CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Modngengade

[Tempatan] Duda Idaman Malaya kini sudah berpunya, sis Changa berputih mata

  [Copy link]
Post time 12-7-2018 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 12-7-2018 10:29 AM
ada kawan aku ni bininya mati masa mengandung. dia ni punyalah sedih hari2 g kubur bini. seolah2 hid ...

Orang lelaki sis hurmmm..
Tp ada gak yg rare..
Senior iols masa sekolah ekceli tua setahun je pun. Isteri dia ninggal sbb sakit apa tah  iols pun tak perasan pun dia ade skit teruk ke apa tau2 masuk hospital then ninggal.
Anak baru sorang umur 4-5 thn gitu.. dorang pun muda lg awal 30an.
Lepas bini ninggal mmg selalu dia g kubur, yg menariknya tiap hari dia akan post kt fb counting hari ke brp dah bini dia meninggal, hinggalah dia plak kuar masuk hospital sakit kat usus, rupanya kanser.
Setahun selepas bini meninggal dia plak menyusul.. maka anak yatim piatu la ank tunggal dia tu.
Dia lelaki biasa je bkn org ada2 mahupun artis pemes pun, kisah pun tak viral tapi kagumla dia syg ank bini, bini ninggal pun still syg, apa2 yg dia update still tag fb bini dia sygnya dia sampai ke akhir hayat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah. semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 12-7-2018 09:11 AM
dh 5 tahun pon patah tumbuh hilang berganti

Yela dia pun xde ank kan, mungkin bini baru muda lg bolehla beranak
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 10:58 AM | Show all posts
Biar la dia nak berkahwin. Mana tahan asyik nak tembak dinding jer.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 12-7-2018 10:10 AM
'Bermadu' dengan arwah... huhu... bukan semua wanita sanggup. Pastinya akan ada sedikit sebanyak per ...

Nnt kat syurga kalo jumpa blk pastu arwah bini tu kira mcm baru tau lah bermadu rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:02 AM | Show all posts
alhamdulillah...moga berbahagia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2018 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah...sayang tu of course la dia tetap sayang kat arwah bini...tapi dia pun perlu la teruskan kehidupan dan berteman...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 12-7-2018 10:59 AM
Nnt kat syurga kalo jumpa blk pastu arwah bini tu kira mcm baru tau lah bermadu rupanya.

haah kan kat syurga nnt jumpa bini cemana ya
hahaha

ayang...abang kenalkan ini adik baru awakkkk....

adoi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki jarang duda ke akhir hayat. Perempuan ramai yang suami meninggal, dia tal kahwin lain sampai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:03 PM | Show all posts
takut jadi andartu ke dek??? asal boleh jah nikah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan mama, 1st wife meninggal sakit barah. Lama jugaklah dia menduda, adalah 5 thn kot. Kawen kali ke 2 bila ibunya mula bising minta carikan mak baru buat anak-anak yang sedang membesar. Tak sempat setahun, isteri ke 2 pulak meninggal. Lps ni trauma dah nak kawen katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2018 03:08 PM | Show all posts
famri7 replied at 12-7-2018 01:13 AM
Cukki tudung kuning gigih buat nampak rambut dkt depan..still kg.com..

tu bkn rambut sis...byang2....rabun ke

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:09 PM | Show all posts
Tahniahhhh!!
Semoga berbahagia!

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 08:27 PM | Show all posts
tahniah.. semoga bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mamarock replied at 12-7-2018 03:04 PM
Kawan mama, 1st wife meninggal sakit barah. Lama jugaklah dia menduda, adalah 5 thn kot. Kawen kali  ...

Teringat pula kawan diploma I dulu.
Mak kandung dah meninggal waktu dia kecil dulu.
La ni, dengar kata mak tiri pun meninggal juga.
I dengar kesiannya lahai. Tak sangka sungguh. Sedih. Hrmmm
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 08:41 PM | Show all posts
ai dan husbaby dah buat perjanjian... jika salah seorg mati dulu, yg hidup tu move on kawen baru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg janda x kawin2 sama cam andartu kepam
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 08:59 PM | Show all posts
sofiazara replied at 12-7-2018 10:29 AM
ada kawan aku ni bininya mati masa mengandung. dia ni punyalah sedih hari2 g kubur bini. seolah2 hid ...

satu cara untuk kurangkan sedih

termenung terkenang masa isteri hidup boleh depression
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu...dia pun ada jg keinginan dan nafsu. 5 tahun tu...lama jg bertahan
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 04:05 PM | Show all posts
Edited by pintukaca at 11-6-2019 04:09 PM

Duda Idaman Malaya bakal jadi bapa

SYAMILAH ZULKIFLI | 11 Jun 2019


Abil Fikri tidak sabar menanti kelahiran anak sulungnya bersama Nor Aida yang kini sarat mengandung enam bulan. Gambar kecil: Laporan Sinar Harian Abil Fikri yang mengakhiri zaman dudanya

SEREMBAN - Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna kepada lelaki yang pernah mendapat jolokan Duda Idaman Malaya, Abil Fikri Ahmad, 50, apabila dia bakal bergelar bapa.

Abil Fikri berkata, isterinya, Nor Aida Mohamad, 30, kini mengandung enam bulan dan dijangka bersalin pada pertengahan September ini.

Bekas perunding kewangan itu pernah menjadi sebutan ramai selepas kisah ketabahannya menjaga isteri, Fauziah Muhamad atau dipanggil Gee yang menderita penyakit saraf otak sehingga meninggal dunia pada 2 April 2013.

Berkongsi kisahnya, Abil Fikri berkata, dia tidak sangka akan mempunyai darah daging sendiri ketika berusia 50 tahun.

Malah, katanya, berita gembira itu dikhabarkan isterinya pada sambutan ulang tahun kelahirannya pada 28 Januari lalu sekali gus menjadi hadiah paling besar dalam hidupnya.

“Pada Julai tahun lalu, saya menemui pengganti teman hidup selepas lima tahun hidup sendiri dan tahun ini saya bakal bergelar bapa pula. Usia begini baru dapat rasa perasaan macam mana bergelar bapa.

“ALLAH telah gantikan dua Syawal saya yang agak murung sebelum ini dengan ‘hadiah’ ini. Betapa besarnya nikmat yang Dia beri kepada saya,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.



Gambar kenangan Abil Fikri mengakhiri zaman dudanya dengan Nor Aida pada tahun lalu.

Ditanya sama ada dia sudah mengetahui jantina anak, Abil Fikri berkata, dia tidak kisah kerana yang paling penting isteri dan bayinya selamat serta sihat.

“Saya tidak sabar tunggu saat tersebut kerana dengan arwah isteri, kami tidak ada rezeki dikurniakan anak. Dapat rasa kasih sayang anak-anak pun dengan lima anak arwah kerana itu merupakan perkahwinan keduanya.

"Bagaimanapun, saya juga ada seorang anak angkat yang berusia 22 tahun,” katanya.

Bercerita mengenai sambutan Syawal tahun ini, Abil Fikri berkata, rutin menziarahi ibu arwah isterinya di Terengganu setiap kali Aidilfitri tidak dapat dilakukan pada tahun ini.

"Saya beraya di Kedah kerana kakak iparnya diserang strok. Walaupun saya sudah ada isteri baru tetapi ibu arwah Gee tetap ibu saya selamanya. Rutin saya melayaninya sehingga kini tetap sama,” katanya.

Malah, dia yang kini aktif sebagai penceramah bersyukur kerana Nor Aida sangat memahami dan tidak pernah cemburu.

"Paling menyentuh hati, isteri saya pula yang selalu ingatkan supaya pulang jenguk keluarga arwah Gee termasuk ziarah kuburnya.

“Saya bersyukur dengan kasih sayang ini. Kepada semua pengikut Facebook saya Dana Sinar Fauziah, terima kasih atas sokongan dan doa kalian selama ini,” katanya


https://www.sinarharian.com.my/article/31991/EDISI/Melaka-NS/Duda-Idaman-Malaya-bakal-jadi-bapa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.164324 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list