CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ShookDaGreat

MARI BERPANTUN (merged with mok_nik)

[Copy link]
Post time 10-8-2004 12:32 AM | Show all posts
Originally posted by myTaz at 8-8-2004 08:29 PM:
dtglah tuan dtglah nyawa
jgn di turut rasa d hati
bawaklah beriadah menenangkan jiwa
semoga kekanda cpt kembali


hajat hati hendak ke pekan
singgah di jeti untuk sembahyang
siang malam doa kupanjatkan
cepat kembali orang tersayang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2004 12:42 AM | Show all posts
apa takut kepada kumbang
kerana menyengat tidak bisa
apa peduli bantah dan larang
hati berhajat kurempuh jua.

burung nuri terbang ke Padang
bulunya jatuh ke Pattani
banyak muda sudah ku pandang
tiada sama tuan muda ku ini
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2004 12:52 AM | Show all posts
mok nik,

adik lelaki bernama Jeff
sentiasa gelak ketawa girang
ingatkan Mok Nik demam AF
rupanya demam pada seseorang

:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2004 02:00 AM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 9-8-2004 11:52 AM:
mok nik,

adik lelaki bernama Jeff
sentiasa gelak ketawa girang
ingatkan Mok Nik demam AF
rupanya demam pada seseorang

:pompom:


kalaulah tuan pandai menebat
tebat sama pohon dedalu
kalau sherrina pandai mengubat
carikan mok nik ubat rindu.

p/s...sesekali singgah juga sherrina kat sini:tq::tq:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2004 08:02 AM | Show all posts
kalau sherrina pandai mengubat
carikan mok nik ubat rindu
kalau sudah terlampau hebat
carilah peluang untuk bertemu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2004 10:10 AM | Show all posts
kalau sherrina pandai mengubat
carikan mok nik ubat rindu
kalau sudah terlampau hebat
carilah peluang untuk bertemu...


Kalau seribulan sudah bersuara
mok_nik dan serinna tidak terkata
adli datang menyibuk juga
harap maaf kalau terkasar bahasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
myTaz This user has been deleted
Post time 10-8-2004 11:25 AM | Show all posts
kalau seribulan sudah bersuara
mok nik dan serina tidak terkata
sungguh hebat kalian semua
saya ini apalah yg ada

ku petik bunga pohon cendana
buat hiasan di atas kepala
pantun sudah berbalas mesra
bila agaknya kita bersua pula

[ Last edited by myTaz on 10-8-2004 at 11:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2004 04:33 PM | Show all posts
kalau seribulan sudah bersuara
mok nik dan serina tidak terkata
sungguh hebat kalian semua
saya ini apalah yg ada



adli jawap
ku petik bunga pohon cendana
buat hiasan di atas kepala
tiap masa setiap ketika
kau ku rindu tak kira masa


ku petik bunga pohon cendana
buat hiasan di atas kepala
pantun sudah berbalas mesra
bila agaknya kita bersua pula

adli jawap
Kalau seribulan sudah bersuara
mok_nik dan serrinna tidak terkata
hari hari tidak bersua
cuma masa yang menentukannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2004 04:38 PM | Show all posts

indah saujana mata memandang
indah berseri dikala petang
hajat dihati ingin meminang
tetapi waktu tidak mengizinkan



sulam kasih bersemi cinta
cinta disemi berputik adanya
mengapa hati gundah gulana
adakah ini rindu padanya



Tika hujan menitik pagi
aku bertafakur seorang diri
mengenang nasib membujang lagi
mencari dara hajat di hati
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2004 08:29 PM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 9-8-2004 07:02 PM:
kalau sherrina pandai mengubat
carikan mok nik ubat rindu
kalau sudah terlampau hebat
carilah peluang untuk bertemu...


tangkul di jemur pukat di sirat
tali jala hendak di ramu
seorang di timur seorang di barat
entah bila dapat bertemu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2004 08:49 PM | Show all posts
Originally posted by adlismel at 9-8-2004 09:10 PM:

Kalau seribulan sudah bersuara
mok_nik dan serinna tidak terkata
adli datang menyibuk juga
harap maaf kalau terkasar bahasa
..


mak enon berkebaya ungu
mesra sungguh melayan tetamu
sudah lama mok nik menunggu
baru kini adli bertamu.

anak gajah di tengah huma
habis hancur padinyer Senik
adli hadir bagai purnama
bawa seri pada mok nik

anak raja daulat berbangsa
turun ke pekan melihat tugu
bahasa adli tiada terkasar rasa
mesra ada meresap kalbu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2004 09:01 PM | Show all posts
Originally posted by myTaz at 9-8-2004 10:25 PM:
kalau seribulan sudah bersuara
mok nik dan serina tidak terkata
sungguh hebat kalian semua
saya ini apalah yg ada

ku petik bunga pohon cendana
buat hiasan di atas kepala
pantun sudah berbalas mesra
bila agaknya kita bersua pula




penuh santun menghilir mudik
tengah jalan hujannya lebat
kita berpantun adik beradik
bukan tujuan menunjuk hebat.

Cermin hikmat dari Jawa
diguna puteri buat bersolek
rasa hati hendak bersua
apakan daya langkahku pendek.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2004 09:19 PM | Show all posts
Originally posted by adlismel at 10-8-2004 03:38 AM:

indah saujana mata memandang
indah berseri dikala petang
hajat dihati ingin meminang
tetapi waktu tidak mengizinkan


pantun mok nik
layang-layang terbang melayang
burung merak di dahan tinggi
lamakah lagi tuan nak datang
rinduku tidak tertahan lagi


sulam kasih bersemi cinta
cinta disemi berputik adanya
mengapa hati gundah gulana
adakah ini rindu padanya


mok nik jawab...
Raja besar perang berarak
perang sekali tidak selesai
silalah tuan datang keteratak
agar terubat rindu terlerai


Tika hujan menitik pagi
aku bertafakur seorang diri
mengenang nasib membujang lagi
mencari dara hajat di hati


mok nik balas...
budak budak membawa payung
jalan berempat ke rumah cik nyonya
kalau tidak dipecahkan ruyung
masakan dapat akan sagunya.


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2004 09:21 PM | Show all posts


seronoknyerr

dah ramai yg temankan mok nik berpantun

:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2004 11:04 PM | Show all posts
mok nik,
maaf le. kekadang kesibukkan membataskan sherrina disini. Insya' Allah sherrina cuba lebih kerap temankan mok nik disini. Lagipun dah lama juga tak asah ilmu berpantun. Takut tumpul pula nanti :pompom:

berjalan ke sungai membawa timba
sambil mandi membasuh kain
kalau ditunggu tak kunjung tiba
cari ajelah pengganti yang lain

Renang-rening air di dahan,
Jahit setangan pinggir di kelim;
Sakit pening boleh di tahan,
Rindu dendam ke mana dikirim.



indah sungguh si kayu jati
menjadi pemukul kuih bahulu
rindu dendam membara dihati
kirimkan pada di angin lalu

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2004 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 10-8-2004 10:04 AM:

mok nik,
maaf le. kekadang kesibukkan membataskan sherrina disini. Insya' Allah sherrina cuba lebih kerap temankan mok nik disini. Lagipun dah lama juga tak asah ilmu berpantun. Takut tumpul pula nanti

berjalan ke sungai membawa timba
sambil mandi membasuh kain
kalau ditunggu tak kunjung tiba
cari ajelah pengganti yang lain

ini  dari mok nik...

tanam keranji di tengah taman
keranji masak di atas peti
sudah berjanji berpegang tangan
tidak mungkin cari pengganti


  Quote:       
Renang-rening air di dahan,
Jahit setangan pinggir di kelim;
Sakit pening boleh di tahan,
Rindu dendam ke mana dikirim.       

indah sungguh si kayu jati
menjadi pemukul kuih bahulu
rindu dendam membara dihati
kirimkan pada di angin lalu

pantun mok nik....

tinggi sungguh pohon beringin
dedalu tumbuh menjalar merata
hendak kukirim rindu kepada angin
angin tidak pandai berkata.


.



tak apa sherrina...mok nik faham...sesekali jenguk pun dah terlalu suka mok nik rasa...:love:

[ Last edited by mok_nik on 10-8-2004 at 11:05 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2004 08:12 AM | Show all posts
Sajak untuk semua..

AnTaRa KaSiH, SaYaNg & CiNtA



Antara Kasih, Sayang dan Cinta mana satu pegangan anda

....................P.A.N.T.U.N......................


Antara Kasih, Sayang dan Cinta
Setiap perkataan membawa makna berbeza
Kasih untuk makhluk ciptaanNya
Sayang dirasai sesama manusia
Dan cinta hanya khusus kepada Dia

Antara Kasih, Sayang dan Cinta
Manusia sering tersalah guna
Tak dapat membezakan yang mana utama
Disandarkan semata kepada manusia
Hingga sangup mengorbanan jiwa

Antara Kasih, Sayang dan Cinta
Cinta padaNya yang patut didamba
Kasih dan Sayang sebagai pengantara
Untuk mengecapi kebahagian hidup disana

Antara Kasih, Sayang dan Cinta
Perlu ada kasih dan sayang pada ciptaanNya
Hati bersih dari penyakit dunia
Ujian diterima sebagai rahmat kasihNya

Antara Kasih, Sayang dan Cinta
Bukan mudah untuk menjadi pencinta
Badan dan jiwa hanya untukNya
Syurga bukan matlamat utama
Hanya keredhaan dariNya yang diminta

Antara Kasih, Sayang dan Cinta
Sekiranya berjaya memperolehi cintaNya
Dunia ini tiada harganya
Kasih dan sayang akan dirasai semua
BETAPA INDAHNYA HIDUP BERSAMA........
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2004 08:12 AM | Show all posts
Satu,
Tiada dalam beribu
Satu
Hanya tunggal

Satu,
Dipuja
Ditatang penuh gumbira
Menitik tidak biarkan jua

Satu,
Gambarnya beribu-ribu
Menjadi idola setiap waktu
Kaku dan terus terpaku

Satu,
Kerana kau aku disini
Kerana kau aku kemari
Kerana kau aku dicintai
Kerana kau aku dicemburui
Kerana kau aku disegani
Kerana kau aku dijahanami

Satu,
Rupa tiada bicaranya kosong
Bisu, tidak mengerti apa jua
Hanya bisa melihat dan mengangguk
Tetapi mengerti apa yang dibicara

Satu,
Kau laksana bulan
Menerangi setiap malam nan sepi
Menyuluh segenap ruang sepi tidak bercahaya
Memberi cahaya kedamaian dihati ini

Satu,
Tiada dua dan seterusnya
Bilangan yang cuma kita saja yang kira
Nombor yang tidak mewakili apa-apa
Hanya Tuhan yang Maha Bijaksana
Mengetahui apa maksudnya
Kerana Tuhan Maha Esa.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2004 02:32 PM | Show all posts
pantun mok nik
layang-layang terbang melayang
burung merak di dahan tinggi
lamakah lagi tuan nak datang
rinduku tidak tertahan lagi

pantun adli
layang-layang terbang melayang
hinggap bertenggek di dahan para
memang sudah abang datang
namun tidak ketemui si dara


mok nik jawab...
Raja besar perang berarak
perang sekali tidak selesai
silalah tuan datang keteratak
agar terubat rindu terlerai

pantun adli
Raja seberang raja berdaulat
Raja berdaulat disanjung rakyat
Sudah ku datang sampai keteratak
tidak ketemui dirimu pulak


mok nik balas...
budak budak membawa payung
jalan berempat ke rumah cik nyonya
kalau tidak dipecahkan ruyung
masakan dapat akan sagunya.

pantun adli
budak - budak mendayung sampan
sampan didayung mudik ke hulu
sudah diusaha sudah ku simpan
namun tidak bertemu jua


mak enon berkebaya ungu
mesra sungguh melayan tetamu
sudah lama mok nik menunggu
baru kini adli bertamu.

pantun adli
mak enon berkebaya ungu
mesra melayan para tetamu
maafkan daku ampunkan daku
membuat dirimu tertunggu-tunggu


anak gajah di tengah huma
habis hancur padinyer Senik
adli hadir bagai purnama
bawa seri pada mok nik

anak raja daulat berbangsa
turun ke pekan melihat tugu
bahasa adli tiada terkasar rasa
mesra ada meresap kalbu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2004 06:00 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 10/8/04 09:21 PM:


seronoknyerr

dah ramai yg temankan mok nik berpantun

:pompom::pompom:

makin meriah:pompom::cak:

gembira mok nik, gembira semua....
duka mok nik, duka segala:hug:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.354554 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list