CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 604|Reply: 5

[Tempatan] Wajib saring kesihatan kanak-kanak sebelum masuk taska

[Copy link]
Post time 12-7-2018 03:33 PM | Show all posts |Read mode



TAIPING - Setiap pengusaha tadika atau taska di Perak diwajibkan menjalankan saringan kesihatan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka setiap hari sebelum dibenarkan memasuki premis asuhan masing-masing.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Negeri, Dr K B Venugopalan berkata, gesaan itu dikemukakan pihaknya bagi memastikan langkah pencegahan penularan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Perak mengesahkan kes HFMD yang semakin serius di Pulau Pinang, kini menular ke negeri itu dengan kes penyakit itu menunjukkan tren peningkatan sejak beberapa bulan lalu.

“Dari pihak kami, Jabatan Kesihatan Negeri sudah mengadakan banyak sesi taklimat berhubung kaedah pencegahan penyakit HFMD bersama pengusaha tadika, taska dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang masa.

“Melalui taklimat itu, kita mengajar setiap pengusaha mengenai kaedah menyaring kesihatan kanak-kanak diasuh yang datang ke pusat asuhan itu setiap hari.

“Jika nampak demam, ruam dan sebagainya, mereka harus tidak membenarkan kemasukan kanak-kanak terlibat ke pusat asuhan mereka, meskipun tidak mempunyai penyakit HFMD,” katanya sewaktu ditemui media pada program Seminar Hentikan Penderaan Kanak-Kanak dan Keganasan Rumah Tangga Peringkat Negeri anjuran Jabatan Kesihatan Perak di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, di sini hari ini.
Venugopalan sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Seminar Hentikan Penderaan Kanak-Kanak dan Keganasan Rumah Tangga Peringkat Negeri anjuran Jabatan Kesihatan Perak di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, di sini.

Venugopalan berkata, kesemua ibu bapa perlu menyedari tadika atau taska bukan sebuah ‘mini hospital’, di mana mereka sesuka hati membuat keputusan menghantar anak mereka ke pusat jagaan itu meskipun berkeadaan sakit.

Menurutnya, ibu bapa perlu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan bukan sahaja terhadap anak-anak mereka, tetapi perlu mengambil kira anak-anak orang lain.

“Ibu bapa mesti sentiasa memastikan bila anak sakit, walaupun nampak boleh makan dan sebagainya, jangan hantar anak mereka itu ke tadika dan taska.

“Kanak-kanak itu mesti di kuarantin di rumah dan dijaga rapi serta tidak dibawa berjalan-jalan ke pusat beli-belah atau sebarang tempat keramaian bagi mengelakkan penularan penyakit dihadapi anak mereka,” katanya.

Venugopalan turut menegaskan penyakit HFMD adalah lebih serius kepada kanak-kanak berusia lima dan enam tahun dan merebak lebih cepat melalui manusia ke manusia, sama ada melalui sentuhan dan air liur.

“Kaedah paling penting menghalang transmisi penyakit ini adalah dengan memastikan kanak-kanak yang mengalami simptom ini tidak menjangkiti orang lain,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 03:56 PM | Show all posts
Edited by Hessa at 12-7-2018 03:59 PM

ye betul.. parents sepatutnya lebih bertanggungjawab dgn tak sewenang wenangnya hantar anak yang kurang sihat ke tadika/taska..tak pasal2 terkena jangkitan kat org lain..
klau sesetengah parents asik fikir, susah nak EL ke apa,so parents lain pun ingat senang ke nak cuti2?? sama aje mana2 pun..tapi, bila bab anak2, masing2 kena ambik tanggungjawab lah..bukan ambik mudah lepaskan anak tu ke taska/tadika/sekolah..realitinya ramai je yg macam ni selfish!
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 04:01 PM | Show all posts
mmg patut wajib...lg satu mase registration taska/tadika..bkn sekolah betol jek perlu..sbb ramai dh golongan anti vax skrg nih..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 04:10 PM | Show all posts
lyailya replied at 12-7-2018 04:01 PM
mmg patut wajib...lg satu mase registration taska/tadika..bkn sekolah betol jek perlu..sbb ramai dh  ...

xyah nak tunggu anti vax laaa..parents jenis x reti bahasa pun berlambak skang ni..jenis sellfish..sayang cuti or xnak unpaid jaga anak sendiri..anak tak sihat pon gigih anto taska..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadika n sekolah tempat penyebaran penyakit paling cepat. Cam sekolah anak i minggu ni kelas A kena chickenpox, next week kelas B, another week kelas C. Ada tu bintik2 penuh muka still dtg sekolah. Geramnya mak bapak mcm ni. Bodoh. dah la anak balik bawak penyakit.. dijangkitnya adik beradik lain. Mana yg ada baby lg kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Oohh i love this idea. Saring kutu skali.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.149293 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list