View: 5926|Reply: 43
|
[Tempatan]
Duda Idaman Malaya kini sudah berpunya, sis Changa berputih mata
[Copy link]
|
|
SELEPAS lima tahun hidup menyendiri, Abil Fikri Ahmad, 49, mengakhiri zaman dudanya dengan suri hati Nor Aida Mohamad, 29, pada Jumaat lalu.
Lelaki pernah mendapat jolokan Duda Idaman Malaya itu menjadi sebutan ramai selepas kisah ketabahannya menjaga isteri Fauziah Muhamad yang menderita penyakit saraf otak sehingga meninggal dunia pada 2 April 2013.
Abil Fikri ketika dihubungi Sinar Harian meluahkan rasa syukur kerana kekosongan jiwanya selepas pemergian isteri kini terisi dengan kehadiran isteri baharu yang disifatkan seorang yang memahami.
Menurutnya, perkenalannya dengan isteri bermula sebagai rakan blogger, namun masing-masing tidak pernah meluahkan isi hati.
“Isteri antara rakan blogger yang rapat dan banyak membantu saya. Lagipun kebanyakannya sudah berkahwin dan dia pula masih bujang pada waktu itu, sudah tentulah saya lebih rapat dengannya.
Nor Aida yang berjaya mencuri hati Abil Fikri juga berasal dari Terengganu sama seperti Allahyarhamah Fauziah.
“Tapi, kami tak pernah declare sebagai pasangan kekasih pun. Cuma, Disember lalu saya mencuba nasib melamarnya dengan soalan ‘adakah dia sanggup ‘bermadu’ dengan arwah? dan dengan senangnya dia cakap ok,” katanya.
Abil Fikri berkata, apa yang membuatkan hatinya tertarik dengan Nor Aida adalah wanita itu sentiasa mengingatkan dirinya supaya tidak lupakan allahyarhamah isteri selain menjaga solat dan rajin membaca al-Quran.
“Doa saya mengharapkan jodoh buat kali kedua dengan wanita berasal dari Terengganu iaitu sama dengan arwah isteri juga termakbul. Bila satu kampung ini, senanglah saya nak pergi ziarah. Paling saya terharu kerana ibu arwah juga merestui hubungan saya dengan isteri
“Saya masih rapat dengan keluarga bekas mertua dan pernah berjanji dengan arwah yang saya akan terus menjaga ibu dan adik beradiknya lain walau apa saja berlaku,” katanya.
Pengorbanan Abil Fikri menjaga isterinya yang sakit menarik perhatian dan sokongan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu.
Ditanya perbezaan jarak usia dengan isteri 20 tahun, Abil Fikri berkata, faktor usia bukan penghalang ikatan kasih antara dua jiwa kerana paling penting bagaimana mahu mencorakkannya.
Bercerita mengenai perkembangannya, Abil Fikri berkata, dia masih aktif memberi ceramah motivasi kekeluargaan dan kini menetap di Putrajaya kerana isterinya bertugas di Jabatan Perangkaan di sana.
“Saya mohon maaf kepada semua pengikut setia saya di laman sosial kerana tidak jemput ke majlis perkahwinan baru-baru ini. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menitipkan doa dan ucapan tahniah di Facebook selepas saja gambar perkahwinan saya dimuat naik.
“Saya sudah anggap pengikut sebagai keluarga saya dan doakanlah perkahwinan saya dirahmati dan dilimpahkan rezeki Allah,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Beribu taniya wahai abil
Iols doakan.bahagia hingga ke akhir hayat
Amin |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan terus menduda sampai bebila, dah move on la kiranya ni kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah
senyum bukan main lebor
takpe untuk sis changa cari lain k |
|
|
|
|
|
|
|
dh 5 tahun pon patah tumbuh hilang berganti
|
|
|
|
|
|
|
|
idaman sape pulak ni weyhh.
tahniah. |
|
|
|
|
|
|
|
Cukki tudung kuning gigih buat nampak rambut dkt depan..still kg.com.. |
|
|
|
|
|
|
|
untongla dpt getah muda beza 20 thn |
|
|
|
|
|
|
|
kemain sayang bini
pastu nikah lain. cheh. |
|
|
|
|
|
|
|
xguna nak setia... dapat apa je pun? Syyurga?
|
|
|
|
|
|
|
|
da smpai seru.... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah Duda Malaya
bini baru nampak debab... |
|
|
|
|
|
|
|
'Bermadu' dengan arwah... huhu... bukan semua wanita sanggup. Pastinya akan ada sedikit sebanyak perbandingan antara mereka. Sebab tu.. isteri baru ni... seorang yg memahami.. yang berjaya curi hati dia. Isteri yang dia tatang sehingga ke hujung nyawa... takkan mudah dia nak lupakan. |
|
|
|
|
|
|
|
ada kawan aku ni bininya mati masa mengandung. dia ni punyalah sedih hari2 g kubur bini. seolah2 hidup mati tak bermakna dah tanpa bininya...hmmm bulan ke 4 dia nikah baru dgn jiran bujang sebelah rumah. untunglaaa |
|
|
|
|
|
|
|
semoga abam ni bahagia still janna. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah tahniah.. hidup perlu diteruskan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...selamat berbahagia |
|
|
|
|
|
|
|
cinta ke liang lahad sgt...apapun tahniah |
|
|
|
|
|
|
| |
|