CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1543|Reply: 8

'Kami Nak Zainuddin Mohon Maaf'

[Copy link]
Post time 13-7-2018 10:21 AM | Show all posts |Read mode
“Kami menolak cadangan tersebut dan menggesa Zainuddin

mohon maaf kepada rakyat Malaysia."



Sinar Harian melaporkan, Pengerusi Smart IQ Quranic Centre, Syahrul Haninah Mohd Salleh berkata demikian berhubung kenyataan melampau bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai sekolah tahfiz, baru-baru ini.




Foto: Smart Triple IQ/mStar Online




Zainuddin sebelum ini, menggesa supaya sekolah tahfiz ditutup kerana didakwa tidak memberikan masa depan kepada generasi baru Islam.


Syahrul, bagaimanapun menegaskan pelajar lepasan tahfiz dan institusi tahfiz di Malaysia hari ini lebih berjaya dan menonjol berbanding sebelum ini.


“Ramai pelajar lepasan tahfiz menjadi teknokrat dan profesional dalam pelbagai bidang seperti kedoktoran, kejuruteraan dan bidang profesional lain.

"Ramai juga menjadi pimpinan utama negeri dan negara, malah berjaya memimpin masyarakat dalam sektor kerajaan, jabatan, NGO termasuk dikenali di persada antarabangsa, seperti Dr Muhammad Afifi Akiti, pensyarah di Universiti Oxford,” katanya.


Tambahnya, pusat tahfiz boleh menerima teguran membina, bukan sebaliknya iaitu dengan meruntuhkan institusi berkenaan.

“Ibarat jika ada kelemahan pada rumah itu, jangan diruntuhkan. Sebaliknya, dilakukan penambahbaikan terhadap rumah itu. Jika diruntuhkan, untuk bangunkan semula belum tentu rumah baru itu sempurna.

"Begitu juga dalam institusi pendidikan berteraskan tahfiz, jika ada kelemahan, sama-sama kita bangunkan bukan meruntuhkan,” tegasnya.


Menurutnya, institusi berkenaan tidak lagi dipelopori individu sahaja, malah banyak yang sudah dilaksanakan kerajaan seperti sekolah menengah agama, Tahfiz Modul Ulul Albab (TMUA), Sekolah Berasrama Penuh berorientasikan Ulul Albab, MRSM Ulul Albab, serta pusat tahfiz kendalian yayasan serta kerajaan negeri.


Selain itu, pusat tahfiz kini mengalami reformasi dan semakin mendapat sambutan memberangsangkan.

"Ini dapat dibuktikan dengan jumlah calon temuduga yang ramai sehingga pengurusan sekolah terpaksa membuat tapisan ketat," ujarnya.


Bukankah lebih baik jika ditambah baik sistem pengurusan dan pelaksanaannya berbanding meruntuhkan institusi terbabit? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 11:15 AM | Show all posts
MACAM MACAM HAL
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak marahkan ZAM.ok. jangan babitkan PH.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak guna nama jawatan dalam parti malu sebab zainuddin maidin ahli umno... Terpaksa laa macai guna atas nama pusat tahfiz.... Alahai... Umno... Umno...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 11:37 AM | Show all posts
Smart IQ Quranic Centre? Siapa ni yang perasan mewakili orang Isle Malaya? Syarikat Bumiputera ka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tahfiz malaysia hari ini lebih berjaya dan menonjol berbanding sebelum ini???? pastu bagi contoh kejayaan kelahiran dari tahfiz sebelum ne.. kalau sekarang ne berjaya, apa bukti dia???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2018 02:52 PM | Show all posts
Mintak  maaf? Prrrrrrrrrrrrrrrrrrpffftght Lu siapa? Harkkkk Ptuiii!

I mintak Zainuddin Maideen bukak seluar dan tonggeng bontot kat Chief lobai tahfiz ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Pusat Tahfiz kena ada proper syllabus pendidikan baru boleh pergi jauh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2018 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
keluhan tokey  tahfiz yang takut hilang fulus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.068006 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list