View: 654|Reply: 4
|
[Tempatan]
Lelaki maut kereta dirempuh dari depan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 12 Julai - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain dalam kejadian di Kilometer 11, Jalan Sungai Choh - Bukit Beruntung, Rawang dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Mohd. Shukri Yacob, 47, meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kemalangan berlaku apabila mangsa yang memandu Proton Persona dalam perjalanan dari Rawang ke Bukit Beruntung bertembung dengan kereta Honda BRV dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun yang masuk ke laluan mangsa dari arah bertentangan.
“Pemandu yang terselamat mengalami patah kaki dan dibawa ke pusat rawatan swasta di Rawang untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Bak Phai, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Potong x lepas.ke apa?
Cis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
jalan tu kerap sgt eksiden maut, pelik sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
orang lain cuai, orang lain jadi mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|