|
KUALA KANGSAR - Seorang murid lelaki cedera selepas kaki kirinya tersepit rim motosikal dibonceng bersama ibunya ketika pulang dari sekolah.
Kejadian di Kampung Kledang, Sayong itu menyebabkan kanak-kanak berusia dalam lingkungan sembilan tahun mengalami kecederaan di kaki kiri.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Zainal Ahmad Taken berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 2.04 petang tadi.
“Setibanya anggota di lokasi kejadian didapati kaki mangsa berjaya dikeluarkan orang awam dan mangsa mengalami kecederaan.
“Kami dimaklumkan mangsa bersama ibu dan adiknya dalam perjalanan balik ke rumah setelah pulang dari sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Zainal anggota bomba kemudiannya memberi rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke hospital,” katanya.
|
|