni betul.  troli mainan.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 09:16 AM | Show all posts
tobby replied at 12-7-2018 08:46 AM
fakta ni betul.  troli mainan.

sbb menteri pun menteri mainan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:49 AM | Show all posts
Edited by tagas at 12-7-2018 11:52 AM

1. rumah
2. petrol
3. kereta
4.brg makanan
5. hantaran kawen
6. ptptn
7. astro
8. bil utiliti

Selagi price utk mende alah semua kat atas nun berkadar yang tak masuk dek akal

selagi tu persepsi rakyat marhaen(bottom & middle 40) terhadap gomen akan berterusan & di anggap failed
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:52 AM | Show all posts
ketua umno tu x penah beli brg kat 99 speedmart gaknya
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum seratus hari la..lek lu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
dlm sejarah berpuluh tahun BN memerintah..  Harga barang yang naik pon dorang x berjaya turunkan kaw kaw..  ni kan plak nk suruh kerajaan baru turunkan harga..  Ko ni bodoh ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:57 AM | Show all posts
rungutan dari orang sekeliling aku ialah, harga rumah, harga rumah macam harga Yahudi sebab apa, sebab market rumah kat Malaysia untuk orang luar bukan untuk orang tempatan, orang tempatan bayar sewa rumah untuk benda yang diaorang bukan hak milik, rugi, dari situ berjangkit pasal harga makanan dan keperluan asas yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 12:01 PM | Show all posts
kecimpret replied at 12-7-2018 11:52 AM
ketua umno tu x penah beli brg kat 99 speedmart gaknya

betul tu..speedmart penurunan harga byk lps GST dihapuskan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 12:11 PM | Show all posts
lolita737 replied at 12-7-2018 12:01 PM
betul tu..speedmart penurunan harga byk lps GST dihapuskan..

sangka baik...mungkin ketua umno tu duduk kat kampung dan beli brg kat kedai runcit pak aji kopiah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 12-7-2018 08:05 AM
sekarang dengan RM50 boleh penuh 1 trolli..

boleh..  tapi tisu jamban..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 07:37 PM | Show all posts
Simunggu replied at 12-7-2018 09:16 AM
sbb menteri pun menteri mainan..

celah mana harga barang turun 70%  hahahahah ...  alahai menteri PH
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 07:12 AM | Show all posts
akusukaq replied at 12-7-2018 12:58 PM
boleh..  tapi tisu jamban..

hahaha..tisu jamban buat apa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.227995 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list