CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4823|Reply: 71

[Politik] KEMENANGAN PH (kerajaan non-muslim dominan) - GENGHIS KHAN MENGAJAR UMAT ISLAM

  [Copy link]
Post time 12-7-2018 09:58 PM | Show all posts |Read mode
KEMENANGAN PH (kerajaan non-muslim dominan) - GENGHIS KHAN MENGAJAR UMAT ISLAM


KETIKA umat Islam diserang tentera Tatar, hampir seluruh Wilayah Islam dijajah. Antara yang terawal adalah Wilayah Khurasan yang berjiran dengan Mongol.

Pada satu peringkat di Khurasan, Tatar tidak berdaya menghadapi umat Islam di Kota Bukhara. Lalu pemimpinnya Genghis Khan menulis surat kepada umat Islam:

"Sesiapa yang menyerahkan senjatanya dan menyertai tentera Tatar, mereka akan selamat. Namun barangsiapa yang enggan, mereka pasti akan menerima penyesalan."

Surat tersebut menyebabkan umat Islam yang sedang terancam itu berpecah kepada dua pihak. Pihak pertama menolak keras tawaran Genghis Khan dengan berkata:

"Seandainya mereka mampu memerangi kita, tak mungkin mereka menawarkan sedemikian. Ini menandakan peluang kita cerah. Teruskan perjuangan, pasti kita akan beroleh salah satu antara dua kebaikan; menang ke atas mereka atau syahid penuh bahagia!"

Namun pihak kedua cenderung untuk menerima tawaran tersebut. Mereka berkata:

"Wajarkah kita sengaja menumpahkan darah sendiri, dalam keadaan kita tahu bahawa kita tidak akan mampu menentang mereka? Tidakkah kalian lihat bilangan dan kelengkapan mereka?"

Genghis Khan terus mengambil peluang dari pertelingkahan ini. Dia mengutus surat berikutnya khusus kepada pihak kedua yang sanggup menerima tawaran. Dalam surat tersebut, dia berjanji akan memberikan tampuk kekuasaan Bukhara kepada pihak tersebut dengan syarat mereka menumpaskan pihak pertama.

Tawaran itu menyebabkan pihak kedua rambang mata. Terus mereka menyahutnya tanpa rasa bersalah. Sanggup mereka memerangi saudara sendiri bagi pihak Tatar.

Pertempuran pun berlangsung. Akhirnya tumpaslah pihak yang teguh mempertahankan prinsip di tangan pihak yang menjual agama dengan habuan dunia.

Apa yang menyedihkan, pihak yang menerima tawaran Tatar itu tidak dianugerahkan apa yang dijanjikan. Sebaliknya senjata mereka dirampas, mereka ditangkap dan diarahkan supaya disembelih kesemuanya.

Genghis Khan mengungkap satu kata-kata yang sangat masyhur:

"Kalaulah mereka boleh dipercayai, mustahil mereka sanggup memerangi saudara sendiri demi kita. Padahal kita orang asing bagi mereka..!"

10 pengajaran dari cerita di atas:

1. Taktik pecah dan perintah, strategi ampuh menghadapi Islam zaman berzaman.

2. Aqidah perjuangan yang lemah punca tidak yakin dengan janji kemenangan dari tuhan.

3. Habuan takhta dan harta mudah menggugat keikhlasan perjuangan.

4. Pabila dunia menguasai diri, saudara sendiri pun sanggup dikhianati.

5. Mempercayai bulat-bulat kata-kata musuh adalah kebodohan yang membinasakan.

6. Islam tidak kalah kerana agama ini. Sebaliknya kalah kerana penyelewengan orang Islam sendiri.

7. Dedak musuh itu beracun. Dan racunnya mampu membunuh jamaah.

8. Pengkhianat tidak akan bahagia. Nikmat mereka hanya sementara.

9. Pentingnya untuk berpegang kepada prinsip. Walau menyusahkan (tampak syadid), ia perisai pertahanan yang utuh!

10. Tidak ada kerjasama dengan bukan Islam dalam menentang sesama Islam.

Tiga kata-kata hikmah yang perlu diambil iktibar:

1.
ما أشبه اليوم بالأمس
"Alangkah samanya hari ini dengan semalam."

2.
لا تقتلوا أسودكم فتأكلكم كلاب عدوكم
"Jangan kamu bunuh singa di kalanganmu, nescaya kamu akan dimakan oleh anjing di kalangan musuhmu."

3.
من لا يتعلم التاريخ يعلمه التاريخ
"Barangsiapa tidak belajar dari sejarah, maka sejarah akan mengajarkannya kembali."

(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 11/7/2018
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 10:03 PM | Show all posts
Mereka dipilih oleh 90% masyarakat Cina dalam PRU14.  melayu hanya 25% undi mereka. Jadi mereka terpaksa tunaikan segala-galanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 08:04 AM | Show all posts
"Taktik pecah dan perintah, strategi ampuh menghadapi Islam zaman berzaman." adalah taktik yg dimainkan PBS waktu tumpaskan berjaya & unso
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 08:15 AM | Show all posts

5. Mempercayai bulat-bulat kata-kata musuh adalah kebodohan yang membinasakan.

yelah smalm dgn mudahnya rakyat malaysia terpedaya dgn pengakuan mamat mental yg bunuh makcik kerani kat banting tu
da mental setiap kata dari dia pon nak jadik highlight berita
kebodohan yg membinasakan
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 08:36 AM | Show all posts
Walaupon Isle menghalalkan tentera Isle menutoh wanita tawanan perang (tidak kira samada wanita itu ditangkap sewaktu berperang dengan Yahudi, Nasroni atau Genghis Khan), ada adab dan garis panduan yang musti di ikut sewaktu menutoh wanita itu....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 09:21 AM | Show all posts
harakah ni sampah. bila kata dah nak macam daesh marah pulak. inilah dia eternal jihad yang khalifah othmaniyah lancar sampai terkubur khalifah. tak semua masalah boleh selesai dengan kekerasan la bodoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2018 09:24 AM | Show all posts
jangan lupa harini tartar majoriti muslim
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 13-7-2018 08:36 AM
Walaupon Isle menghalalkan tentera Isle menutoh wanita tawanan perang (tidak kira samada wanita itu  ...

Apebende???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 09:26 AM | Show all posts

dia kristian meroyan. buat bodo je
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 10:08 AM | Show all posts

Newbie berhinguih mana pulak nie.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 10:23 AM | Show all posts
Negara Islam pemimpinnya KAFIRUNNNNNNNNNNN..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu agama bangsa je lah parti sampah mampu main.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Aerhys at 13-7-2018 12:06 PM

Seriously? We are not at war. Stop playing the race and religion card. Bagaimana dgn masalah2 power abuse, rasuah, menunggang agama, child marriage, liwat, sumbang mahram, menagih dadah dan segala jenis social disorders yg dilakukan melayu islam sendiri? Satu demi satu dibongkarkan. Pejam mata sahaja? Asalkan Melayu

Sebaiknya fokus pada diri sendiri dan selesaikan masalah2 sosial. What can you do to make islam rise again? For sure spreading hate, racist sentiments and paranoia wouldn't work. Ingat, satu jari kita tuding pada org lain, 4 jari lagi tuding pada diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 12:15 PM | Show all posts
seblum pru

PH menang kit siang jadi pm

PH menang majoriti menteri terdiri dr bukan Islam

PH menang kristian jadi agama rasmi


bila semua tohmah fitnah tu tak jadi kenyataan konar plak pasal genghis khan laa kublai khan laa utk bodohkan org melayu







Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 12:16 PM | Show all posts
Yang UMNO takutkan kaum/agama lain ni sebenarnya takut kena buli lah.

Sebab dah berabad buli kaum/agama orang lain, sekarang di pihak kalah takut kdia ena balasan atas ketidakadilan mereka selama ini

Takut karma kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 01:21 PM | Show all posts
baguslah samakan Ghenghis khan dengan DAPig, sebab akan jadi Islam selepas itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 02:28 PM | Show all posts
tanakkampung1x replied at 13-7-2018 12:16 PM
Yang UMNO takutkan kaum/agama lain ni sebenarnya takut kena buli lah.

Sebab dah berabad buli kaum ...

blh x buka mata sikit...
lihat sama bangsa melayu yg majoriti susah...
kalau kita x dpt tolong.at least undi kerajaan yg blh tlg...
now so obvious ph x nak tlg golongan2 ni...
jgn cepat lupa..bila kita dah selesa...
cth ..kehidupan nelayan yg susah...
takkan ko nak ckp knp x blajar rajin2...
kalau sume pandai..sape pulak nak jadi nelayan...
camner ko nak dpt ikan?
udah le bertarung dgn maut setiap hari....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 02:38 PM | Show all posts
monreyes replied at 13-7-2018 02:28 PM
blh x buka mata sikit...
lihat sama bangsa melayu yg majoriti susah...
kalau kita x dpt tolong.a ...

What are you talking about actually?

Seriously nampak tak kena dengan apa yg saya maksudkan di atas
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 02:47 PM | Show all posts
Orang kata Kublai Khan ni kawan marco Polo......

Apa apa pon: Malayu! Malayu! Malayu!
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pihak rambang mata (pas) berpecah dari kumpulan sendiri (PR) dan cuba menjatuhkan pihak yg berpegang teguh dgn prinsip (PH) akibat termakan dedak genghis khan (BN). Malang buat lebai endingnya tak sama, kalau ending sama pon tetap malang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.062141 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list