View: 626|Reply: 7
|
[Tempatan]
Lemas ketika potong kayu
[Copy link]
|
|
KERJA memotong dan mengalih kayu di tebing sungai berhampiran Rumah Panjang Mujan, Ulu Skrang di Sri Aman, oleh sekumpulan tujuh pekerja bertukar tragedi selepas seorang daripadanya dikhuatiri lemas, hari ini.
Sumber memberitahu NSTP, mangsa, Faizal Ibrahim, 28, dikatakan tiba-tiba terjatuh ke Sungai Batang Skrang sebelum tenggelam ketika melakukan kerja berkenaan.
Difahamkan, beberapa rakan sekerjanya yang menyedari kejadian itu cuba bertindak menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana arus deras.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Othman Sulaiman, berkata bertindak atas maklumat diterima, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.
Katanya, operasi turut mendapat bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Betong dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sri Aman.
“Operasi SAR turut membabitkan penyertaan penduduk kampung, termasuk menggunakan tiga perahu,” katanya.
Difahamkan, mangsa berasal dari Kampung Debak Laut, Betong.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Julai 2018 @ 7:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..baru nk crik rezeki yang halal..semoga ditemui.. |
|
|
|
|
|
|
|
sungai tu ada buaya tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik aku, org tu tak tau berenang ke?? Harap org tu selamat |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan mencari mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Andyscenes replied at 12-7-2018 09:42 AM
Pelik aku, org tu tak tau berenang ke?? Harap org tu selamat
Kalau.arus.deras...mmg.susah la.nak.selamatkan.diri...
Maybe dia tahu berenang tapi panik ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya...semoga selamat |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 12-7-2018 10:13 AM
Kalau.arus.deras...mmg.susah la.nak.selamatkan.diri...
Maybe dia tahu berenang tapi panik ke
Ikut logic, sungai tu tak besar. Tah la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|