CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1093|Reply: 12

[Tempatan] Berita baik buat pendatang Myanmar dan Bangla, sirih bakal dijual di pasar raya

[Copy link]
Post time 12-7-2018 01:45 PM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM 12 Julai - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat akan memasarkan daun sirih di pasar raya di Selangor bermula bulan ini.

Pengerusi Ahli Lembaga Jemaah PPK Selangor, Dr. Abdul Razak Kasbollah berkata, untuk tujuan itu, pihaknya sudah mengenal pasti lebih 10 pengusaha tanaman berkenaan di Kuala Langat bagi menyediakan bekalan secukupnya.

“Sebelum ini sirih diusahakan oleh petani tradisi dalam kalangan masyarakat India di daerah Kuala Langat. Kita lihat potensi untuk sirih diusahakan secara komersial apabila permintaan terhadap tumbuhan ini semakin meningkat.

“Sehubungan itu, kita berharap pihak berkuasa berkaitan dapat membantu golongan pengusaha sirih melalui Tabung Agropreneur Muda untuk mendapat dana bagi membesarkan kawasan tanaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pertubuhan Peladang Negeri Selangor di Wisma PKPS di sini, semalam.

Yang hadir sama ialah Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Selangor, Ahmad Fuad Zakaria.

Abdul Razak menambah, pihaknya juga berhasrat memasarkan daun sirih di Pasar Borong Selangor selain pasar raya besar lain yang sedang dikenal pasti.

“Segala kerja pembungkusan akan dilakukan sendiri oleh petani terlibat dan kita akan membantu memasarkannya melalui Pusat Pengumpulan Hasil Ladang di Telok Panglima Garang di sini.

“Sebelum ini Kuala Langat dikenali dengan hasil pengeluaran cili merah berkualiti tinggi, namun dengan adanya sirih, ia bakal menjadi pusat penghasilan sirih pula,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 02:26 PM | Show all posts
nak makan sirih ke hape suka hati ler
tapi jangan ludah merata2..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:27 PM | Show all posts
maka menyumpit-nyumpit la  pendatang myanmar / bangla / india meludah merata-rata lepas ni.. oren jek tepi-tepi bangunan
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:28 PM | Show all posts
umah aku ada tanam sirih.... bangla taman siap dtg amik je....  aku tanam ja... pakai nye idak
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak buat hantaran sirih junjung biasanya cari kat pasar basah. Seorg dua je penjualnya. Slps ni, kalau ada kat pasaraya senanglah skit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Slalu beli.sirih ni utk buat hantaran n utk.kegunaan pompuan je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2018 02:49 PM | Show all posts
Harap mereka2 ni tak gigih nak membatik kat jalan atau dinding bangunan mengotorkan .  Satu lagi geng yang kuat makan sirih ni kat Taiwan bukan main cantik lak amoy2 ngan nyonya2 tu melipat dauh sirihnya tu.  Tapi tak da pulak puak2 tu gigih nak membatik kat jalan atau dinding bangunan macam disini bersih jer persekitaran mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:55 PM | Show all posts
Baguslah. Daun sirih pun akan jadi tanaman komersial.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 03:01 PM | Show all posts
Kau pegi jer kat area Flat Hijau Presint 9 Putrajaya tue. Ai lepak situ dengan boys ai kat homestay flat tue, turun nak gi 7E nampak segala hiasan corak batik Bangla yang bertenggek tepi tue sumpit kat lantai. Pengotornya ngkau Putrajaya
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:01 PM | Show all posts
Helok ke mkn sirih ek???selalu guna utk luaran jer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:02 PM | Show all posts
BoLapciOus replied at 12-7-2018 03:01 PM
Helok ke mkn sirih ek???selalu guna utk luaran jer..

Sedap kut. Kalau letak coklat, keju, peanut butter etc...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:08 PM | Show all posts
insulin replied at 12-7-2018 03:02 PM
Sedap kut. Kalau letak coklat, keju, peanut butter etc...

owhhh...bleh buat bisnes ni..konpem viral sbb blum ad org nah buat lg rasanye..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:12 PM | Show all posts
BoLapciOus replied at 12-7-2018 03:08 PM
owhhh...bleh buat bisnes ni..konpem viral sbb blum ad org nah buat lg rasanye..hahahaha

Boleh laku sebab orang perempuan suka makan benda2 macam ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.736502 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list