CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5248|Reply: 63

[Politik] Bodohnye sekor2 masih lagi pekak, main sentimen perkauman: KJ

  [Copy link]
Post time 13-7-2018 06:21 AM | Show all posts |Read mode
[color=rgba(255, 255, 255, 0.75)]July 12, 2018Khairy bidas Umno masih ‘pekak’, terus main sentimen kaum[color=rgba(255, 255, 255, 0.75)]FMT Reporters

[color=rgba(0, 0, 0, 0.7)]
[color=rgb(255, 255, 255) !important]Share[color=rgb(255, 255, 255) !important]Tweet[color=rgb(255, 255, 255) !important]Pin[color=rgb(255, 255, 255) !important]Mail

Khairy Jamaluddin menjangkakan Umno akan terkubur dalam beberapa tahun lagi, jika memilih haluan salah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas calon presiden Umno, Khairy Jamaluddin hari ini membidas parti itu masih “pekak” terhadap suara rakyat dan terus memainkan sentimen perkauman selepas kekalahan mengejut pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau merujuk tindakan sesetengah pemimpin Umno mempersoalkan pelantikan peguam negara dan ketua hakim daripada kalangan bukan Melayu berbanding isu ekonomi serta sosial masyarakat.



“Sejak selesai pemilihan Umno, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum, kutip tabung untuk bekas presiden dan ‘repeat semula’.
“Tak salah kita bersolidariti dengan DSN (Datuk Seri Najib Razak), tetapi takkan itu sahaja Umno ‘baharu’. Dah kena pukulan maut semasa PRU14, masih pekak terhadap suara rakyat,” tulisnya di Twitter hari ini.
“Jika modal untuk PRU15 hanya dengan momokan orang Melayu dengan isu seperti pelantikan bukan Melayu sebagai AG (peguam negara), ketua hakim dan lain-lain, lupakan sahaja impian menawan semula Putrajaya. Keresahan Melayu memang ada, tetapi perkara ini kecil berbanding isu ekonomi, sosial dan lain-lain.”





Badan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno yang dinamakan Pemantau Malaysia Baru dijadual mengadakan perhimpunan Isnin depan sebagai membantah pemerintahan DAP yang didakwa memperkudakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Presiden yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dilaporkan berkata: “Sudahlah peguam negara juga Kristian, menteri agama pun datang dari puak liberal Amanah, selepas ini pula bapa Lim Guan Eng akan diangkat sebagai speaker Dewan Rakyat”.
Pemilihan dan pelantikan Tommy Thomas yang bukan orang Melayu serta Islam sebagai peguam negara pada awal bulan lalu dipertikaikan sesetengah pihak.
Semalam, Tan Sri Richard Malanjum mengangkat sumpah sebagai ketua hakim negara bagi menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan bulan lalu dan berkuat kuasa 31 Julai ini.
Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau menjangkakan Umno akan terkubur dalam beberapa tahun lagi, jika memilih haluan salah.
“Umno sekarang berada di persimpangan jalan untuk memilih sama ada mengambil haluan kanan atau tengah. Ke kanan mungkin menang sorak sementara. Tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah. Sukar difahami akar umbi. Tetapi itulah jalan yang ada untuk ‘survive’.”
Bekas menteri belia dan sukan itu percaya DNA asal Umno ialah parti sederhana dan berhaluan tengah yang menyokong kepelbagaian, tetapi masih menjadi “khemah besar untuk orang Melayu”.
“Sebab itu saya masih bersama Umno. Tetapi saya tak setuju dengan manifestasi rasis yang semakin wujud selepas pemilihan parti.
“Saya tidak terima tawaran jawatan selepas kalah dalam pemilihan sebab saya perlu ada kebebasan untuk bersuara dalam parti. Biarlah ada kepelbagaian suara dalam Umno.
“Ada yang label saya ‘liberal’ dan lain-lian. Tak penting. Yang penting ada ‘dissenting voice’ lawan haluan kanan parti.”
Pada 1 Julai lalu, bekas ketua Pemuda Umno itu menolak tawaran Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk jawatan setiausaha agung Barisan Nasional (BN).
Katanya, beliau tidak mahu memegang sebarang jawatan tertinggi dalam parti, sebaliknya mahu fokus menjadi ahli Parlimen Rembau.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mentaliti mereka memang tahap tu saja  KJ
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mereka tak tahu yg kalau kau nak dihormati, disegani dan disokong oleh suku, agama dan kaum lain, kau kena buat yg sama kpd kaum lain sebab kita ni multiracial.  Give and take. Bukan nak undian mereka sahaja tp kena bertimbang rasa juga. Inilah punca kehancuran BN. Gagal bertimbang rasa.

Lainlah kalau negara ni homogenous 100% melayu islam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Umno mcm xsedar negara kita ni multicultural 40%non muslim, jgn ingat nak dpt undi dr melayu je, sbh srwk pun bumiputra tp ramai kristian dan otak muslim sbh srwk pun xsame dgn otak melayu semenanjung, undi cina india mmg dah out, kalu melayu swing sikit je ke ph dah jatuh menjunam bn dgn umno, bg akak xsalah ketua hakim peguam negara kapir mkn babi ke ape janji adil, kalu hakim peguam islam mkn rasuah ke x adil lg xgune
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 07:26 AM | Show all posts
majority org melayu masih undi umno..tu sbb umno menang besar secara individu...itu lah kekuatan umno iaitu org melayu....fikir fikirkan KJ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodohkan aja babi2 rasis tu semua. Sikit2 hidup meleis ketuatnan meleis tpi perangai cam setan masing2. Harktuihh!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2018 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 13-7-2018 07:26 AM
majority org melayu masih undi umno..tu sbb umno menang besar secara individu...itu lah kekuatan umn ...

Tpi org Sabah bukan Melayu pon masuk umngok. Bodoh betul parti meleis tpi dusun kadazan nak menyemak masuk. Bodoh kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini yg KJ seronok tak.berjawatan. dpt kritik secara trbuka dan meluas lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
KJ pun sama saja bengap
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 08:29 AM | Show all posts
Dulu UMNO okay. Tapi sejak berkawan dengan PAS ni, terus jadi bodoh melantun lantun (yakni jaheel marakhab)......

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
go kj go kj go kj
i will support u
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 09:08 AM | Show all posts
semoga KJ cepat2 lompat ke parti Mahathir.  buat semak jer dlm umno...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 09:17 AM | Show all posts
alaaa spoil laa kj ni...biarkan je laaa melayu2 kuno jumud tu main perkauman & agama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2018 09:19 AM | Show all posts
Maideen. replied at 13-7-2018 08:29 AM
Dulu UMNO okay. Tapi sejak berkawan dengan PAS ni, terus jadi bodoh melantun lantun (yakni jaheel ma ...


Sokong..umno dan pas suara da sama.bodoh pn sama2.takdirr

[color=rgba(255, 255, 255, 0.7)]PAS: Umat Islam resah bukan Islam kuasai perundangan[size=0.875]12 Jul 2018, 12:56 tengahari (Dikemaskini 12 Jul 2018, 1:10 tengahari)






[size=1.5]A [size=1.5]A

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendakwa beberapa siri pelantikan dalam sektor undang-undang dan kehakiman oleh kerajaan Pakatan Harapan, baru-baru ini sangat meresahkan umat Islam.

Beliau merujuk kepada pelantikan hakim kanan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara, semalam, Datuk Liew Vui Keong sebagai menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga ehwal undang-undang serta Tommy Thomas sebagai peguam negara.

“Melihat tiga posisi penting ini telah diisi oleh sosok yang sangat meresahkan umat Islam, maka apakah masih ada harapan rakyat khasnya umat Islam untuk melihat masa depan Islam terus terbela di bumi Malaysia ini khasnya dalam hal yang melibatkan undang-undang,” soal Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata HARAPAN berjaya "pecah rekod" dengan melantik ketua hakim negara bukan Islam pertama selepas pembentukan Malaysia 1963 dengan nama awalnya ‘lord president’.

Pemimpin PAS itu juga mendakwa bahawa rekod Malanjum membuktikan penghakimannya jelas tidak menyebelahi Islam dalam beberapa kes penting.

“Sudahlah Islam terumbang-ambing di zaman kerajaan BN dahulu, ternyata kini perubahan yang dilaungkan itu rupanya ke arah yang lebih teruk dan buruk.

“Apakah situasi ini meletakkan umat Islam terlepas dari mulut harimau lalu dilibas ekor buaya?” soalnya.

Nasrudin turut mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan akan “memekakkan” telinga dari mendengar keluhan dan teguran umat Islam serta tergamak “membutakan” mata dari melihat bagaimana reaksi bimbang umat Islam terhadap perkembangan ini.



“Reaksi bimbang dan teguran umat Islam telah jelas kedengaran sejak dari pelantikan peguam negara tempoh hari lagi.

“Kini pelantikan ketua hakim negara pula bakal mengundang petaka buat umat Islam,” katanya





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2018 09:25 AM | Show all posts
Ini bru la kenyataan bijak..jgn ikut apa yg lobai bodo ckp

NASIONAL
Kenyataan Pas dianggap umum
NURUL FIRDAUS KHAIRI
13 JULAI 2018
Ahmad Marthada Mohamed
Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed
A- A+ (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Kenyataan Pas Pusat mengenai pelantikan tiga serangkai sektor judisiary sangat membimbangkan umat Islam dianggap sebagai terlalu umum.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, kenyataan itu boleh mengundang salah faham dalam masyarakat yang sebenarnya pelantikan mereka berdasarkan kelayakan dan bukan berdasarkan pertimbangan.



Menurutnya, Pas perlu lebih profesional di mana mereka boleh mempertikaikan pelantikan  tetapi tidak boleh membuat satu kenyataan umum bahawa pelantikan boleh menimbulkan kebimbangan kepada umat Islam.

"Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum sebenarnya paling layak kerana beliau adalah hakim paling kanan sekali dalam Mahkamah Persekutuan jika dibandingkan dengan Tun Md Raus Sharif.

"Tidak dinafikan memang ada kegusaran dalam Pas berdasarkan kepada kes-kes yang diadili sebelum ini seperti kes Lina Joy, kes penggunaan kalimah ALLAH namun kita perlu melihat bahawa penghakimannya  berdasarkan undang-undang Persekutuan yang berlandaskan kepada kebebasan individu untuk beragama," katanya kepada Sinar Harian.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Richard Malanjum Ketua Hakim Negara baharu ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Ketua hakim, Presiden Mahkamah Rayuan letak jawatan ]

Ahmad Marthada yang juga  Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM)

berkata, dalam sesuatu kehakiman keputusan adalah berlandaskan majoriti dan bukannya individu.

Mengulas mengenai pelantikan Peguam Negara, Thommy Thomas pula, beliau dilantik berdasarkan kontrak dua tahun.

"erdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada menyatakan pelantikan beliau dibuat khusus untuk memastikan kes 1MDB akan diadili dengan secepat mungkin. Itu matlamat beliau dilantik.

"Sebenarnya, tiada isupun mengenai pelantikan Thommy Thomas kerana beliau dilantik khusus untuk 1MDB diadili segera," katanya.


Kongsi berita ini:
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 09:30 AM | Show all posts
hahaha pas dah sama dengan umno ke? umno dah sama dengan pas?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2018 09:46 AM | Show all posts
Lupakan hasrat tawan semula Putrajaya - KJ

Share

Tweet

Share
Mohd Iskandar Ibrahim
mohd_iskandar@nstp.com.my


UMNO mungkin boleh melupakan hasrat menawan semula Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika masih memainkan isu perkauman sebagai modal ‘momokan’ orang Melayu.

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata, keresahan orang Melayu memang wujud berikutan pelantikan bukan Melayu sebagai Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara, tetapi kecil berbanding isu ekonomi, sosial dan lain-lain.

“Sejak selesai pemilihan UMNO, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum, kutip tabung untuk mantan Presiden dan repeat (ulang) semula.


“Tidak salah kita bersolidariti dengan DSN (Datuk Seri Najib Razak) tetapi adakah itu sahaja UMNO 'baharu'. Sudah kena pukulan maut semasa PRU-14, masih pekak terhadap suara rakyat,” katanya menerusi beberapa status yang dimuat naik di Twitter rasminya, hari ini.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, UMNO kini berada di persimpangan jalan untuk memilih hala tujunya sama ada ke kanan atau tengah.

“Ke kanan mungkin menang sorak sementara. Tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah. Sukar difahami akar umbi. Tetapi itulah jalan yang ada untuk survive,” katanya.

Katanya, beliau masih percaya UMNO adalah khemah besar untuk orang Melayu di mana DNA asalnya adalah moderat, berhaluan tengah dan meraikan kepelbagaian.

“Sebab itu saya masih bersama UMNO. Tetapi saya tidak setuju dengan manifestasi rasis yang semakin wujud selepas pemilihan parti.

“Saya tidak terima tawaran jawatan selepas kalah dalam pemilihan sebab saya perlu ada kebebasan untuk bersuara dalam parti.

“Biarlah ada kepelbagaian suara dalam UMNO. Ada yang label saya ‘liberal’ dan lain-lain. Tidak penting. Yang penting ada 'dissenting voice vs haluan kanan parti',” katanya.

Mengulas maklum balas pengguna Twitter @DIYSAR yang konon kenyataannya memberi gambaran akan melompat parti, Khairy berkata, beliau akan tetap bersama UMNO.

“Saya tidak lompat ke mana-mana. Saya tetap bersama UMNO. Cuma saya mahu perbetulkan rumah saya supaya tidak kekal berwajah haluan kanan yang ekstrem dan rasis selama-lamanya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Julai 2018 @ 10:24 PM
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 09:47 AM | Show all posts
umnu mmg parti rasis la KJ... dah reboot 2 kali pon menten rasis...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 13-7-2018 07:26 AM
majority org melayu masih undi umno..tu sbb umno menang besar secara individu...itu lah kekuatan umn ...

Takde jugak..
Tengok Khalid Nordin & Mohamad Hassan... disukai kerana rekod yang baik tapi kalah juga dek kerana kesenduan parti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa KJ akan kritik berterusan dengan harapan dia akan dikenakan tindakan, senang sikit keluar parti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068965 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list