CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1016|Reply: 9

[Tempatan] Lagi pelancong wanita beraksi tidak sopan di depan Masjid UMS, angkara leluhur j

[Copy link]
Post time 12-7-2018 08:48 AM | Show all posts |Read mode



KOTA KINABALU - Kelakuan tidak senonoh pelancong wanita warganegara asing di pekarangan masjid sekali lagi menggemparkan masyarakat tempatan apabila hari ini tular dalam laman sosial Facebook, pelancong wanita melakukan aksi ala akrobatik di depan Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini.

Kepingan foto tersebut memaparkan seorang wanita berpakaian seksi sedang melakukan akrobatik yang mana kaki di atas dan kepalanya pula di bawah.

Lebih mengecewakan apabila perbuatan tidak sopan itu dilakukan berhampiran masjid.

Timbalan Pengarah (Komunikasi Korporat) Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat UMS, Talib Abdullah Shani berkata, akibat tingkah laku kurang sopan dilakukan sebahagian kecil pelancong di universiti berkenaan sehingga tular dalam media sosial maka selepas ini pihak pengurusan akan lebih berhati-hati dan melaksanakan pemantauan dengan lebih teliti.

"Kami amat positif dan menyambut baik peningkatan jumlah pelancong luar berkunjung ke sini (universiti) kerana secara tidak langsung ia memberi nilai tambah kepada universiti.

"Bagaimanapun, disebabkan insiden yang tular pada hari ini pihak universiti akan terus memantau dan meneliti perkara ini untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk ke apa jinjang2 ni..dh la kk tu penuh dgn korean
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kat luar masjid je pun. napelah semua benda nak sentap.

hati tisu ke semuanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:34 PM | Show all posts
berhampiran kan?
come on laa
even pagar masjid pun prc2 ni tak tau tak boleh buat macam tu
ni kan pulak BERHAMPIRAN masjid
tapi kalo nak denda jugak pinda la seksyen lapuk tu
rm25 is bloody joke la!
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 04:34 PM | Show all posts
ni manosia ka, monyet nih?
nampak bangunan terus excited lebih macam kena sampuk dengan saka monyet.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 04:52 PM | Show all posts
dorg kte skadar denda rm25..apadahal..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2018 05:00 PM | Show all posts
dkt korea lg teruk prangai prc tourist ni..kt jeju dlm berita aritu ada pompuan korea tu tgh sembayang dlm gereja sampai kena tikam dgn prc tourist..bila tanya kenapa dia kata dia teringat dgn ex bini dia bila tgk pompuan tuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 05:07 PM | Show all posts
Nak buat handstand lah tu. Yogi kot ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai berapa km radius kesucian luar masjid tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 05:55 PM | Show all posts
Gilelah..takde tpt lain ke? awat ko nak tertonggeng joget joget kat tpt mcm ni. Macam takde akal je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.093962 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list