CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 707|Reply: 6

[Tempatan] 30 peratus ‘kedai mamak’ ingkar arahan

[Copy link]
Post time 12-7-2018 01:40 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA - Kira-kira 30 peratus restoran India Muslim atau ‘kedai mamak’ di seluruh negara dikesan masih tidak menurunkan harga makanan dan minuman selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar sejak 1 Jun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya telah mengesan perkara itu selepas Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan pemeriksaan di premis-premis tersebut sebelum ini.

“Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP telah melakukan pemeriksaan pada bulan Mei dan Jun lalu iaitu sebelum dan selepas pelaksanaan GST sifar.

“Hasil pemeriksaaan itu, kita dapati 30 peratus restoran India Muslim masih tidak menurunkan harga, malah ada yang menaikkan harga makanan dan minuman. Berbeza di premis restoran segera, harganya turun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KPDNHEP di sini hari ini.
Advertisement

Turut hadir Timbalan Menteri KPDNHEP, Chong Chien Jen dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Jamil Salleh.

Beliau menambah, buat masa ini Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP mengambil pendekatan memberi nasihat dan tiada sebarang tindakan tegas diambil terhadap pemilik restoran terbabit.

"Tindakan undang-undang akan diambil jika pihak berkenaan mengulangi kesalahan yang sama kerana kita tidak mahu menjejaskan mata pencarian sesiapa," katanya. - K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 02:57 PM | Show all posts
memang makin mahal dah harga makanan
sekarang kat mamak.. sedap belum tentu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:20 PM | Show all posts
kasi up satu berita ambush harga kat tv...seluruh mamak mesti amik aaction pasai nie...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:22 PM | Show all posts
nak turun camner, bil letrik naik.

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:30 PM | Show all posts
xminat g kedai mamak..next!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kedai mamak tu semua register gst ke yg nak kena turun harga mcm restoran makanan segera tu? ingat turun naik harga tu sbb gst je ke?

stress sungguh tiap2 kali menteri2 ph ni bukak mulut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2018 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
badaksumbu replied at 12-7-2018 03:36 PM
kedai mamak tu semua register gst ke yg nak kena turun harga mcm restoran makanan segera tu? ingat t ...

Menteri umngok bukak mulut

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.085855 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list