CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7313|Reply: 105

[Tempatan] Kos lebih rendah, LRT3 diteruskan

  [Copy link]
Post time 12-7-2018 09:22 AM | Show all posts |Read mode
KABINET semalam bersetuju projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) diteruskan dengan kos akhir berjumlah RM16.63 bilion, iaitu 47 peratus lebih rendah berbanding kos asal RM31.65 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, dengan nilai kos akhir itu ia sekali gus dapat menjimatkan RM15.02 bilion wang rakyat.

Katanya, kos keseluruhan itu termasuk dan tidak terhad kepada kos Pakej Kontrak Kerja (WPC), pengambilan tanah, pengurusan projek, fi perundingan, kos operasi, kos overhead, faedah pinjaman semasa pembinaan (IDC) dan kos lain yang berkaitan.

“Penjimatan bernilai RM15 bilion bukan sahaja penting dalam konteks pengurangan hutang negara, malah ia juga bakal memberi penjimatan tambahan bernilai RM14 bilion khususnya dalam kos faedah sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman kewangan.

“Pengurangan kos sebanyak 47 peratus ini membuktikan kemampuan kerajaan dalam usaha mendapatkan penjimatan kos yang begitu signifikan bagi projek yang harga asalnya melambung tinggi akibat kelemahan tadbir urus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, proses perundingan semula yang menyeluruh dan pelan rasionalisasi pelaksanaan projek LRT3 sudah diadakan dengan semua pihak yang terbabit termasuk Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), MRCB-George Kent (MRCB-GK JV), iaitu Rakan Pelaksana Projek (PDP) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Satu aspek kritikal dalam pengkajian semula projek ini adalah integrasi jajaran LRT3 sepanjang 37km; dari Johan Setia (Klang) ke Bandar Utama (Petaling Jaya) perlulah dikekalkan.

“Di samping itu, isu keselamatan, kekerapan jadual perjalanan dan kualiti perkhidmatan mestilah memenuhi segala syarat keperluan pengawal selia,” katanya.

Tambah beliau, antara langkah utama yang diambil untuk mengurangkan dan merasionalisasi kos projek ini termasuk mengurangkan jumlah tempahan daripada 42 set kereta api 6-koc kepada 22 set kereta api 3-koc.

“Berdasarkan kajian perlaksanaan projek LRT3, 22 set kereta api 3-koc ini sudah memadai untuk menampung jumlah penumpang yang dijangkakan menggunakan perkhidmatan ini sehingga tahun 2035, sebelum sebarang penambahan jumlah set keretapi 3-koc dilaksanakan.

“Mengurangkan saiz pembinaan pangkalan kereta api LRT berikutan bilangan kereta api LRT yang dikurangkan. Mengubahsuai saiz dan reka bentuk stesen LRT mengikut piawaian jajaran LRT Kelana Jaya dan bukannya mengikut saiz stesen MRT yang lebih besar.

“Menangguhkan pembinaan lima stesen yang dijangkakan mempunyai jumlah penumpang yang rendah, sehingga terdapat keperluan untuk membina stesen itu. Pembinaan stesen yang akan dibatalkan adalah Lien Hoe, Temasya, SIRIM, Bukit Raja dan Bandar Botanic.

“Membatalkan pembinaan terowong sepanjang dua kilometer untuk laluan LRT dan stesen LRT bawah tanah di Persiaran Hishamuddin, Shah Alam,” katanya

Selain itu katanya, langkah turut diambil dengan melanjutkan tempoh masa untuk menyiapkan projek LRT3 dari 2020 ke 2024 bagi mengurangkan lagi kos pembinaan yang asalnya dinaikkan untuk mempercepatkan tempoh siap projek itu.

“Di samping itu, pembinaan projek LRT3 akan distruktur semula daripada model PDP kepada model “kontrak harga tetap” dengan MRCB-GK JV. Ini akan memastikan bahawa harga akan terikat kepada harga yang ditetapkan,” katanya.

Pada 30 Mac lalu, Prasarana telah mengemukakan kos projek LRT3 yang berjumlah RM31.65 bilion.

Selain daripada pembiayaan dalam bentuk jaminan kerajaan yang bernilai RM10 bilion yang sudah diluluskan pada 2015, Prasarana cuba memohon pembiayaan kewangan tambahan sebanyak RM22 bilion, juga dalam bentuk jaminan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Julai 2018 @ 9:07 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 10:08 AM | Show all posts
mass transit?.... by all means aku sokong.

better than buat highway toll bertingkek2.....

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 10:34 AM | Show all posts
Kos dah murah jangan plak quality macam hauk, parts cpt rosak dan lain2...dan design dan rupa keseluruhan jgn mcm kemudahan negara mundur...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 10:53 AM | Show all posts
tren ko kurangkan separuh dari 42 jadik 22, trainset dari 6 cars jadik 3 cars, certain stesen dikurangkan..ko ingat ni tahun 98 ke time baru first nak buat lrt line kat KL ni?


tp bagusla kan nak berjimat ..tp jgn plak duit tu perabih buat proton 2.0 sudah (walaupun skeptikal dgn claim LGE kos lrt 3 ni cecah 31.65 bilion)

http://www.malaysia-today.net/20 ... -can-half-it-later/
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:58 PM | Show all posts
pejadah elok2 siap 2020 tolak ke 2024?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:07 PM | Show all posts
awat trains berkurang so, nanti nak tambah projek bagi kroni gitu tak kisah lah, yang penting proceed
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2018 03:10 PM | Show all posts
memang la kos lagi rendah dah some stations kena scrap, yang paling bodoh akak rasa reduce train 6 koc ke 3 koc.
tak pernah belajar dari kes LRT kelana jaya line ke dek??
dulu 2 kos jah lepas tu macam sardin.
bila dah sesak, nak tambah koc pula berapa lama pula ambik masa??
kenapa tak buat perkara yang boleh sustain untuk masa depan terus jah???

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:16 PM | Show all posts
Phase 1 of the MRT from Kajang to Sg. Buloh (51km) cost RM21 billion or RM412 million per kilometre
LRT3 (30km) going to cost RM16.7 billion or RM659 million per kilometre and that moron LGE say it's a 47% discount.
Macam itu bagus buat MRT saja.
Stupidest and most corrupt MOFo in the world.
Does this "I am MOF not project manager" idiot even know the difference between LRT and MRT?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 03:19 PM | Show all posts
Lebih baik tokong LGE itu pi buka gerai di Jln Petaling saja.
Naikkan harga 2 kali lipat, pas tu cakap kasi 50% diskaun.
Tipu tourist boleh lah



Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kerajaan ph mmg bodoh dan selayaknya jadi bahan lawak negara2 luar. gst tukar sst, hsr jadi lsr, mrt jadi lrt.

sebelum jadi govt pung pang2 bising kos mega2 projek di mark up harga. ingatkan bila dah jadi govt blh la tunjuk kos sebenar tanpa mark up harga utk jimat. hujung2 gini rupanya cara jimatnya. maknanya mark up2 harga tu sembang kencang babi blh terbang la
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
council of elders taik kucing
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
So...kos yang lama bukanlah sebab overprice..tapi sebab stesyen lebih pada asalnya , koc yang lebih pendek dan pengecilan stesyen....takde kesalahan disitu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kembali la semula ke zaman 90 an.

#rinduzamantunkepalahotakkorangpengundipengundiph
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:27 PM | Show all posts
Drag lagi masa smpai ke 2024 pehhhhh.. yang sedia ada pun buat sakit hati lalu kat situ.. macam nyawa hujung tanduk je
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:34 PM | Show all posts
penipu pembohong
perompak menjahanamkan malaysia, makan duit rakyat


kos asal rm9bill je

#kuatkencing











Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah macam mana LGE boleh dapat nilai RM31 bilion tu.
As recent as two months ago, the highest figure for LRT3 project was only around RM15 max, as widely reported dalam berita.
Adakah LGE sendiri mark-up nilai projek LRT3 ini untuk nampak terlalu mahal supaya dapat blame BN kononnya BN tidak telus?
The stupidest MOF ever. Bongok!
Lagi satu tak boleh hadam kenapa perlu lanjutkan tempoh pembinaan LRT3 to more than 4 years?
Bangang!

Nasib baik PH tak batalkan projek LRT3, Spidey hampir nak tulis surat terbuka kepada kerajaan PH.
Apa-apa pun nak batal asalkan nak padam legasi Datuk Seri Najib Razak walaupun projek-projek yang diilhamkan oleh bekas PM kita itu mampu membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

Bongok sangat nak tangguhkan tempoh pembinaan LRT3, cuba korang tengok Jalan Langat di Klang tu. Satu-satunya jalan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dah teruk jam disebabkan oleh pembinaan LRT3, ko lagi nak tangguhkan tempoh pembinaan lagi.
Sohai lah PH!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 03:41 PM | Show all posts
Stesen Temasya dibatalkan? Abis tu kerja yg tengah buat sekarang cemana? Dah la jalan situ cam siyal jadinya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukup ke 3 koc? Lrt skrg yg 4 koc pon selalu penuh. 2 koc lgla mcm sardin.  Silap2 3 koc selalu penuh x muat
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg cam tu accountant menipu dikkk...buang barang kata dpt murah apa punya bahalooooollll, nak ckp kat rakyat dia uruskan kos dgn bijak pooooooodah bahaloooooollll, nanti diam2 guna separate bgt beli coach dan buat stesen baru...stesen botanik dia ckp low rider???? ada jusco la kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan PH tak pandai mentadbir negara.
Setiap hari pasti ada berita kurang cerdik daripada mereka.

#voteBNinnextPRU
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.072893 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list